Provokasi AS-Iran boleh cetus perang

DOHA 30 Jan. – Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran meningkat ke 
tahap yang boleh menyebabkan perang tercetus dengan tidak sengaja.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ...

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Bagaimanapun, pegawai kanan tentera AS dan penganalisis persendirian berkata, 
perang bukanlah kesudahan yang diingini sama ada oleh Teheran atau pun 
Washington.

Seorang pegawai tentera AS di sini menyamakan konfrontasi AS-Iran sekarang 
dengan peningkatan ketegangan di Eropah sebelum Perang Dunia Pertama apabila 
pembunuhan Putera Mahkota Austria di Sarajevo pada 1914 mencetuskan perang 
tragik yang melanda sebuah benua.

“Satu kesilapan mungkin dilakukan dan kita akan menyaksikan tercetusnya konflik 
yang tidak diingini oleh kedua-dua pihak dan secara tidak sengaja, peristiwa 
seperti Ogos 1914 mungkin akan berulang.

“Bagaimanapun, saya benar-benar percaya kedua-dua pihak tidak mahu berperang,” 
kata seorang pegawai AS yang enggan dikenali.

Di Teheran, penganalisis politik Hermidas Bavand berkata, pertambahan tentera 
AS di Iraq menyebabkan ramai pemimpin Iran percaya Washington mahu mencari 
gaduh.

Jika konflik tercetus, ia akan membayangi campur tangan Washington di Iraq, 
kata beliau.

“Situasi sekarang amat berbahaya. Saya tidak fikir Teheran mahu berperang dalam 
apa jua keadaan.

“Namun satu insiden boleh berlaku dengan tidak disengajakan dan kemudian 
merebak menjadi konfrontasi lebih besar yang sukar dibendung,” kata Hermidas.

AS dan Iran kini terlibat dalam siri provokasi yang makin marak.

Sementara itu, pakar mengenai Iran di Sekolah Lepasan Ijazah Tentera Laut AS, 
Vali Nasr berkata, Iraq sudah pun menjadi medan pertempuran proksi antara 
Washington dengan Teheran.

Sementara itu, pertambahan bala tentera AS di rantau itu pula meningkatkan 
kemungkinan tercetusnya perang besar-besaran dengan Iran.

Pertambahan itu termasuk penghantaran kapal induk pesawat udara kedua ke Teluk 
dan rancangan untuk menempatkan 21,500 lagi askar di Iraq.

“Tindakan AS menambah bala tenteranya boleh mencetuskan konflik lebih besar 
terutamanya apabila keadaan di Iraq sudah tidak stabil ketika ini,” kata Vali.

Washington menuduh Iran memberikan senjata dan latihan kepada militia Syiah di 
Iraq.

Tentera AS bertindak balas dengan menangkap diplomat Iran di Iraq manakala 
Presiden George W. Bush telah menandatangani arahan membenarkan askar AS 
membunuh atau menangkap warga Iran yang didapati aktif memerangi tentera AS.


– AP

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Sihat Tanpa Ubat ... Dapatkan DISKAUN Pembelian HEBAT ...

http://www.google.com.my/search?hl=en&q=minyak+kelapa+dara+biovco&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=  

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke