Darah pekerja habiskan masa berjam-jam hadap komputer mungkin jadi beku

   Haba dari Sinaran Infra Merah apabila memasuki kulit akan 
   memanaskan badan sekaligus dapat mengelak sindrom ini
   daripada berlaku ke atas pekerja pejabat.

   Bagaimana tubuh kita boleh terima sinaran infra merah dan
   pada menghindarkan kebekuan darah sepanjang masa bekerja?

   Lihat di sini ..

   >>  http://www.clickaudit.com/goto /?42776


WELLINGTON: Pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja 
masing-masing meletakkan nyawa mereka pada risiko tinggi, kata penyelidik.

Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand mendapati mereka berisiko tinggi 
menghadapi masalah darah beku yang boleh membawa maut.

Penyelidik mendapat satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital 
kerana menghidap trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau pembekuan darah, 
adalah pekerja pejabat yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Kajian akan disiarkan dalam New Zealand Medical Journal.

DVT ialah pembentukan darah beku dalam pembunuh darah vena, terutama di kaki.

Pembekuan boleh merebak ke hati, paru-paru atau otak, menyebabkan sakit dada, 
sesak nafas dan kemungkinan maut disebabkan serangan jantung atau angin ahmar.

Keadaan itu juga digelar sebagai ‘sindrom kelas ekonomi’ kerana penumpang yang 
duduk dalam penerbangan jarak jauh tanpa ruang untuk meregangkan badan, 
dianggap paling berisiko menghadapi masalah itu.

Penyelidik New Zealand memeriksa contoh 62 pesakit yang dimasukkan ke hospital 
dengan masalah darah beku, dan mendapati 34 peratus daripadanya duduk di meja 
mereka untuk jangka waktu lama.

Sebagai perbandingan, 21 peratus baru-baru ini menaiki penerbangan jarak jauh. 
Bagaimanapun, penyelidik menerima bahawa lebih ramai duduk di meja mereka dalam 
jangka panjang berbanding berada dalam penerbangan jarak jauh.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley, berkata sebahagian pekerja pejabat 
yang menghidap masalah itu duduk di depan skrin di meja mereka selama 14 jam 
sehari.

“Sebahagian daripada mereka duduk berterusan selama tiga atau empat jam pada 
satu-satu masa tanpa bangun langsung,” katanya.

Profesor Beasley berkata, masalah ialah yang paling biasa dalam industri 
teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Pakar Psikologi dan Kesihatan Universiti Lancaster, Profesor Cary Cooper, 
berkata dia tidak terperanjat dengan penemuan itu.

Katanya, orang ramai bekerja lebih lama berbanding sebelum ini, dan selalunya 
tidak menikmati rehat makan tengah hari dengan sempurna, sebaliknya cuma 
mengambil sandwic sambil melayan emel.

“Pekerja pejabat tidak bangun dan berjalan seperti yang mereka pernah lakukan,” 
katanya.

DVT menjejaskan kira-kira 100,000 orang dan membunuh sehingga 1,000 pesakit di 
Britain setiap tahun.– Agensi


--
Nota: Jika email ini tidak sesuai untuk Yahoogroup
ini, sila tuan Moderator reply dan letakkan "Hentikan"
di dalam subjek. Terima kasih.



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/lOt0.A/hOaOAA/yQLSAA/9rHolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-niaga/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-niaga/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke