p.s. : Forwardkan bila Anda mahu orang lain mendapat
inspirasi dan motivasi dari artikel ini. Tq ! 

*untuk menerima artikel motivasi PERCUMA dari
blog Motivasi Pembangunan Diri, daftar FREE di sini.
Privasi Anda dijamin selamat bersama kami.

Senyum dan Penyenyum

Assalamualaikum dan salam sejahtera .. 
salam hebat dan salam ceria ..
Ehh.. macam ayat Dr Tuah Iskandar pulak..
 
ShueQry di sini, salam perkenalan. Saya  seorang
penulis motivasi, usahawan Internet dan perenang professional.

Kali ini saya berkata tentang senyum. Senyum 
adalah sedekah. Senyum juga membawa bahagia 
dan membawa seribu makna.

Senyum kepada sesiapa sahaja. Sedar atau tidak, 
ia baik untuk diri anda. Ia juga memotivasikan 
diri anda secara tak langsung.

Dari segi luaran, senyum membuatkan diri anda 
di senangi oleh sesiapa sahaja. Senyum kegirangan 
yang terpancar dari wajah anda akan mempengaruhi 
orang lain dan mereka juga akan turut bersama 
jadi gembira dan jadi "penyenyum" bila melihat 
bibir Anda yang sentiasa mengukir senyum. 
Mereka akan bertanya, apa rahsia?

Apa jadi kalau anda asyik memuncung? Pasti orang 
lain kata, "oh.. dia tu ada yang tak kena hari ni". 
Selalunya bila ini terjadi orang di sekeliling 
Anda akan menjauh dan tak nak mengacau. Silap 
haribulan hangin satu badan, lebih baik diorang 
jangan cari susah.

Mana satu yang Anda nak, ceria atau nak murung 
saja? Ini satu situasi yang tak baik dan tak 
bermotivasi.. prestasi kerja Anda juga menurun 
dibuatnya kalau asyik memuncung. Tak percaya? 
Cubalah, pasti tak bersemangat nak buat kerja.

Senyum membuatkan anda rasa bersemangat. Jika 
anda di landa masalah dan dilanda stress, cuba 
cari ketenangan dengan mengambil udara segar 
atau bercakap-cakap dengan kengkawan. 

Jangan luah apa-apa masalah terleibih dahulu sebab 
tak semua orang suka mendengar masalah Anda.
Bahkan , mereka akan mengelak dari mendengar
masalah Anda tu.

Cuba cerita hal lain, pasal bola ke, Manchester 
United kalah semalam ke, Christiano Ronaldo dapat
hadiah ke atau .. "ui, aku kenalan ngan awek 
baru malam tadi, cun woo!" ke.. atau cerita 
pasal games terbaru mahupun layuot blog yang 
terbaru. Cara lain, pergi ke gym dari cari 
guni pasir, tumbuk sehabis daya untuk 
lepaskan kegeraman anda. Puas?

Lupakan dulu stress yang melanda. Cuba cari 
apa yang mengembirakan anda dan ceritakan 
pada orang lain apa yang menggembirakan anda 
tu. Cuba try untuk jadi "penyenyum".

Selepas itu, baru Anda Berasa Sedikit Ringan
dan Mampu Menyelesaikan Masalah Satu Persatu.

Bagi orang lelaki, nak jadi lebih hensem kat 
ofis atau kat mana-manapun, jadilah seorang 
"penyenyum".. senyum pada sesiapa saja semata-mata
nak menggembirakan diri dengan berlakon senyum,
lama-lama anda akan sentiasa senyum dan turu 
sama membuatkan orang lain mahu tersenyum.

Diorang heran? diorang komplen? Biarkan, kerana
mereka akan bertanya sendiri mengapa mereka 
tak jadi penyenyum macam Anda.

Anda takkan rugi apa-apa dan takkan keluar 
duit sesen pun. Tak susah nak senyum. Ia jadi 
susah sebab anda anggap senyum tu susah.

Bagi kakak-kakak, macik-macik semua, ngam 
kalau jadi "penyenyum" ni, manis dan seindah 
suria.. silap hari bulan tetiba orang beratur 
nak minta autograph. Kan ok apa..

Biarlah niat ikhlas kalau senyum ni. Senyum juga
boleh membantu meringankan tekanan orang lain, 
cuba hampiri dia dan senyum padanya, konpom, 
dia redha punya. 

artikel motivasi dari :

http://shueqry.blogspot.com
Blog Motivasi Pembangunan Diri

p.s. : Forwardkan bila Anda mahu orang lain mendapat
inspirasi dan motivasi dari artikel ini. Tq ! 




  
       
---------------------------------
Yahoo! oneSearch: Finally,  mobile search that gives answers, not web links. 

Kirim email ke