Asmkm kawan-kawan. Saya Shueqry.
Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa step untuk mencabar diri sendiri bagi mencapai kejayaan. Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Tetapi jangan pula selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya. Ini adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan. 1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi Dream BIG! Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran tu. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. 2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajar dari mereka . Buka mulut dan bertanya. 3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila ..... Artikel seterusnya boleh di baca di : http://shueqry.blogspot.com Jumpa di sana! shueqry kota kinabalu, sabah SMS 016 834 0107 --------------------------------- Never miss an email again! Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives. Check it out. [Non-text portions of this message have been removed]
