Salam, Semalam,saya ke Cititel, Mid valley. Di sana saya berjumpa dengan Puan Mahani dan juga Encik Anuar. Puan Mahani datang bersama dengan suaminya. En Anwar datang berseorangan. Lupa, saya nak tanya status samada sudah kahwin ke belum. Terdapat beberapa orang lain lagi yang ingin hadir tetapi terpaksa membatalkan hasrat kerana aral melintang. Puan Mahani daripada Damansara dan Encik Anwar pula tidak jauh dari tempat tinggal saya, beliau daripada kawasan Ampang.Terdapat dalam anggaran seratus orang yang hadir pada malam tersebut. Puan Mahani mendapat tahu mengenai Score A daripada email marketing yang saya lakukan dan Anuar pula daripada forum melayu.com. Saya meletakkan info briefing di situ. Seperti yang saya selalu tekankan, begitulah kehebatan IT sekarang, hanya berada di rumah, sambil- sambil tengok tv, kita boleh berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain. Tidak susah - susah marketing cara convensional yang memerlukan masa dan kos yang tinggi. Disamping itu agak sukar dilakukan.
Speaker yang pertama ialah Encik Romizee. Encik Romizee adalah bekas guru di Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh berusia 31 tahun. Beliau mempunyai 4 orang anak dan yang sulung berusia 9 tahun. Beliau mempunyai ijazah di dalam Usuludin dan pendidikan daripada sebuah universiti di Jordan. Beliau juga pernah menjawat jawatan akauntan daripada salah sebuah bank di ibu negara setelah berhenti menjadi guru. Beliau adalah bekas pemidato yang pernah bertanding di peringkat kebangsaan. Kini, beliau adalah usahawan score A secara sepenuh masa. Encik Romizee membawa satu cerita senario pada zaman sekarang "Aiman tak kisah". Kini, ibubapa hanya dapat memantau prestasi anak- anak dengan kerajinan mereka di dalam membuat latihan dan membaca buku. Ibubapa menghabiskan banyak wang ringgit untuk membeli buku-buku tambahan dan menghantar anak-anak ke tuisyen. Ibubapa merasakan anak mereka telah cukup dibantu dan bersangka baik dengan pencapaian anak- anak mereka. Namun begitu, apabila keputusan peperiksaan keluar, keputusan yang diluar jangkaan telah berlaku. Ibubapa terkejut dengan keputusan buruk anak -anak.Sekolah dipersalahkan. Ibubapa mengheret anak ke sekolah bertanyakan kepada guru. Ibubapa menyatakan anak mereka rajin, selalu baca buku tetapi kenapa keputusannya teruk? Ini mesti guru yang tidak buat kerja, tidur di dalam kelas.. Itu saya yang tambah [image: Smile] . Guru menyatakan bahawa prestasi anak -anak adalah diukur di dalam peperiksaan, iaitu pembelajaran output. Walaupun rajin mana pun anak itu. Ibubapa menyedari bahawa apabila melihat keputusan peperiksaan di dalam kad laporan sekolah, masanya sudah terlambat. Kad laporan sekolah hanya dapat dirujuk 2 kali setahun. Score A menawarkan satu sistem yang dapat memberikan laporan semasa tentang prestasi anak-anak. Disitulah keperluan Score A. Tambahan pula, anak - anak sekarang kebiasaanya hanya menggunakan komputer untuk main game. Ini adalah kerana permainan game adalah berkonsepkan interaktif. Begitulah juga konsep yang di bawa oleh Score A. Score A bukanlah untuk menggantikan guru atau sekolah tetapi Score A adalah pelengkap visi pendidikan negara. Speaker yang kedua ialah Encik Imran yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau berusia 27 tahun dan sudah berkahwin.Beliau belum mempunyai anak. Encik Imran adalah bekas eksekutif TNB dan sekarang telah menjadi usahawan Score A sepenuh masa. Beliau telah membayar RM50 ribu sebagai menebus pinjaman pelajaran tajaan TNB untuk menghentikan kontrak kerja daripada TNB dan bergiat sepenuh masa di dalam Score A Programme.Encik Imran menerangkan tentang perniagaan yang di bawa oleh Score A. Score A adalah satu-satunya syarikat di dalam network markerting di bawah syarikat yang berdaftar.Sunrise business? Inilah istilah yang digunakan atau perniagaan matahari terbit. Masa yang terbaik untuk Score A adalah pada 2010 iaitu semua sekolah akan berkonsepkan sekolah bistari. Score A berkonsepkan pendidikan iaitu satu keperluaan di dalam masyarakat kita. Orang sanggup bergolok bergadai menjual tanah untuk menghantar anak ke Universiti. Begitulah pentingnya pendidikan. Pendidikan juga adalah anti kemelesetan ekonomi. Setiap orang wajib bersekolah dan jika ibu bapa tidak menghantar anak ke sekolah, mereka boleh dipenjarakan daripada segi undang-undang. Pada masa sekarang, persaingan untuk kemasukan ke universiti semakin sengit. Bukan pangkat satu menjadi ukuran tetapi berapakah jumlah A yang berjaya didapati. Ini bermakna Score A mempunyai permintaan yang tinggi dan kadar penolakan yang rendah. Di seluruh negara, terdapat 5 juta pelajar- pelajar sekolah yang berpotensi untuk menggunakan Score A. Kini terdapat hanya 200,000 yang menggunakan Score A. 75% daripada mereka adalah kaum Cina, 20% kaum Melayu dan 5% adalah lain-lain kaum termasuk India. Terdapat 500,000 pendaftaran baru setiap tahun untuk kemasukan tahun 1. Begitulah luasnya sasaran dan peluang di dalam perniagaan Score A. Terdapat 96% bahagian lagi di dalam pasaran yang belum diterokai. Jika di bandingkan dengan perniagaan telefon bimbit, masa sekarang sudah terlambat kerana terdapat terlampau banyak saingan dan pasaran sudah tepu. Score A adalah seperti perniagaan telefon bimbit pada 15 tahun yang lalu dan ianya juga akan berkembang seperti perniagaan telefon bimbit pada masa sekarang. Sekarang adalah masa terbaik untuk menyertai Score A. Majlis tersebut diakhiri dengan En Abdul Aziz Samad yang berasal dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Beliau adalah bekas kerani bank dan kontraktor dan telah berkecimpung di dalam network marketing selama 10 tahun. Beliau adalah orang yang bertanggung jawab di dalam merangka sistem perniagaan Score A di dalam network marketing. En Abdul Aziz adalah orang nombor satu di dalam Score A Programme. Pendapatan terkumpul beliau di dalam Score A ialah 1.2 juta. Bulan pertama beliau mendapat RM28 ribu, bulan kedua RM108 ribu dan RM140 ribu pada bulan ketiga. En Abdul Aziz banyak berkongsi pengalaman beliau sebelum dan selepas menceburi perniagaan ini. Pada awal pekerjaan beliau, beliau adalah seorang kakitangan sebuah bank dengan gaji RM1200 sebulan dan harta beliau yang pertama sebuah motosikal Honda Hawk. Namun, pendapatan yang kecil tersebut amat sukar buat beliau untuk hidup di Kuala Lumpur ini. Beliau sebenarnya memperolehi sijil pangkat satu di dalam SPM tetapi tidak dapat meneruskan pengajian kerana ibubapa beliau terpaksa menyara adik beradik beliau yang lain seramai 13 orang semuanya. Oleh kerana ingin mengubah nasib, beliau mendapatkan lesen kontraktor. Namun begitu, beliau kecewa di dalam bidang ini kerana terlampau banyak sangat birokrasi dan amalan yang tidak baik seperti pemberian rasuah untuk mendapatkan projek. Bertolak daripada itu, beliau menyertai bidang network marketing. Sebelum menyertai Score A,beliau telah memperolehi pendapatan RM48 ribu sebulan daripada sebuah syarikat lain. Namun, beliau sanggup meninggal pendapatan sebegitu untuk menyertai Score A Programme. Beliau mengulangi kenyataan bahawa perniagaan Score A adalah perniagaan yang amat berpotensi pada masadepan. Itulah titik tolak beliau menyertai Score A. Beliau telah menerangkan cara memperolehi pendapatan RM30 ribu sebulan daripada Score A. Ianya amat mudah dan caranya adalah seperti lari berganti-ganti. Anda hanya perlu menyertai Score A, kemudian berkongsi faedah dan kebaikan Score A kepada 2 orang, dan orang yang dibawah juga mengulangi apa yang kita buat. Jika proses ini dilakukan di dalam masa seminggu, kita boleh memperolehi pendapatan RM30 ribu sebulan dalam masa 3 bulan bersama Score A. Modal Score A adalah murah. Amat menyedihkan jika seseorang itu tidak mempunyai sedikit wang simpanan untuk pembiayaan pendidikan anak-anak sedangkan sanggup berabis untuk membeli rokok, melanggan Astro dan lain-lain lagi untuk keseronokan dan hiburan. Begitulah beliau mengakhiri sesi penerangan Score A pada malam tadi. Jika anda berminat untuk mengetahui tentang Score A dengan lebih terperinci. Sila lawati www.scorea.aridztech.com/?ref=aridz [Non-text portions of this message have been removed]
