SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai 
sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
  Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia 
akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan 
berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang 
tertentu. Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
      
Sabda Rasulullah SAW: 

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya, 
sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang 
menghantarnya ke kubur pada  saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat 
itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya  ketika beliau masih hidup di 
dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, 
zakatnya  diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada 
sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua 
kakinya.


  Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada 
malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke 
sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan 
masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya 
: dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung 
kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. 
  Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) 
memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada 
mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang 
kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu 
kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak 
sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat 
(boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah 
pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa 
bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata 
mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa 
nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah 
Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :
   Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan 
demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka 
baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah 
janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah 
gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari 
cahaya baginya".

  Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
  Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah:
  http://www.freewebs.com/hibah2u/renungan.htm
  http://www.freewebs.com/jutawanhibah/


  
  Rezeki Hibah Consulting ( SA0031390-K )
  Perkhidmatan Kami:Forex Consultant/Offshore Investment/Bantuan Faqir 
Miskin/Mualaf/Anak Yatim/Ibu Tunggal/Orang Yang Berhutang/Muflis/Orang Kurang 
Upaya/Pelajar/Rumah Kebajikan/Amil dan Hibah
  Layari : http://www.freewebs.com/hibah2u/

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke