Pelan baru Bush dikecam

WASHINGTON: Pengumuman Presiden George W Bush mengenai pelan baru ketenteraan 
di Iraq disambut kecaman hebat kalangan ahli Kongres Amerika Syarikat, termasuk 
anggota Republikan yang menyifatkan strategi itu satu kesilapan terbesar 
selepas Perang Vietnam.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Rawatan tanpa ubat, berkesan, selamat dan tiada kesan sampingan :

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY

http://search.yahoo.com/search?p=minyak+kelapa+dara+biovco&fr=yfp-t-501&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&vc=countryMY&fp_ip=MY

Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah resdung, darah tinggi, asma, kulit, 
rambut, berat badan dsb. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk ibu 
mengandung.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
 
Bush dan orang kanannya menjadi sasaran kritikan itu sehari selepas beriya-iya 
cuba meyakinkan rakyat mengenai usaha terbarunya menjinakkan Iraq yang 
sebaliknya meragut lebih 3,000 nyawa askar Amerika.

Malah, amaran Bush terhadap kerajaan Perdana Menteri Iraq Nuri Al-Maliki supaya 
memperhebatkan usaha memerangi kumpulan militan, gagal meyakinkan ramai ahli 
perundangan Amerika.

Sebaliknya, Setiausaha Negara Condoleezza Rice menjadi sasaran apabila disoal 
bertubi-tubi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat mengenai rancangan menghantar 
21,500 askar tambahan ke Iraq selain amaran Bush kepada Iran dan Syria di 
Baghdad.

“Terus terang, saya rasakan ucapan Bush itu hanya memaparkan kesilapan dasar 
luar yang paling teruk dan membahayakan sejak Vietnam, jika ia dilaksanakan,” 
tegas Senator Republikan, Chuck Hagel.

Anggota Demokrat yang juga Pengerusi Jawatankuasa berkenaan, Senator Joseph 
Biden yang mempengerusikan sesi pertama menyoal pegawai kanan pentadbiran Bush 
sejak Demokrat menguasai Kongres minggu lalu, turut menyuarakan kesalnya.

“Sayangnya, semua doa dan harapan rakyat Amerika yang mahu melihat strategi 
dapat dilaksanakan dengan berkesan hanya tinggal impian.

“Atas dasar itulah, saya beranggapan strategi dibentang Presiden bukannya 
penyelesaian, tetapi kesilapan tragik. Akibatnya, semakin banyak nyawa rakyat 
Amerika terkorban dan pasukan tentera pula terus dibebani dengan tugasan yang 
sukar mendatangkan hasil,” tegas Biden kepada Rice yang duduk di depan barisan 
anggota jawatankuasa itu. – AFP

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Rawatan tanpa ubat, berkesan, selamat dan tiada kesan sampingan :

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY

http://search.yahoo.com/search?p=minyak+kelapa+dara+biovco&fr=yfp-t-501&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&vc=countryMY&fp_ip=MY

Sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah resdung, darah tinggi, asma, kulit, 
rambut, berat badan dsb. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk ibu 
mengandung.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=  

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke