Klik : http://groups.yahoo.com/group/gr4b/messages

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Agama/20070706230734/Article/

Ahli Pengasih akui terapi kerohanian amat berkesan 


TERAPI kerohanian daripada pegawai hal ehwal agama tidak kira agama Islam, 
Buddha atau Kristian penting untuk menguatkan semangat, mengembalikan keyakinan 
dan pemikiran rasional penagih dadah yang hilang disebabkan masalah ketagihan 
mereka.



 


 


Kepentingan bimbingan kerohanian daripada pegawai agama bagi membantu penagih 
dalam proses pemulihan diberitahu bekas penagih dadah yang pernah melalui 
episod hitam dalam hidup mereka dan akhirnya kembali ke pangkal jalan selepas 
mendapat bimbingan agama.

Menurut mereka, walaupun hanya sebagai penasihat atau kaunselor, perhatian yang 
diberikan pegawai hal ehwal agama mampu menyentuh hati penagih dadah hingga 
timbul perasaan untuk melawan pengaruh dadah dan kembali ke pangkal jalan.

Bagaimanapun, usaha memulihkan penagih dadah menggunakan pendekatan agama masih 
agak terbatas kerana tidak banyak usaha atau aktiviti dilakukan pihak berkenaan 
baik dari segi sokongan atau sumbangan. 

Pembantu Tadbir Bahagian Program Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd 
Faisal Abd Rahman, 26, berkata daripada tiga terapi yang diterima di Pusat 
Serenti, terapi kerohanian paling memberi kesan berbanding terapi fizikal dan 
emosi.

Namun, tidak banyak usaha dilakukan pengurusan hal ehwal agama untuk 
mencurahkan sepenuh perhatian kepada usaha membantu serta membimbing penagih 
dadah disebabkan stigma negatif masyarakat terhadap golongan berkenaan.

“Jangan kata orang tidak kuat iman saja terjebak dengan penyalahgunaan dadah. 
Golongan profesional pun terbabit dengan dadah. Saya lulusan maahad tahfiz dan 
ada ijazah dalam bidang syariah pun terjebak dengan dadah.

“Selain kesedaran, sokongan keluarga serta bimbingan agama banyak membantu saya 
kembali dan inilah yang diperlukan penagih dadah. Bimbingan agama untuk 
menyedarkan mereka, kesilapan yang dilakukan dan cara mengatasinya dengan 
kembali kepada jalan Allah,” katanya yang mula berjinak dengan dadah ketika 
berusia 13 tahun.

Beliau yang sudah bebas pengaruh dadah sejak tiga tahun lalu berkata, peranan 
masjid boleh dimanfaatkan untuk membimbing penagih dadah mempelajari ilmu agama 
dan pada masa sama menyebarkan maklumat serta kesedaran di kalangan masyarakat 
peranan mereka menangani masalah penagihan dadah.

Faisal berkata, masjid boleh menganjurkan perbincangan mengenai isu penagihan 
dadah bagi menyedarkan masyarakat keadaan dialami penagih supaya mereka tidak 
lagi memandang serong terhadap penagih dadah.

Katanya, tidak dinafikan penagih dadah banyak melakukan kesilapan pada 
masyarakat dan masyarakat juga ada membuat kesilapan terhadap penagih dadah 
melalui tindakan memulau atau menyisihkan mereka.

Oleh itu, katanya, perlu ada kerjasama antara masyarakat dan penagih untuk 
bersama memerangi masalah penagihan dadah. Masyarakat tidak sepatutnya menanti 
penagih datang kepada mereka sebaliknya masyarakat patut pergi membantu penagih.

“Sesiapa yang terjerumus dalam penyalahgunaan dadah perlukan sokongan kuat 
kerana krisis utama penagih dadah ialah mendapat kepercayaan. Jika ada orang 
agama memberi sokongan dan nasihat, penagih atau bekas penagih akan rasa lebih 
yakin untuk kembali kepada masyarakat. 

“Memang kita ada pegawai agama yang turun padang membantu penagih tetapi 
sekadar memberi ceramah saja. Untuk duduk bersembang atau memberikan 
kaunseling, tidak ada. Seolah ada jurang antara pegawai agama dengan penagih 
dadah,” katanya.

Pembimbing Rakan Sebaya Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Wilayah Persekutuan, 
Tan Hai Chan, 53, berkata bimbingan agama yang mengajar kepada kebaikan dapat 
membantu penagih mengubah tingkah laku mereka.

Beliau yang pernah dipenjara dan disebat akibat dadah berkata, kesan ketagihan 
dan terlalu bergantung kepada dadah menyebabkan penagih dadah rosak akidah 
serta hilang pertimbangan hingga terdorong melakukan kegiatan jenayah. 

Sehubungan itu, katanya, perhatian daripada pengurusan hal ehwal agama dapat 
membantu mereka kembali kepada ajaran agama dan memperbaiki diri untuk menjadi 
manusia lebih baik yang bebas daripada pengaruh dadah.

“Masa dalam penjara ada orang agama datang bagi ceramah tetapi waktu itu saya 
tidak dapat terima dan tidak mahu dengar apa yang mereka kata. Tetapi apabila 
saya keluar penjara 1990, mubaligh Kristian sudah ada tunggu di luar.

“Mereka bawa saya ke satu rumah dan di sana saya diberi bantuan, perlindungan 
serta bimbingan kembali kepada ajaran agama. Kini selepas 17 tahun, saya 
gembira bukan saja bebas daripada dadah tetapi dapat menyumbang bakti kepada 
penagih dan bekas penagih,” katanya.

Katanya, usaha membantu penagih akan lebih berkesan jika pengurusan hal ehwal 
agama bergabung dan bekerjasama dengan bekas penagih untuk menggunakan 
pengalaman mereka sebagai panduan merawat penagih dadah.

Jurulatih Kakitangan di Pengasih, Sivabalan M Santhivellu, 34, berkata, penagih 
dadah akan melalui satu peringkat atau titik perubahan yang menyedarkan mereka 
sudah tiba masanya kembali ke alam realiti.

Beliau berkata, pada ketika itu, semua pihak yang ada di sekeliling penagih 
dadah seperti keluarga, rakan, saudara dan ahli masyarakat tidak boleh membuang 
masa sebaliknya perlu terus menyambut tangan mereka.

“Kasih sayang serta sokongan kuat tidak berbelah bagi daripada kakak walaupun 
terpaksa melayan kerenah ketagihan saya akhirnya membuat saya sedar sampai bila 
hendak hidup begini. Dengan pertolongan beliau, saya dimasukkan ke Pengasih.

“Melihat kepada apa yang saya lalui, saya minta kepada keluarga jangan berputus 
asa jika ada ahli keluarga yang terbabit dengan dadah. Kasih sayang mereka satu 
hari nanti akan menyedarkan penagih dadah untuk berubah,” katanya.


 Untuk penjimatan kos kad prepaid anda, sila dapatkan di sini 
http://www.smartpartner.org/index.php?ref=paksit 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mudah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-mudah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke