Kawan..

Mungkin anda ada hasrat utk berhenti merokok tapi susah..

Super Detox boleh membantu hilangkan ketagihan..
Cuma titiskan ke atas lidah semasa datang ketagihan..

> http://www.clickaudit.com/goto/?38684



Artikel: Penyakit asap rokok

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

MENGAMALKAN gaya hidup aktif dan kerap bersenam bukan jaminan seseorang
perokok akan terhindar daripada menghidap penyakit akibat asap rokok,
seperti kanser paru-paru dan sekatan pulmonari kronik (COPD).

Inilah realitinya. Kebanyakan pesakit COPD yang dirujuk ke Institut
Perubatan Respiratori (IPR) di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, membabitkan
individu yang aktif bersukan ketika muda.

Ada yang pernah menjadi jaguh badminton, menjuarai sukan lumba lari atau
pemain handalan pelbagai sukan berkumpulan. Walaupun aktif bersukan, tabiat
merokok yang diamalkan sejak muda meragut kesihatan mereka pada hari tua.

COPD juga dipanggil 'batuk perokok' atau asma perokok kerana ia menyebabkan
pesakit sesak nafas. Pesakit COPD serius di negara ini dianggarkan mencecah
500,000 orang. Kajian mendapati satu daripada lima perokok akan mengalami
COPD selepas 15 hingga 20 tahun merokok.

Pengarah IPR, Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin, berkata aktiviti sukan belum
dapat menjamin seseorang perokok terlindung daripada penyakit disebabkan
asap rokok. Malah, pengalamannya mengendali dan merawat pesakit COPD
mengesahkan lagi perkara itu.

"Semakin lama seseorang merokok, semakin tinggi risiko mendapat penyakit.
Seseorang perokok masih terdedah kepada kesan racun dalam asap rokok yang
boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik," katanya.

Berita disiarkan Associate Press baru-baru ini melaporkan, senaman mungkin
boleh membantu merendahkan risiko kanser paru-paru sehingga 35 peratus.
Kajian mendapati perokok wanita yang bersenam secara aktif mempunyai risiko
lebih rendah untuk menghidap kanser paru-paru berbanding perokok yang tidak
bersenam.

Dalam kajian membabitkan 42,000 wanita berusia mendapati, 324 kes kanser
paru-paru berlaku pada perokok yang mengamalkan gaya hidup tidak aktif,
manakala hanya 151 kes di kalangan perokok yang rajin bersenam.

Bagaimanapun, ia bukan lesen bagi membenarkan seseorang itu merokok kerana
rokok adalah punca utama yang menjejaskan kesihatan, kata pensyarah
Universiti Pennsylvania, Dr Kathryn Schmitz yang mengetuai penyelidikan.

Tindakan lebih baik dan bijak ialah berhenti merokok secepat mungkin.
Tindakan ini mengurangkan risiko serangan kanser paru-paru sehingga 10 atau
11 kali ganda.

Malah, keputusan kajian itu mendapat tentangan banyak pihak yang
menyifatkannya kurang tepat kerana tidak mengambil kira kesan senaman
terhadap masalah kesihatan lain yang kerap dialami perokok tegar.

Dr Aziah berkata, keputusan kajian itu tidak boleh diterima terus kerana
banyak aspek perlu diteliti seperti cara ia dilakukan, kesahihan dan penaja
soal selidik.

"Setiap kali diadakan kempen kesedaran mengenai COPD, pasti ada yang
mendakwa mempunyai datuk yang merokok sejak berpuluh tahun tetapi tetap
sihat. Tahap kesihatan seseorang bergantung kepada daya perlindungan.

"Ada orang yang ketahanan badannya lemah dan mudah menghidap penyakit
apabila merokok dan sebaliknya. Ini sebabnya hanya seorang daripada lima
perokok akan menghidap COPD. Namun jika anda merokok, bermakna risiko
menghidap pelbagai penyakit kronik memang ada dan semakin tinggi jika kuat
merokok," katanya.

Berdasarkan pengalamannya, ramai mengaku menjadi perokok sosial (hanya
merokok sekali sekala) walaupun jumlah rokok dihisap melebihi 10 batang
sehari. Sebenarnya semua perokok yang ada sekarang bermula sebagai perokok
sosial.

Mereka tidak sedar nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ketagihan. Apabila
masalah ini berlaku, jumlah rokok bertambah secara perlahan-lahan setiap
hari bagi mengatasi ketagihan.

"Bagi individu yang merasakan mereka perokok sosial, saya ucapkan tahniah.
Bersyukur kerana anda belum masuk ke tahap ketagih dan ini bermakna usaha
berhenti merokok jauh lebih mudah.

"Tahap kesihatan akan lebih baik jika anda berhenti merokok sekarang dan ia
secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko menghidap kanser paru-paru
dan COPD. Anda pasti berjaya berhenti jika bersikap positif, kuat semangat
dan berusaha menjauhi rokok demi kesihatan jangka panjang, terutama untuk
hari tua nanti," katanya.

Selain itu, tindakan berhenti merokok akan menyelamatkan nyawa pasangan yang
secara tidak langsung menjadi perokok pasif. Menurut Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), perokok pasif ialah individu yang terdedah kepada asap rokok
sekurang-kurangnya 15 minit dalam masa dua hari untuk tempoh seminggu.

Risalah pendidikan Kementerian Kesihatan menyebut, perokok pasif mempunyai
risiko 30 peratus lebih tinggi mendapat kanser paru-paru dan penyakit
jantung (25 peratus lebih) berbanding perokok.

Senarai perubahan positif

> Dua jam — sistem aliran darah mula bersih daripada nikotin.
> Empat jam — nadi menjadi perlahan ke paras lebih normal. Tekanan darah
juga menurun.
> 24 jam — gas beracun (karbon monoksida) akan lenyap dan badan menyerap
lebih banyak oksigen.
> Dua hari — deria rasa (lidah) dan hidu (hidung) akan bertambah baik.
> Beberapa minggu — silia pada saluran pernafasan yang berfungsi
membersihkan bahan kotor dalam udara seperti habuk akan pulih.
> Dua bulan — peredaran darah ke seluruh badan menjadi lebih cekap.
> Tiga bulan — Menjadi lebih subur.
> Lima tahun — Risiko mendapat serangan jantung menurun 50 peratus.
> 10 tahun — Risiko mendapat kanser paru-paru berkurang 50 peratus. Risiko
mendapat serangan jantung pula sama seperti orang yang tidak pernah merokok.
> 15 hingga 20 tahun — Risiko mendapat kanser paru-paru sama seperti orang
yang tidak pernah merokok.

Langkah henti merokok

> Tetapkan tarikh untuk berhenti.
> Yakin pada diri.
> Buat nota peringatan.
> Katakan pada diri 'aku bukan perokok'.
> Sentiasa berfikiran positif.
> Dapatkan sokongan pasangan, keluarga dan rakan.
> Lawan keinginan untuk merokok.
> Gunakan terapi penggantian nikotin.
> Melengah-lengahkan untuk merokok.
> Minum banyak air.
> Tarik nafas panjang setiap kali ingin merokok.
> Sibukkan diri supaya anda tidak teringat kepada rokok.
> Menjauhi perokok.
> Mengunyah sesuatu.
> Mandi dengan kerap.
> Melakukan senaman.
> Meditasi.
> Mengelak situasi yang mendorong untuk merokok.
> Memohon doa kepada Tuhan.


-- 
--
Nota: Jika email ini tidak sesuai untuk Yahoogroup ini, sila tuan Moderator
reply dan letakkan "Hentikan" di dalam subjek. Terima kasih.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Teknik Mengiklan di Yahoogroups
Dapatkan senarai group di sini..
>> http://www.clickaudit.com/goto/?45858

Yahoogroups advertising techniques
Get the list of groups here..
>> http://www.clickaudit.com/goto/?45858

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-niaga/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-niaga/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke