" Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan
janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang, kerana manis
itu belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan
kesengsaraan "
– Lukman nul-Hakim

Selalunya manusia memang begitu. Setiap yang payah tidak ingin dilakukan,
hanya perkara yang senang menjadi pilihan. Dari sudut motivasi ia bagus
kerana dengan itu terciptalah pelbagai barangan yang memudahkan kehidupan
harian manusia. Dengan kereta, perjalanan jadi selesa dan cepat; dengan
periuk elektrik memasak nasi menjadi perkara yang mudah; dengan adanya lif
tidak perlu lagi memanjat tangga.

Kemahuan untuk senang membuatkan manusia mencipta pelbagai peralatan semasa.
Ternyata kehidupan menjadi begitu menarik dan indah sekali.

Sayangnya, seolah-olah telah tertanam satu tabiat pada diri manusia –
kesenangan adalah mesti. Maka tidak kurang ramainya manusia mencari
kesenangan walau terpaksa menempuh jalan yang silap.

Menipu itu mungkin mudah berbanding bekerja membanting tulang, lalu nisbah
si penipu yang mendiami bumi kian bertambah. Merampas harta orang dengan
jalan yang tidak dibenarkan itu mungkin lebih mudah berbanding berusaha
keras membina harta, lalu perbuatan seperti ini tidak pernah ada kesudahan.

Tabiat mahu yang senang sepanjang masa dan setiap masa telah menimbulkan
sikap takut dengan cabaran atau lemah menghadapi cabaran. Sedangkan ayam
kampung, dengan dibiarkan hidup mencari makanan sendiri terbukti payah
sekali untuk ditangkap untuk disembelih, berbanding ayam sangkar yang
terlalu dimanjakan hingga tulang temulangnya lembut dan rapuh.

Untuk tahan sakit seseorang itu perlu disakiti selalu. Maka itu, ahli gusti
mampu melakukan pelbagai aksi yang menyakitkan tanpa begitu berasa sakit.
Stamina seorang pelari jarak jauh bergantung kepada sekerap mana dan sehebat
mana dia berlari setiap hari. Semua ini menyakitkan tetapi itulah yang
menjadikan mereka kuat dan luar biasa sekali.

Maka itu, untuk menjadi orang yang kuat dalam mendepani cabaran-cabaran
hidup, cabaran itu perlu ditempuh apabila terpaksa ditempuh, biarpun ia amat
menyakitkan sebab sudahnya adalah kekuatan. Usah memilih yang manis sahaja
sebab gula penyebab diabetes, sedangkan tongkat ali yang pahit itu adalah
penguat tenaga.

Suatu hari, sepasang suami isteri sedang mandi di dua bilik air yang
berasingan, loceng rumah mereka berbunyi. Setelah dan berdolak-dalik,
akhirnya Munah mengalah lalu pergi membuka pintu dengan hanya berkemban dan
menutup kepalanya dengan tuala. Di luar rupanya Awang, jiran sebelah.
Melihatkan keadaan wanita itu, Awang tersenyum dan dia berkata, "Bukalah
tuala tu saya akan hadiahkan RM800."

Wah, sekadar membuka tuala sudah mendapat RM800. Tentu Ahmad pun gembira
mendengar berita ini, fikir Munah. Dia pun membuka tuala yang menutup
kepalanya. Sebelum sempat Awang berkata apa-apa Munah sudah menutupnya
kembali dan menadahkan tangan. Awang memberinya RM800, sebelum tersenyum
lalu pergi.

Munah tergesa-gesa hendak memberitahu Ahmad. Jika begitu mudahnya mendapat
wang, hidup sudah menjadi teramat manis.

"Siapa yang datang?" pekik Ahmad dari bilik mandi.

"Awang jiran sebelah."

"Oooo." Keadaan senyap seketika. " Ada tak dia bagi RM800? Dia kata nak
bayar hutang dia hari ni."

Maka itu, usah terlalu terliur dengan perkara yang menyeronokkan sebab boleh
jadi ia petaka dan usah terlalu cerewet dengan hal yang tidak menyeronokkan,
boleh jadi ia penyebab bahagia



-- 
http://www.rizal.bizonline2u.com

Regards
Rizal Jalil
60176666256 / 60175600056


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/lOt0.A/hOaOAA/yQLSAA/9rHolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-niaga/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-niaga/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke