Ikutilah beberapa kisah menarik para usahawan jutawan yang berjaya.
   
  Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari 
   
  Nama seorang tokoh usahawan bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri 
Syed Mokhtar AlBukhari tiba-tiba melonjak naik. Namanya terkenal bukan sahaja 
di Malaysia malah di serata dunia terutamanya bursa-bursa saham. Tidak banyak 
yang diketahui mengenai latarbelakang beliau. Kekayaan beliau dianggarkan 
sebanyak RM2.15 bilion menduduki tempat ketujuh di dalam senarai 40 orang kaya 
di Malaysia menurut akhbar perdagangan Business Economics, 2004. 
   
  Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Beliau 
bermula sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau dikenali 
dengan sikap rendah diri, namun beliau tidak pernah berpuas hati dengan 
kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya. 
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan 
yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh 
korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau salah seorang yang 
bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di 
mata dunia dalam tempoh singkat. 
   
  Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah 
membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala 
Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya 
sekitar Negeri Kedah dan Perak. Kegigihan Tan Sri Syed Mokhtar telah berjaya 
menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang 
menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi 
usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari. 
   
  Tan Sri Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti 
kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. 
Seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan 
pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau 
seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum 
membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Tan Sri Syed Mokhtar juga 
merupakan seorang yang pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, 
kuat bekerja, merendah diri dan tidak gemarkan publisiti. 
   
   
  (Dipetik dari penulisan: Muhammad Amin Al-Farabi)
   
   ...bersambung:..
   
   
  Daripada,
   
   
  Pengurus Ideal Enterprise
   
  Webmaster:
  http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com

   
   
   
   
   
   
   
   

       
---------------------------------
Pinpoint customers who are looking for what you sell. 

[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke