Lelaki + RM: KAD KREDIT - Gaya @ Hutang
Oleh: Irfan Khairi, Jutawan Muda Internet Malaysia
Kad kredit- memudahkan atau membebankan? Sering kali kita dengar kad kredit
memudahkan kita dalam berbelanja- tidak perlu membawa cash merata-rata. Tak
kurang juga rungutan yang kita dengar bahawa kad kredit membawa beban apabila
ia memudahkan sangat perbelanjaan, sehingga kita tidak dapat mengawal belian
melalui kad kredit... hutang pun bertambah keliling pinggang.
Kad kredit dicipta pada tahun 1950 di mana Frank McNamara telah mencipta
sebuah kad "hutang" untuk membayar bill restoran. Kad tersebut dikenali sebagai
Diner's Card. Beberapa tahun kemudian, berbagai-bagai kad kredit digunakan di
pasaran termasuk American Express, Mastercard dan juga VISA untuk pelbagai
kegunaan. Penggunaan kad hutang ini menjadi amat popular dan industri kad
kredit berkembang dengan pesatnya.
TIPS MENGGUNAKAN KAD KREDIT (Bahagian 1)
Tips 1:
Jangan menganggap kad kredit sama seperti wang tunai. Anggap kad kredit
sebagai hutang. Setiap kali anda menggunakan kad kredit, anda menambahkan
hutang anda. Hanya gunakan kad kredit apabila anda mempunyai wang tunai
simpanan untuk melangsaikan hutang tersebut. Anggap kad kredit sebagai kad
hutang yang anda perlu langsaikan dalam masa 30 hari
Tips 2:
Jikalau anda ingin menambah accessory kepada kereta anda, usah gunakan kad
kredit jika anda tidak mempunyai simpanan untuk pembayaran balik dalam masa 30
hari. Ianya hanya akan memudaratkan anda oleh kerana interest yang dikenakan
adalah tinggi berbanding dengan pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman belian
kereta anda sendiri.
Tips 3:
Pastikan anda sentiasa mengetahui baki kad kredit anda. Walaupun anda ianya
menggunakan sedikit di sini, dan sedikit di sana, patah orang tua berbunyi;
sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jangan tertawan dengan godaan membeli
perkakas untuk bergaya menggunakan kad kredit- baju baru, kasut baru, seluar
baru, handphone baru. Apabila membayar menggunakan kad kredit, anda tidak
nampak wang tunai yang menjadi pertukaran. Ini akan mengakibat kan kita lupa
tentang perbelanjaan kita. Sedar-sedar, hutang bertambah keliling pinggang.Oleh
itu, pastikan anda sentiasa mengetahui jumlah penggunaannya pada tiap-tiap
belian dan pastikan anda mampu membayar jumlahnya dalam masa 30 hari.
Tips 4:
Simpan kesemua resit belian kad kredit anda. Di akhir bulan, semakkannya
bersama bil bulanan yang anda terima. Pastikan jikalau terdapat apa jua
kesilapan, anda menghubungi syarikat kad kredit anda serta merta. Kesilapan caj
boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja. Lebih teruk lagi, mungkin terdapat
penyelewengan kad kredit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Anda tidak
terkecuali dari menjadi mangsa. Oleh itu, pastikan anda menyemak bil bulanan
anda.
bersambung.....
Disampaikan oleh
Pengurus Ideal Enterprise
webmaster:
http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
---------------------------------
Got a little couch potato?
Check out fun summer activities for kids.