Tips Hari Ini. 12/18/2006

Merawat demam campak

Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit 
beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh 
badan sehinggarasa miang berkurangan.
(p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu 
kering).


Khasiat kapur sirih

Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong 
ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk 
menggunakan kapur itu.
• Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit 
kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua 
hari bisul tadi akan segera mengering. 
• Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah dengan 
menghiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih, 
kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi. Sapukan beberapa kali hingga kutil 
tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh lagi.


Pulihkan kulit melecur.

Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. 
Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan 
kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.


Anak-anak kencing malam

Jika anak anda selalu saja kencing malam, cubalah jangan memberinya minum bila 
hampir waktu tidur atau latihlah ia bangun bila merasa hampir hendak kencing. 
Sekiranya caranya tidak berjaya ibu-ibu boleh gunakan minyak zaitun yang 
disuamkan dan kemudian sapu dibahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika 
tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain 
dan tuan di ari-arinya.


Menormalkan suhu badan.

Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam 
sekiranya dahaga


Menghilangkan parut

Untuk menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan buruk pada kulit muka 
atau dibadan, bolehlah anda mencuba petua ini. Jika anda menggunakan kayu api 
untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa) kayu api yang sedang menyala itu 
akan mengeluarkan buih dihujung yang tidak terbakar itu. Buih yang terdapat 
pada kayu api itu, hendaklah diambil dan disapukan kepada parut-parut yang 
terdapat dianggota badan anda. Lakukan beberapa kali.


Pulihkan bengkak di kaki.

Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas dengan sedikit air. Kemudian 
letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang terseliuh


Menghilangkan bau badan

Caranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan 
ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan 
kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan keseluruh 
badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum 
kita mandi. InsyaAllah bau badan akan hilang. Untuk menghilangkan bau dipakaian 
pula, memadai dengan merendamkan sahaja pakaian ke dalam air daun pandan tadi. 
Cara merendamnya adalah sama seperti kita merendam kain dengan air sabun biasa, 
InsyaAllah bau dipakaian juga akan hilang. Selain dari menghilangkan bau, cara 
ini juga dapat mewangikan badan dan pakaian kita.


Menghilangkan bau badan.

Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek 
dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu 
dijadikan air mandian 

********************************************************************* 
Muhamed Rafaizul Ab.Rahman 
CASATERUJA MANAGEMENT 

Menjana Kewangan Anda 
http://rakanniaga.plazacentre.net/affil.php?affil=rafaizul&site=sp
  Revolusi Pendapatan Terkini 
http://www.myshop2u.net/index.php?id=casateruja
   
  **************************************************************************

 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke