Lawak Burung ini ditaja oleh Pulasan.net

Seorang janda tua yang mengharapkan rasa sunyinya hilang pergi ke sebuah kedai 
binatang peliharaan. Setelah mencari-cari dan tidak berpuashati dengan 
binatang-binatang yg ada di situ, dia ingin melangkah keluar apabila dia 
mendengar satu suara, "Oh, Puan kelihatan cantik hari ini."
Dia berpaling untuk melihat punca suara itu, tetapi tidak ada orang yg 
kelihatan. Yang dilihatnya adalah seekor burung kakak tua jantan berwarna 
hijau, sedang bertenggek dalam sangkar. "Engkaukah yang berkata-kata itu?" dia 
bertanya.
"Ya, memang saya!" burung itu membalas. "Dan
 lagi, pakaian yang Puan pakai amat sesuai dengan Puan."
Perempuan itu lalu berfikir, alangkah
 bagusnya jika memiliki burung kakak tua ini yg bukan hanya boleh berkata-kata, 
tetapi amat berbudi bahasa dan pandai mengambil hati. Jadi dia membeli burung 
itu lalu membawanya pulang. Dalam perjalanan, dia berkata, "Aku amat berbangga 
memilikimu, jadi aku bercadang ingin membawamu keluar makan malam ini! Kau nak 
tak?"
Burung kakak tua itu membalas, "Tentu sekali. Saya tahu satu tempat yg best di 
bandar ni."
Mereka sampai di rumah dan perempuan itu bergegas naik ke tingkat atas utk 
menukar pakaian makan malam. Apabila perempuan itu turun semula ke bawah, 
burung kakak tua itu mula mengomel, mengutuk, menyumpah malahan menggigit 
perempuan itu.
Apalagi, membaralah perempuan tu!! Dicekiknya leher burung kakak tua itu lalu 
dihumbannya ke dalam peti sejuk. Ditinggalkannya burung kakak tua itu selama 
lebih kurang 5 minit sebelum dikeluarkannya. Burung itu amat kesejukan.
Perempuan itu lalu berkata, "Ha!? Padan muka kau wahai burung? Aku takkan 
bertolak ansur dengan
 kelakuanmu semacam itu dalam rumahku ini!"
Burung kakak tua pun membalas, "Ok, ok, saya janji tak buat lagi. Saya minta 
maaf banyak-banyak."
Lima minit selepas itu, burung itu menyumpah-nyumpah lagi malahan menggigit 
perempuan itu lebih kuat pada tangan dan jarinya.
Perempuan itu merasa marah yg amat sangat. Dikeluarkannya burung kakak tua itu 
dari sangkarnya dan dihumbannya burung itu ke dalam peti ais sekali lagi. Kali 
ini, dia membiarkan burung itu selama 15 minit.
Apabila dikeluarkannya burung itu, burung kakak tua itu kelihatannya sudah 
nyawa-nyawa ikan, hampir mati. ia menggeletar dan ada tompok-tompok ais pada 
bulunya. "Saya sumpah takkan buat lagi! Saya takkan buat lagi Puan! Saya 
janji!" Setelah itu, dipandangnya perempuan itu dengan sayu, lalu berkata lagi, 
"Saya ada satu soalan. Saya tengok ada ayam belanda kat dalam peti tu, dah 
keras. Apa dia buat kat Puan? Dia gigit Puan jugak ke?"


=====================================================================
Biar membesar perlahan-lahan, daripada berdiri - kaku.
http://pulasan.net/dilemma










      
        
                
________________________________________________________ 
Kini dengan simpanan sebanyak 1GB 
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke