Bush guna veto, cetus pertelingkahan baru WASHINGTON 2 Mei Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semalam memveto rang undang-undang yang menetapkan jadual pengunduran tentera di Iraq, sekali gus mencetuskan pertelingkahan baru dengan kumpulan penentang perang berhubung menamatkan pembabitan tentera AS dalam konflik empat tahun.
Tatkala kedua-dua pihak berikrar untuk bekerjasama ke atas perundangan baru bagi memastikan tentera AS di Iraq dan Afghanistan mendapat dana mencukupi, tidak ada kompromi antara White House dan Kongres yang dikuasai Demokrat berhubung langkah mengaitkan dana dengan jadual pengunduran. Berita Penuh : http://www.maynetwork.net [Non-text portions of this message have been removed]
