Score A Programme memerlukan prasarana teknologi maklumat untuk digunakan
kerana sistemnya digabungkan dengan teknologi internet dan juga SMS. Saya
selalu mendapat maklumbalas daripada kebanyakan ibu bapa tidak mahu
melanggani perkhidmatan internet di rumah adalah kerana kerisauan terhadap
anak-anak mereka terdedah kepada aktiviti tidak sihat seperti melayari laman
web lucah dan ber'chatting".

Saya ingin mengesyorkan kepada ibubapa agar menangani masalah ini dengan dua
cara:

1.Letakkan komputer anda di ruang tamu rumah. Jangan sesekali meletakkannya
di dalam bilik anak-anak. Ini adalah memudahkan pemantauan dibuat.

2. Jangan bocorkan password internet connection anda. Jika anda tiada
dirumah, anak anda tidak boleh gunakan internet.

Kita tidak boleh menolak teknologi. Lambat laun kita akan ketinggalan. Cuma
cara kita menangani kehadiran teknologi itu penting. Sebagai contoh, anak-
anak lebih suka bermain computer games daripada permainan tradisional
seperti kita di masa kecil dahulu.Buatlah jadual untuk mereka menggunakan
Score A Programme. Jika mereka berminat bermain computer games, syaratkan
kepada mereka supaya menjawab soalan Score A dahulu.

Kepada ibubapa yang mempunyai anak yang suka main "games" jangan dihalang.
Saya pernah menghadiri temuduga untuk jawatan Pilot di MAS dan "psychomotor
test simulator" adalah hampir sama seperti bermain computer game. Namun, 12
orang yg menghadiri temuduga tersebut pada hari itu, tiada seorang pun yang
lulus. No more 2nd chance. Begitulah betapa tegasnya untuk pekerjaan yang
melibatkan ramai nyawa orang. Jika saya tahu temuduga tersebut adalah
seperti itu, sudah pasti saya akan luangkan masa saya di arked "computer
games" di pusat membeli belah untuk beberapa hari.

Oleh itu, dapatkanlah sebuah komputer pada hari jika anda masih belum ada.
Harga komputer juga sudah murah. Hasrat kerajaan "satu rumah satu komputer"
adalah lebih lengkap dengan Score A Programme. Namum, apa yang menyedihkan
ramai yang membeli skuter daripada komputer apabila skim pengeluaran wang
dari KWSP dilakukan disuatu ketika dahulu. Pada masa itu, ramai yang kurang
pasti kegunaan komputer dirumah. Pada hari ini, Score A Programme adalah
pengisi dan pelengkap kegunaan komputer anda di rumah.

aridz
www.scorea.aridztech.com
<www.scorea.aridztech.com/?ref=aridz>/?ref=aridz<www.scorea.aridztech.com/?ref=aridz>


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke