Lawak Lemak Ini Ditaja Oleh Pulasan.net

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki 
bas ekspres Kuala Lumpur 
- Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya 
ya... Nanti kalau sampai di Ipoh ... cakap
pada anak saya."


Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan 
bertanya pada penumpang di sebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"


Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di 
sebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai 
saya akan kejutkan!"


Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu 
untuk kesekian kalinya,


"Pakcik.. sudah sampai Ipoh 
ke belom?"


Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja 
la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh ..
pasti dikejutkan..!"


Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana 
suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si 
anak, sehingga ketika sampai di Ipoh .. tidak ada seorang pun yang 
membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan 
tidak bangun-bangun.


Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya 
pada para penumpang..


"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar 
semula anak ini?"

 Para penumpang pun merasa bersalah kerana
turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh ...
Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh ..


Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.


"Nak! Sudah sampai di Ipoh !
cepat bangun!" Kata Pemandu..


Si anak bangun dan berkata..


"Oh sudah sampai ya!"


lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. 
Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh ?" tanya 
pemandu kebingungan.


"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh .. saya boleh makan 
nasi bungkus ni!"


















=====================================================================
"Siapa lagi yang mahukan Pendapatan Tambahan dari Telefon Bimbit mereka, di 
kala orang lain terpaksa menghabiskan duit apabila menggunakannya?"
http://pulasan.net/dilemma






      
________________________________________________________ 
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik 
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke