Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu

Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku


bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu


dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa


tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai


orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi


dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas


bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.


Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk


dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak


tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu


besar?..


Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang,


dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima". Tok kadi


tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing


baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi


aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi


contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling


kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam


nak tolong je mamat pengantin tu?bukannye susah, jawapannya


anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan


keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum? Aku sebut dalam hati


moga2 dia dengar 'anjing ngan babi la hoi', tapi rupanya


aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa


yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana


ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum


air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai


orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2


aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh


jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang


aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar


kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.tapi bila pengantin


tu jawap "Taik Gajah" suasana jadik hingar bingar dengan


gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control


macamana ?taik gajah? besar betul..nak2 bila gajah makan durian.



<http://cni2u.com/mrizal>


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke