untuk menerima artikel Motivasi Pembangunan Diri
PERCUMA terus ke email Anda, daftar FREE di sini.

Buat Seperti Orang Cemerlang Buat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Dalam tips motivasi kali ini saya berkata tentang kecemerlangan. Sebenarnya 
untuk jadi cemerlang cara mudah, Anda hanya perlu ikut apa yang orang cemerlang 
buat. Tiru perilaku mereka, tabiat mereka, mindset dan semangat mereka.

When it comes to mindset and action, hanya segelintir dari kita yang sanggup 
melakukannya. Orang-orang cemerlang ni mereka bekerja lebih kuat dari biasa, 
takkan berhenti selagi matlamat mereka tak tercapai. Selagi tu, tak ramai orang 
di luar sana percaya dengan kuasa minda dan mengatakan kuasa minda ni 'crap', 
mengarut dan tahyul.

Untuk menjadi seorang pelajar cemerlang, Anda hanya perlu tiru apa yang pelajar 
cemerlang sebelum ini buat. Konsep yang sama juga diaplikasikan jika Anda mahu 
menjadi pekerja cemerlang dan usahawan Internet cemerlang.

Semua bermula dari hati dan minda. Jika hati Anda jujur ikhlas, saya percaya 
Anda boleh menarik kecemerlangan datang pada Anda kerana itu adalah sikap 
orang-orang cemerlang. Semua orang-orang cemerlang rata-ratanya jujur, iklas 
dan sudi membantu.

Tapi mereka sedikit pemilih. Orang-orang yang cemerlang tahu membezakan mana 
orang yang ada fokus dan orang yang takde fokus, barulah mereka sudi membantu, 
kalau tidak hanya akan merugikan masa mereka saja. Bila fokus, maknanya Anda 
sudah bersedia untuk merajinkan diri bekerja keras lebih dari biasa.

Napoleon Hill dalam buku The Master Key To Riches (saya dah berkali baca buku 
ni!) berkata, Anda perlu memajukan diri bukan kerana didorong oleh gaji, elaun, 
overtime, pujian, anugerah pekerja cemerlang atau faktor lain, tapi biarlah di 
dorong oleh semangat mahu men'advance'kan diri, lebih advance dari orang lain, 
kerana mereka takkan sanggup buat apa yang Anda buat, lagipun mereka selesa 
dengan yang cukup-cukup makan. Inilah peluang Anda.

Mula-mula rakan sekerja Anda akan 'mengata-ngata' tindakan Anda yang dianggap 
bodoh oleh mereka, namun lama-kelamaan mereka akan terjangkit oleh aura 
kerajinan Anda. Lakukannya kerana Anda mahu menguasai setiap inci deskripsi 
kerja yang diperlukan dan mahu menguasai setiap isi dari skill kerja yang 
dimahukan oleh boss Anda, bukannya semata-mata mahu tunjuk rajin. Biarkan apa 
yang orang nak kata, janji Anda mahu lebih maju daripada mereka!

Saya terpanggil menulis hal ini bila ditanya oleh salah seorang pembaca blog 
apakah asas-asas untuk menjadi cemerlang. Ada banyak, namun, bagi diri saya, 
inilah tips yang pernah saya amalkan.

Kini, saya perturunkan buat Anda, latih diri untuk amalkan ia dan lihat 
kesannya.

- shueqry -

http://shueqry.blogspot.com
Blog Motivasi Pembangunan Diri

p.s. : Forwardkan email ni jika ia rasa baik untuk memberi motivasi kepada 
orang lain. Terima kasih 






       
       
---------------------------------
Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
 Play Sims Stories at Yahoo! Games. 

Kirim email ke