Tip menguruskan resdung:

* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah 
tetapi menggunakan vakum atau mop

* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan 

Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang 
tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan

* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan 
anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung

* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air

* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam 
ataupun melakukan pernafasan wap

* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika 
tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda 
memberhentikan penggunaannya

* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi 

* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol 
untuk merawat kesakitan

* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana 
sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain 
masalah.

Baca Artikel penuh di : http://www.biovco.com/resdung-02f.php  

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke