HABBATUS SAUDA’ 
   (BIJIRIN   HITAM)
   (BLACK   SEED)
   Habbatul barakah ~ The seed of   blessing
             Hadith   Sahih berkenaan Habbatus Sauda
              
   Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah   saw bersabda:
    “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh   menyembuh segala penyakit kecuali 
Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah   Al-Sam itu?” Baginda menjawab, “Al-Sam itu 
ialah maut”   
   Riwayat Imam Bukhari.
    
   Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
    “Pada Habbatus Sauda’ terdapat   ubat segala penyakit kecuali mati”.
    Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan   hadith-hadith sahih 
no. 1819.
    
   Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah   saw bersabda:
    “Pada Habbatus Sauda’ terdapat   ubat bagi segala jenis penyakit kecuali 
Al-Sam yakni maut”.
    Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim   (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; 
Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad   (2:241) menerusi riwayat Sufyan 
bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu   Salamah.
             PENGENALAN
              
   Nigella   Sativa, pohon yang darinya dihasilkan minyak Habbatus Sauda adalah 
sejenis   tumbuhan yang berbunga secara tahunan. Asalnya  tumbuh   meliar di 
negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara    tenggara Asia. 
Kemudian ia ditanam secara   meluas di Afrika utara terutama Mesir, di selatan 
Eropah di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India, .   Tumbuh 
dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus   dengan 
kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu   dengan 
ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak   diantara 
dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas.   Berbunga 
lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih,   berukuran 
garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga   10 
helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya   
semakin matang. Berbuah agak besar jenis ‘inflated capsule’  
 terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang  mengandungi   sejumlah biji. Bijinya 
berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau ‘pungent’   yang agak kuat, 
mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan   sebagai rempah 
dan juga berbagai kegunaan lain dan   terakhir paling popular digunakan untuk 
menghasilkan minyak Habbatus   Sauda’. Ia mempunyai rasa ‘pungent bitter’.
    Biji   Nigella sativa dikenali dengan berbagai nama seperti Habbah 
elbarakah   (Arab), Kalounji, Mungal realael (Hindi), Kezah   (Hebrew), 
Charnushka (Russia), Corek otu siyah   (Turki), Siyah daneh (Parsi), 
Zwiebelsame,Nadella,   Schwarzkumm (German), Neidonkuka (Finland), Mustkoomen   
(Estonia), Karijnigi (Kanada), Czarnuszka siewna   (Poland), Nigella (Itali),  
Graine atau Wagella   Cultiree, Cheveuxdevenus, Negelle (Perancis), Svartkummin 
  (Sweden), Niguilla, Pesionara (Sepanyol), Svartkarve   (Norway) Juga dikenali 
sebagai Fennel flower, Black caraway, Nutmeg   flower atau Roman coriander 
(Inggeris). Biasa juga biji buahnya   dipanggil sebagai Black cumin, Nigella 
atau Black seed.   Dikalangan orang Mesir dan Syam ia dikenali sebagai 
Al-Habbatul Barakah,   dan bagi Telegu dipannggil Nellajilakaira, Punjabi 
dipanggil Kalongi,   Malayalam dipanggil Karunjiragam, Singhalese dipanggil   
Kaluduru, Marathi dipanggil Kalonji, Tamin dipanggil   Karunjiragam. Di Yaman 
dan
 Iran   dikenali dengan nama Al-Syuniz, manakala di Algeria   dipanggil Sanuj 
sementara di Moroko dipanggil dengan nama Basdas.
             SEJARAH   BLACK SEED
              
   Dilapurkan   bahawa Nigella sativa (black seed) telah di temui di dalam 
makam Tutankhamen.   Penemuan ini telah memberikan gambaran bahwa ia (Nigella 
sativa) mengambil   tempat yang sangat penting dalam kehidupan orang-orang 
Mesir purba.   Sungguhpun kegunaan sebenar Nigella sativa dalam masyarakat 
Mesir tidak   diketahui secara tepat, namun dengan penemuan tersebut kita 
memaklumi bahawa   sesuatu tidak akan dimuatserta kedalam makam diraja jika ia 
bukan sesuatu   yang terpilih dan dipercayaai serta diyakini oleh mereka 
sebagai sangat    berguna dan membantu raja mereka selepas mati.
    Dalam   sistem Perubatan Greco-Arab/Unani-Tibb yang berasal dari 
Hippocrates,   menganggap black seed sebagai sumber pemulihan dalam gangguan 
pencernaan dan   juga hati. Juga dianggap sebagai perangsang dalam berbagai 
keadaan tubuh.
    Adalah   fakta yang tidak benar jika dikatakan bahawa orang Arab 
mempelajari   kegunaannya daripada orang-orang Greeks, kerana sebelum 
perkembangan Islam di   Timur Tengah, tiada terdapat sebarang keterangan dan 
catitan tentang   penggunaannya. Kegunaannya dalam perubatan hanya dicetuskan 
selepas   kebangkitan Islam bermula dari apa yang telah diucapkan oleh 
Rasulullah saw   berbunyi:-
    “Sesunguhnya   Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit 
kecuali   Al-Sam”.
   Hadith riwayat Imam Bukhari
   “Pada Habbatus   Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
   Hadith daripada Buraidah.
             HABBATUS SAUDA DALAM PENGOBATAN MODEN
    
             “   Nigella sativa commonly known as love in the mist a beautiful 
Middle Eastern   Herb with many use"
   Dr. Micheal Tierra. L.A.C,   O.M.D.Pengarang  buku Planetary Harbology
   Dalam   Kanun Perubatan  (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) 
  mengatakan bahawa “black cumin adalah bijirin yang sangat merangsang   tenaga 
tubuh dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat   serta 
memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan,   dan 
sistem pernafasan”.
   Sementara   itu Al-Biruni (973-1048 Masihi) menegaskan bahawa “black seed”   
berkemungkinan digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh   
dan kesebelas.
   Selain   itu kehebatan Habbatus Sauda’ turut diperakui oleh cendekiawan 
silam lainnya   seperti Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi , disamping ratusan ahli 
sains   dan pakar perubatan moden memperakui keunggulannya. Sebahagian daripada 
  mereka adalah Dr. Basil Ali (dari The College of Medicine at King Faisal   
University), Dr Haq (dari The Department of Biological and Medical Research   
Center in Riyadh, Saudi Arabia), Dr. Michael Tierra (Pengarang buku Planetary   
Herbology), Dr. Peter Schleicher (Immunologist dari Munich), Professor Dr.   
El-Dakhakny (Pharmacology Department of Medicine, Elexandria University, UAR   
Egypt), Dr.  Nirmal Chakravarty, M.D, Dr. Badr-el-Din dan Dr.   Mahfouz, Dr. 
Ahmed El-Qadi dan Dr. Usama Qandil.
    
             
   “ Habbatus Sauda’ memiliki peranan yang   penting pada pencegahan tumor & 
kanser.Pada penggunaannya dalam waktu   yang lama minyak Habbatus sauda’ 
memperkuat sistem kekebalan tubuh.   Selain itu dapat mempercepat pembelahan 
sel ”.
   Dr. Stanley Kopok, University     of Arizona, USA   
   
   “ Habbatus sauda’ kaya akan beta-sitosterol,   yang diketahui memiliki 
kemampuan mencegah  kanser".
   Dr. Michael Tierra L. AC. O.M.D.
   
   
   ”Dengan mengkonsumsi Nigella Sativa dapat melawan kelelahan   ”. 
   ” Sebagai tambahan sebaiknya habbatus   sauda’ dimakan dengan Royal Jelly 
dengan perbandingan 2:1 ”.
   Dr. Mohammed Saleh, Kairo-Mesir 
   
   
   ”Ekstrak habbatus sauda’ memiliki khasiat anti-tumor   tanpa kesan sampingan 
seperti apa yang terjadi pada Chemotherapi dan   penyinaran”. 
                    Study of Nigella sativa on humans, University of South     
Carolina. USA
    
   “   Habbatus sauda’ mempunyai lebih dari 100 bahan aktif dengan berbagai   
khasiat penyembuhan. Salah satunya adalah impotensi.”
    Black Cumin, The Magical Egyptian Herb, Dr. Peter   Schleicher, M. D.
   Dr.Mohammed Saleh, M.D., Egypt 
   
   “    Habbatus sauda’ terbukti memiliki kesan aktiviti anti-histamin,   
anti-oxidant, anti-biotic, anti -mycotic dan penghambat Bronchitis”.
   Study of Black Seed Oil on Humans, American Scientists    
   
   “ Kombinasi bahagian lipid dan struktur hormon dalam   Nigella Sativa dapat 
meningkatkan air susu bagi ibu menyusui”
   University Pochefstroom  
   
   
   ”Terapi baru yang efektif, mudah dicerna dan   tidak mahal pada penyakit 
alergi adalah penggunaan asam lemak tidak jenuh   dari minyak biji tanaman, 
terutama minyak Nigella Sativa”.
   Dr. Lutz Bannasch, München - Jerman  
   
   
   ”Nigella Sativa mengandungi minyak eter yang dapat   membantu pencernaan & 
mengurangi masalah usus”.
   Prof. Dr. Hildebert Wagner, Institut fur Pharmazeutische   Biologie, München 
- Jerman 
   
   
   ”Nigella Sativa mengandung asam lemak tak jenuh,   Linoleic & Gammalinolenic 
yang masuk dalam tubuh. Asam ini memungkinkan   untuk pencapaian sintesis yang 
merupakan sistem kekebalan tubuh yang penting   menyebabkan penyakit kronik 
seperti jerawat dan demam karena alergi, hingga   kanser ”. 
   Dr. Peter   Schleicher, M. D., Immunologist, Munich Germany    
   
   ”  Meningkatkan fungsi kekebalan tubuh ”.   
      US. Patents Section, Antiviral Agents Bulletin # 5, 482, 711
   
   ”Habbatus sauda’ merangsang sumsum di   tulang & imuniti sel serta 
pengeluaran terferon, melindungi sel-sel   normal melawan virus perusak sel, 
melawan sel tumor, dan meningkatkan   antibodi yang mengeluarkan sel B”. 
   Cancer Immuno-biology, South     Carolina
   
   
   ” Habbatus sauda’ terbukti menyembuhkan 70 % penderita   alergi, termasuk di 
dalamnya alergi serbuk dan debu juga jerawat, serta   neurodermitis ( penyakit 
kulit), asthma dan lemahnya daya kekebalan tubuh.   Mengambil habbatus sauda’ 
secara teratur dapat menahan secara baik   penyakit flu ”. 
   Dr. Peter   Schleicher, Immunologie, München-Jerman
             BAGAIMANA HABBATUS SAUDA BERPERANAN
    
             Kebanyakan   masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca 
dari masalah yang sama,   samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, 
virus, parasit dan   kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan 
allopatik), setiap   kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara 
berasingan, dan selalunya   menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia 
yang mengandungi alkohol   dan beberapa kandungan bahan berbahaya. 
    Sementara   habbatus sauda’ berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan 
bertindak   ke atas punca sebenar penyakit. Habbatus sauda’ menyelaraskan 
kembali   sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika   
keadaannya terlalu kuat. Ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang   
berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik. Secara am, kegunaan   
serta manafaatnya terlalu banyak. Ia membantu sistem metabolisma, memperbaiki   
sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan   
membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus. Ia   
berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi   
keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran   
susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma,   
menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus   
menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah  
 ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak   lagi.
             NILAI PEMAKANAN
    
             Habbatus   sauda’  diperakui sangat kaya dengan nilai pemakanan, 
diantaranya   adalah:- 
   ·                 Mengandungi monosaccharides (single molecule sugars) dalam 
bentuk   glucose, rhamnose, xylose, dan arabinose. 
   ·                 Ia mengandungi komponen non-starch polysaccharide sumber 
yang sangat   berguna dalam kaedah keperluan pemakanan berserat.
   ·                 Ia kaya dengan asid lemak, terutamanya asid lemak tak tepu 
dan asid   lemak essential (Asid Linoleic dan Linoleic). Asid lemak essential 
tidak   boleh di keluarkan oleh tubuh, jadi tubuh memerlukannya dari makanan 
seumpama   habbatus sauda’.
   ·                 Habbatus sauda’ mengandungi lima belas amino acids yang  
membentuk   kandungan lengkap proteinnya termasuk lapan dari sembilan amino 
asid   essential. Asid amino essential tidak boleh di proses guna dalam badan 
dalam   jumlah yang mencukupi, jadi ia boleh didapati dari habbatus sauda’.
   ·                 Habbatus sauda’ mengandungi Arginine yang mana ia sangat   
penting bagi pembesaran bayi.
   ·                 Hasil analisis kimia telah menemukan bahawa habbatus 
sauda’   mengandungi karotene, yang mana ia kelak akan diubah oleh hati menjadi 
  vitamin A, vitamin yang ketahui bertindak sebagai anti kanser.
   ·                 Habbatus sauda’ juga merupakan sumber kalsium, sodium,   
potassium dan zat besi. Walaupun jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan   
hanya sedikit, tetapi kesemuanya  berfungsi sebagai faktor   sampingan  dalam 
peranan enzyme. 
              
AKTIVITI BIOLOGI HABBATUS SAUDA’
                 Anti-bakteria
               Hemostatic
                       Anti-fungus
               Analgesic
                       Anti-hiperglycemin
               Hipotensif
                       Anti-hipercholesterolemic
               Diuretic
                       Bronchodilator
               Hipoglycemic
                       Anti-tumor
               Hiholipaermic
                       Anti-tosik
               Anti-yis
                       Anti-spasmodic
               Anti-helminthic
                       Lactogogue
               Emmenagogue
               
             LEBIH 100 BAHAN AKTIF TERKANDUNG DALAM HABBATUS SAUDA
             Menurut   kajian yang dijalankan di the Munich Institute for 
Researched on Newer   Therapeutic Methods (Munchner Institut zur Erforschung 
neuer   Therapieverfahren) dengan menggunakan kaedah analisa termoden mendapati 
  bahawa habbatus sauda’ mengandungi lebih daripada 100 jenis kandungan   bahan 
aktif yang sangat membantu kesihatan dan ia menunjukkan kehebatan kesan   
klinikal jauh mengatasi herba lain sebagai supplemen pemakanan. Namun dengan   
kepesatan perkembangan sains mutakhir ini, ada kemungkinan satu atau lebih   
bahan aktifnya digabungkan dengan preskripsi farmasi untuk tujuan dan    dalam 
keadaan tertentu. Begitu juga dengan ekstrak habbatus   sauda’ ini, 
berkemungkinan dapat di adun secara kimia demi untuk   menjadikannya lebih 
berkesan dalam pengubatan.
    Walaupun   mungkin ada dakwaan yang mengatakan bahawa dalam keadaan 
tertentu, dengan   ditambahkan bahan-bahan additif akan dapat menambah 
keberkesanannya dalam   perawatan. Namun keupayaan penyembuhannya dalam 
bentuknya yang asli perlu di   diberikan perhatian.
    Secara   ringkas sifat-sifat utamanya adalah seperti berikut:-
   
   Habbatus sauda’ dalam        keadaan dan bentuknya yang asli akan berfungsi 
membantu sistem pemulihan        semulajadi tubuh dalam mengatasi penyakit dan 
mengekalkan kesihatan. Ia        bertindak di bahagian dan juga sistem tubuh 
tanpa mengganggu        keseimbangan semulajadi tubuh dibahagian-bahagian lain. 
   Kesan pengambilan habbatus        sauda’ dengan nilai pemakanan dan nilai 
perubatannya, bukan sahaja        ia membantu memulihkan keadaan semasa tetapi 
ia juga membantu tubuh        membina daya ketahanan terhadap kemungkinan 
serangan penyakit. 
    Kesimpulannya   habbatus sauda’ mempunyai sifat hipertensif, karminatif dan 
  anthelmintik
             KOMPOSISI KIMIA
              
   Biji   habbatus sauda’ mengandungi 1.5% minyak teruap, sementara 37.5% 
minyak   tak teruap. Disamping itu ditemui juga albumen, gula, asid organic, 
dan   glucoside melanthin metarbin. 
   KOMPOSISI MINYAK.
   Habbatus   sauda’ mengandungi kandungan asid lemak essential yang tinggi 
yang   sangat mustahak untuk kesihatan optima tubuh. Asid ini  tidak boleh   
diproses guna  (disintesis) oleh tubuh badan dalam jumlah yang   mencukupi. 
Oleh itu kehadirannya dalam habbatus sauda’ sangat bermanaafat   jika diambil 
untuk membantu tubuh mendapatkan sumber kesihatan.
   Persediaan   perubatan mengandungi linoleic dan linolenic asids telah 
digunakan secara   meluas untuk merawat menurunkan paras kolesterol   darah, 
eczema, dan penyakit kulit, tekanan pra-haid, berbagai tumor, penyakit   
pembekuan darah (arterio-thrombotic diseases), rheumatoid arthritis dan   
sclerosis. 
             ANALISA VOLATILE OIL
    
             Analisa    ke atas kandungan volatile oil (essential oil) di dalam 
habbatus   sauda’ memperlihatkan kandungan bahan-bahannya telah terbukti 
berkesan   memberikan tindakbalas berikut. Bijinya yang mengandungi satu 
daripada empat   volatile oil mengandungi komposisi berikut  :-
   Keputusan Analisa Volatile Oil
    
                    Volatile Oil
               Peratus (%)
               Sifat-sifatnya
                       Cymene
               32 %
               Digunakan kerana keupayaannya     bertindak menghilangkan sakit 
pada pengidap rheumatism
                       Pinene
               3 %
               Jika termakan boleh memberikan     sedikit kesan expectorant dan 
kesan colic. Jika digunakan     pada bahagian luaran ia memberikan kesan 
seperti Cymene.
                       Carbony
               25 %
               Mempunyai keupayaan sebagai     antiseptic dan antibiologikal. 
Dari ujian lanjut ia disahkan berkesan     terhadap organisma gram-positif dan 
juga organisma gram negative.
                       Carvone
               0.05 %
               Diketahui mempunyai sifat     anti-colic dan flatulence.
                       Limonene
               27 %
               Berkesan dalam rawatan     batukarang
                       Nigellon
     semohiprepinon
               1.5 %
               Bila disapukan di dada atau     terhidu ia meluaskan saluran 
pernafasan, menyerap kesakitan yang berpunca     dari pengecutan muskular 
semulajadi (cramps ~ painful involuntary     muscular contraction), 
meningkatkan suhunya, sekaligus mengurangkan     kesan akibat bronchial athma 
dan batuk. Ia juga menghalang     pengeluaran histamine
                       Thymochinon
                
               Ia menghalang infeksi, menghilangkan     kesakitan, merangsang 
gall bladder dan berperanan sebagai anti     oksidan
               
   
             KANDUNGAN BIOKIMIA
              
   Secara   ringkas kandungan biokimianya adalah seperti berikut:-
                    Alanine
               Arginine
               Asid askorbik
               Asparagine
                       Campesterol
               Carvone
               Cimene
               Cystine
                       Asid dehidroaskorbik
               Thimohidroquinone
               Alpha spinasterol
               Asid eicosadienoik
                       Glucose
               Asid Glutamik
               Glicine
               Iron
                       Isoleucine
               Leucine
               D-limonene
               Lipase
                       Asid linoleik
               Asid linolenik
               Lisine
               Methionine
                       Asid miristik
               Nigellin
               Asid oleik
               Asid palmitik
                       Phenilalanine
               Phitosterols
               Potassium
               Beta-sitosterol
                       Asid stearic
               Alpha spinasterol
               Stigmasterol
               Tannin
                       Threonine
               Thimohidroquinone
               Thimoquinone
               Triptophan
               
   SIFAT-SIFAT PHARMAKOLOGI dan TOXIKOLOGI HABBATUS   SAUDA’
    Tindak   balas pharmacologi ekstrak biji habbatus sauda’ (seperti 
sebahagian   komponen aktifnya seperti volatile oil dan thimoquinone) 
dilapurkan   memberikan kesan perlindungan terhadap nephrotoxicity (kesan 
komplikasi   toksik pada buah pinggang) dan hepatotoxicity (kesan komplikasi 
toksik pada   liver) akibat samada dari penyakit atau sumber kimia. Biji dan 
minyaknya   dilapurkan mempunyai aktiviti-aktiviti seperti anti-inflammatory, 
analgesik,   antipyretik, antimikrobial dan antineoplastik. Minyaknya 
mengurangkan tekanan   darah tinggi dan menambah baik pernafasan. Perawatan ke 
atas tikus dengan   menggunakan ekstrak biji habbatus sauda’ selama masa 12 
minggu telah   menemukan hasil perubahan haemogram yang meliputi penambahan 
packed cell   volume (PCV) dan haeglobin (Hb) dan penurunan dalam  kepekatan 
plasma   kolesterol,triglycerides dan glucose. Bijinya disifatkan sebagai 
sangat   rendah dalam kandungan toksiknya. Pemerhatian ke atas ekstrak dan 
minyaknya  
 telah menunjukkan ia tiada kesan negative terhadap hati dan buah pinggang.   
Namun kesan berguna dalam penggunaan biji dan thymoquinone ialah ia mempunyai   
keupayaan sebagai antioksidan dan cytoprotectif, juga kesannya ke atas   
setengah punca inflammation.
           

 
   

Ingin menambah pendapatan sehingga RM3.3 Trillion? Layari...
http://www.bio-asli.desaku.net/?id=is4u

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke