Konsep perniagaan Internet MLM adalah sama dengan perniagaan MLM secara
konvensional. Perbezaannya adalah anda akan menggunakan Internet untuk
memperkembangkan jaring pemasaran anda. Ianya bersifat global dan boleh
melibatkan pengedar-pengedar dari seluruh dunia.
Internet MLM juga mampu diusahakan oleh pelbagai pihak disebabkan yuran
bulanannya yang rendah dan anda mungkin akan mendapat pulangan pelaburan anda
semula walaupun hanya berjaya membina kumpulan pengedar yang terdiri daripada
beberapa orang sahaja.
Walau bagaimana pun, untuk berjaya, anda mesti terus membina kumpulan
pengedar anda sendiri. Bercanggah dengan tanggapan yang anda akan mendapat
beribu-ribu dollar dengan hanya goyang kaki, Internet MLM juga memerlukan
usaha, masa dan kreativiti anda.
Perlu diingatkan bahawa Internet MLM bukanlah skim cepat kaya. Ianya mungkin
mengambil masa 2 hingga 5 tahun untuk mencapai matlamat yang anda impikan.
Sebagai panduan, pilihlah program Internet MLM yang mempunyai produk yang
memberi manfaat kepada anda, yang mempunyai reputasi baik dan yang mempunyai
sistem yang senang diikuti.
Tanya pada diri anda samaada anda akan masih menggunakan produk yang
ditawarkan sekiranya tiada komisen diberikan. Dalam erti kata lain, jangan
pentingkan wang semata-mata. Kemudian, kalau jawapannya ‘ya’, barulah anda
menyertainya.
Pastikan yang anda memahami model perniagaan MLM ini sebelum anda
menceburinya.
Sekian,
Azizi Bin Abdullah
10 Model Perniagaan Internet Yang Berkesan
Koleksi 59 Idea Bisnes Yang Unik
Rahsia Cari Duit Kahwin
Bagaimana Bio-Asli Boleh Membantu Anda
"Barangsiapa yang tiada berupaya menghasilkan wang walau sesen pun menerusi
internet, sedangkan mereka memasukinya saban hari, maka, sesungguhnya mereka
tergolong di kalangan orang-orang yang rugi"
- Mohd Suhaimy a.k.a shuth (WangCyber.com Founder)
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
[Non-text portions of this message have been removed]