Amerika tertekan elak tiga perang saudara

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden George W Bush yang menghadapi ancaman tiga 
perang saudara di Iraq, Lubnan dan Palestin, kini tertekan untuk memulakan 
inisiatif diplomatik bagi mengelak krisis besar-besaran di Asia Barat.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Dapatkan harga diskaun pembelian produk (3 Hari sahaja) di :
http://www.maynetwork.net
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu memulakan inisiatif hari ini dengan 
mengadakan pertemuan yang disusun secara tergesa-gesa dengan Perdana Menteri 
Iraq, Nuri al-Maliki, di Jordan ketika Baghdad gagal membendung keganasan yang 
memuncak di antara puak Sunnah dan Syiah.

Pegawai kanan Amerika berkata, Setiausaha Negara Condoleezza Rice mungkin 
menyusuli inisiatif Bush dengan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri 
Israel, Ehud Olmert di Baitulmaqdis dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di 
Tebing Barat, selepas kedua-dua pihak mengambil langkah positif untuk memulakan 
semula rundingan damai.

Dua minggu selepas parti Republikan dimalukan Demokrat dalam pilihan raya 
separuh penggal Kongres, Bush menghadapi tekanan hebat untuk membentuk semula 
dasar Asia Baratnya yang menjadi punca besar kekalahan partinya.

Tekanan itu bertambah lagi apabila Syria dan Iran, musuh Washington di rantau 
Asia Barat, melancarkan usaha masing-masing memperbaiki hubungan dengan Baghdad.

Rice, yang akan mengiringi Bush dalam pertemuannya dengan Maliki, akan 
mengadakan perbincangan berasingan dengan sekutu serantau pada esok dan Jumaat.

Inisiatif diplomasi yang muncul mendadak itu dilihat sebagai usaha Washington 
untuk menggagalkan cubaan Iran memainkan peranan lebih besar di rantau Asia 
Barat, terutama meningkatkan pengaruhnya di kalangan puak Syiah di Iraq, Lubnan 
dan Palestin.

Sementara itu di BAGHDAD, dua kumpulan pejuang Iraq mendakwa menembak jatuh jet 
pejuang F16 Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap perbuatan kejam 
tentera penakluk itu membunuh berpuluh-puluh penduduk awam.

Pentagon tidak mengulas dakwaan itu. 

Tentera Amerika sebelum itu menyatakan sebuah jet pejuang F16 dalam misi tempur 
dekat Baghdad, terhempas lewat kelmarin. – AFP

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Apa kata pelanggan,

>From      : Marhayati <[EMAIL PROTECTED]>  
To          : [EMAIL PROTECTED]   
Date      : Nov 25, 2006 11:01 PM   
Subject  : Pembelian Produk secara Online

Assalamualaikun & salam sejahtera,

Tahniah saya ucapkan kepada pihak MAYNETWORK kerana berjaya mengotakan 
janjinya. Saya amat terkejut, mengikut pihak Maynetwork penghantaran akan di 
buat dalam 2-4 hari bekerja. Tetapi kes saya berbeza, pada 24/11/2006 
(3.56petang) saya membuat pesanan dan keesokkan harinya pada pukul 9.45 pagi 
saya mendapat pesanan tersebut. Apapun terima kasih.

Marhayati Binti Yusoff
Petaling Jaya Selangor

---------------------------------------------------------------

From: mama mia <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Date: Oct 30, 2006 8:07 PM

Subject: Re: Maynetwork : Pengesahan Penerimaan Pembayaran

Assalamualaikum En. Md. Johari,
 
Maaf lambat reply.  Saya telahpun menerima barang tempahan yang saya buat 
melalui online.  Begitu effektif & tidak perlu menunggu lama.  Sebaik sahaja 
bayaran dibuat, saya menerima barang tempahan pada keesokkan harinya.  Syabas & 
inilah dikatakan 'Melayu Hebat'.  
Bak kata orang putih "Effective & Reliable"!
 
Tahniah & Semoga Terus Berjaya.
Raja Noor Ima Bt Raja Ibrahim
Taman Tun Dr. Ismail
Kuala Lumpur

http://www.maynetwork.net
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Maynetwork (M) Sdn Bhd
130-2 Taipan Senawang Jln SCP 1
Taman Komersial Senawang
70450 Seremban N. Sembilan

Tel :06-6780544 / 013-3014262
Fax : 06-6792043

Email : [EMAIL PROTECTED]
Web : http://www.maynetwork.net
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke