Cerita ini dipetik dari salah sebuah majalah tempatan Lepas bertahun-tahun kahwin, sesekali buka cerita fasal 'malam pertama', seronok juga. Tapi jangan lebih-lebih sampai jatuh maruah kita dan pasangan. Sebut 'malam pertama', saya teringat kisah seorang rakan (perempuan) yang baru kahwin. Hari pertama dia masuk kerja selepas bulan madu, adalah kawan usik: "Hai! Rambut basah nampak..." Member yang gabra terus jawab: "Eh! Tak adalah...dah kering dah!" Gegak gempita satu pejabat dek tawa kawan-kawan yang dengar bualan mereka.
Itulah! Bila cerita bab yang satu ini, kena hati-hati. Duduk borak dengan kawan-kawan sambil pekena sup di Jalan Doraisamy baru-baru ini, hal 'malam pertama' jadi topik kami. Kata seorang kawan, masa kahwin dulu, dia diajar oleh bapa saudaranya letak bantal peluk di tengah-tengah pada malam pertama. Dulu, rata-rata pengantin masih malu-malu banding sekarang ini yang berkahwin sudah jadi seperti beli buah. Boleh rasa dulu! Apa guna bantal peluk tu? Kata kawan saya. 'Buah' pertama yang diajar oleh bapa saudaranya, mula-mula suami kena tanya isteri: "Bantal peluk ini siapa yang punya?" Isteri pula, kalau yang sudah diajar, akan jawab: "Entah...tak ada sapa-sapa punya, letak tepilah.." Selepas itu, dia akan tanya lagi" "Yang ini pula (sambil sentuh tubuh isteri), siapa punya?" Isteri yang 'pandai' akan jawab: "Sapa lagi kalau bukan abang yang punya" sambil hadiahkan senyuman yang amat bermakna kepada suaminya di malam pertama. Tapi seorang lagi kawan lain pula ceritanya. Katanya, ada pengantin lelaki diajar beri isyarat kata-kata, "kapal terbang nak mendarat!" sebagai tanda berhajat kepada isterinya pada 'malam pertama'. Isteri yang memahami akan jawab: "Landasan dah siap, mendaratlah..." Tapi dalam satu kes, si isteri tak faham. Apabila suaminya berkata begitu, dia sebaliknya membalas: "Kat sini dah bang..." Kebetulan rumah pengantin perempuan tidak jauh dari airport. Si suami kecewa, si isteri juga sebenarnya kecewa. Dia sesungguhnya teramat 'menunggu' tapi suaminya disangka lebih beri perhatian terhadap 'kapalterbang nak mendarat' berbanding dirinya. Malam esok, pengantin lelaki 'kecoh' lagi fasal 'kapalterbang nak mendarat' dan seperti sebelumnya, jawapan si isteri juga serupa tapi dengan nada yang sedikit membentak. "Kalau abang tak 'nak', tak apalah...saya nak tidur." Esoknya, pengantin perempuan merungut kepada mak saudaranya: "Abang tu...saya ingat dia tak selesa tidur sinilah, tiap-tiap malam sibuk kapalterbang nak mendarat." "ISHHHH! Kamu ni...itu tandanya dia 'ndak'kan kamu. Kamu kenalah 'layan'dia." "Ye ke, Mak Ngah? Habis, kalau dia kata begitu, apa saya nak jawab?" "Kamu katalah, landasan dah siap. Tahulah dia apa nak buat," jawab si Mak Ngah. Malam itu, si isteri bersemangat menunggu 'kapalterbang' suaminya mendarat. Tapi... si suami pula, tidak seperti dua malam lalu sepi seribu bahasa. Sudah tentu dia kecewa setelah dua kali hajatnya ditolak. Akhirnya si isteri tak tahan. Dia tanya kepada suaminya: "Abang... 'landasan' dah siap, 'kapalterbang' tak mahu mendarat ke?" "Korang semua tahu apa jawab si suami?" tanya kawan saya. "Dia kata, Tak! Flight malam ni delay," kata kawan saya yang isterinya orang Kampung Melayu dekat Airport Subang. Bergegar meja kami tengah malam itu hingga ada mangkuk sup terhumban di lantai! Inginkan setiap malam umpama malam pertama? 1) BIDADARI (untuk isteri) - kaya dengan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A, B, C, D dan E, sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina system rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri). Klik di sini, http://www.kedai-e.net/index.php?option=com_content&task=view&id=211&Itemid=104 Harga RM48.80 (250ml) 2) VENERGY (untuk suami) rumusan Ginseng, Gingko Biloba dan lain-lain herba mewah untuk "tenaga kelelakian sejati" dan kesihatan am keseluruhannya. Klik di sini, http://www.kedai-e.net/index.php?option=com_content&task=view&id=223&Itemid=117 Harga RM68.00 (4 kapsul) 3) MINYAK KELAPA DARA POWER 3-1 (untuk suami) Memberikan daya tahan lebih lama, biasanya sehingga isteri 3x ..... Klik di sini, http://www.kedai-e.net/index.php?option=com_content&task=view&id=241&Itemid=127 Harga RM35.00 (35ml) Dapatkan pakej ketiga-tiga produk di atas hanya pada harga istimewa RM150.00 SAHAJA DAN POSLAJU PERCUMA! Hanya daripada usahawan-usahawan kami yang berhampiran dengan anda di http://www.kedai-e.net/index.php?option=com_content&task=view&id=124&Itemid=62
