*forwardkan utk memberi inspirasi dan motivasi .. Tq

untuk menerima artikel Motivasi Pembangunan Diri
PERCUMA terus ke email Anda, daftar FREE di sini.

Penarikan Secara Tak Sengaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Shueqry di sini.

Salam Perkenalan 

Apa khabar Anda? Moga sentiasa bermotivasi hendaknya..

Kali ni saya masih lagi berkata tentang Law Of Attraction. Atas permintaan 
ramai, saya meneruskan entri blog motivasi ini berkisar mengenai topik Law of 
Attraction dan cara mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Ok, Anda sudah faham apa dia makna Law Of Attraction. Anda juga dah tahu dua 
jenis getaran gelombang mood, iaitu positif dan negatif.

Anda sudah tahu membezakan emosi positif dan emosi negatif dan rasanya sudah 
berlatih mengawal fikiran Anda supaya sentiasa tenang serta mengarah pada yang 
positif sahaja. Tapi, ada lagi satu keadaan.

Kebanyakan orang heran mengapa mereka asyik menarik benda yang sama 
berkali-kali. Pastinya mereka tidak berfikir yang negatif bahkan tidak 
membenarkan mood negatif menguasai fikiran, tapi yang herannya, situasi-situasi 
negatif asyik muncul secara tiba-tiba tanpa dipinta. Pernahkah ini berlaku pada 
Anda?

Saya panggil dengan nama "penarikan tak sengaja" atau dalam Inggerisnya 
"Non-deliberate Attraction". Deliberate maksudnya sengaja, jadi non-deliberate 
membawa makna tak sengaja.

Sebabnya, Anda menarik situasi-situasi negatif secara tak sengaja apabila 
melihat apa yang berlaku di sekeliling Anda dan apa yang Anda takde. Sebagai 
contoh, duit.

Satu ketika, Anda teringin nak beli makanan, bila check wallet Anda tiba-tiba 
takde satu sen pun duit kat dalam tu. Kesannya, mesti Anda rasa susah hati, 
risau, sedikit tertekan, berpeluh satu badan dan gusar sebab takde duit. Betul 
tak?

Secara automatik, Anda menghantar gelombang emosi menumpu pada rasa kekurangan 
duit, rasa takut sebab takde duit dan getaran emosi/mood negatif yang lain. 
Walaupun Anda takde niat nak melakukan sedemikian, namun ia berlaku begitu saja 
tanpa disengajakan.

Law Of Attraction terus respon pada gelombang fikiran yang Anda hantar (rasa 
susah hati, risau, sedikit tertekan dan gusar sebab takde duit tadi) dan 
memberikan Anda perkara yang sama, lebih lagi sehingga dua kali ganda jumlahnya.

Kesannya, Anda asyik berada dalam situasi yang membuat Anda takde duit 
berkali-kali ! Mengapa pula? Ok, saya explain kat sini.

Sebab, Anda susah hati takde duit, perasaan susah hati tu yang kuat tarikannya 
kerana ia asyik bermain di fikiran Anda beserta dengan emosi-emosi lain. Ini 
menjadikan getaran emosi tu kuat, jadi gelombang minda yang terbit dari fikiran 
tersebut menjadi lebih kuat juga. Lalu, itulah yang jadi.

Law Of Attraction tak tahu apa yang Anda buat sehingga timbulnya rasa 
kekurangan duit tu, ia hanya tahu respon pada getaran mood, emosi dan perasaan 
yang wujud di fikiran Anda secara automatik.

Boleh dikatakan, Law Of Attraction respon terus pada 'feel' yang ada pada Anda, 
tak kira sama ada 'feel' tersebut wujud di hati atau di fikiran, positif atau 
negatif. Jadi, saya sarankan Anda supaya berhati-hati.

Tips kali ini, latih diri untuk berhati-hati bila melihat, mendengar atau 
menghidu apa saja. Kawal apa yang berada di fikiran Anda. Ia memerlukan sedikit 
disiplin diperingkat awal.

Tapi, dengan latihan konsisten, Anda mampu mengawal gelombang yang terbit dari 
fikiran Anda apabila melihat sesuatu, mendengar sesuatu, mengingat atau 
mengkhayalkan sesuatu.

Jika Anda sedar yang Anda sedang memikirkan sesuatu yang bersifat 
emosi/mood/perasaan negatif, tukar cepat-cepat supaya gelombang negatif tu 
dapat dineutralkan lalu ditukar kepada gelombang positif.

Realitinya, saya dan Anda berfikir setiap masa, beribu kali dalam sehari. Bila 
Anda berfikir, minda Anda menerbitkan gelombang lalu menyebabkan timbulnya 
perasaan, emosi dan mood tertentu, sama ada positif dan negatif.

Jadi, untuk mengawal jenis gelombang sama ada positif atau negatif, kita perlu 
kawal apa yang kita fikir dan yang kita bisikkan dalam hati.

Doa saya, moga tips yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk Anda.

Aplikasikannya hari ini juga!


Tips Berkaitan

   Law Of Attraction Dalam Berbelanja
   Meneutralkan Getaran Negatif
   Jadi,  Apa Yang Aku Mahu?
   Pandang Ke Depan
   Jangan, Bukan Dan Tidak
   Awasi Perkataan Anda
   Apa Yang Kita Fikirkan Adalah Doa
   Kawal Mood Anda Ketika Bangun Pagi
   Sains Law Of Attraction
   Sains Law Of Attraction - Bhg 2
   Anda Sedang Menggunakan Law Of Attraction
   Bicara Law of Attraction
Blog Motivasi Pembangunan Diri

*forwardkan utk memberi inspirasi dan motivasi .. Tq











             
       
---------------------------------
Luggage? GPS? Comic books? 
Check out fitting  gifts for grads at Yahoo! Search.

Kirim email ke