Diabetes Ambillah peduli

KESEMPATAN ‘berkampung’ sekejap di Hospital Universiti Sains Malaysia baru-baru 
ini membuatkan saya terfikir, betapa jahatnya penyakit diabetes atau kencing 
manis.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Jika sekiranya maklumat ini memberi manafaat sila fowardkan kepada 10 rakan dan 
kenalan dan cc kepada [EMAIL PROTECTED] dan perolehi 15% diskaun + PERCUMA 3 
shacet madu

Tawaran ini sah sementara stok masih ada !!!!
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Walaupun ia membabitkan empat hingga lapan peratus penduduk Malaysia iaitu 
kira-kira dua juta orang (angka yang mungkin kelihatan kecil sahaja berbanding 
25 juta penduduk), tetapi boleh dikatakan kiri, kanan, depan, belakang katil 
wad yang ada, pasti ada pesakit yang terkena bahananya.

Pendek kata, diabetes kini tidak lagi berperangai ala-ala gadis sunti yang 
malu-malu seperti mana pernah dipertontonkannya dahulu. 

Ia bukan lagi penyakit pak cik, mak cik. Bukan juga ia menyerang orang-orang 
kaya sahaja. Sila buang tanggapan anda bahawa ia jarang-jarang membunuh seperti 
tabiatnya sebelum ini.

Wabak ini juga dikatakan menjadi semakin kerap ditemui dan tangkas ‘berjangkit’ 
terutamanya di Asia, tentu sekali termasuk Malaysia, berbanding tempat-tempat 
lain di penjuru dunia. 

Malah, sesetengah saintis meramalkan diabetes bakal menduduki takhta wabak 
terbesar direkodkan dalam sejarah manusia.

Artikel penuh sila baca di : http://www.biovco.com/kesihatan/diabetes.html

Untuk lain-lain info kesihatan : http://www.biovco.com/my  

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke