....sambungan:
TIPS MENGGUNAKAN KAD KREDIT (Bahagian 2)
Oleh: Irfan Khairi, Jutawan Muda Internet Malaysia
Tips 5:
Langsaikan bayaran kad kredit anda secepat mungkin. Lebih lama anda
melangsaikan hutang kad kredit anda, lebih banyak interest yang anda perlu
bayar untuk menampung hutang tersebut- ini akan menyukarkan pembayaran balik
kad kredit anda. Ramai tersalah anggap bahawa jikalau mereka membayar "minimum
payment" pada bil bulanan, interest tidak akan di kenakan. Tanggapan ini adalah
salah oleh kerana, interest masih akan dikenakan. Cuma, jikalau anda tidak
membayar "minimum payment", anda akan dikenakan denda- ini akan menambahkan
lagi hutang anda! Langkah yang lebih bijak adalah untuk melangsaikan kesemua
hutang kad kredit anda setiap bulan.
Tips 6:
Pastikan kad kredit anda mempunyai interest rate yang rendah. Terdapat
berbagai-bagai institusi menyediakan perkhidmatan kad kredit- cari yang memberi
interest yang paling rendah. Jikalau anda sudah mempunyai kad kredit dan
mendapati institusi lain memberi interest yang lebih rendah, anda boleh
melakukan penukaran perkhidmatan kad kredit tersebut.
Tips 7:
Kebiasaan institusi akan mempromosikan interest yang rendah untuk beberapa
bulan permulaan untuk menarik pelanggan. Pastikan anda tidak terjerat dengan
promosi sebegini oleh kerana anda perlu mempertimbangkan juga interest yang
sebenar selepas tamat tempoh permualaan ini.
Tips 8:
Usah memiliki beberapa kad kredit sekali gus. Ini akan menyebabkan anda lebih
giat berbelanja. Hanya satu kad kredit sudah mencukupi. Jikalau anda mempunyai
3 kad kredit dari institusi yang berlainan yang memberi limit pinjaman RM5,000
setiap satu, anda akan menjadi rambang mata oleh kerana anda mempunyai RM15,000
yang boleh di belanjakan!
---------------------------------------------------------------
Jikalau anda mempunyai masalah berbelanja lebih dari apa yang anda mampu
melalui kad kredit, teknik berkesan anda boleh lakukan adalah, potong kad
kredit anda yang lain dan hanya simpan satu sahaja. Hentikan perkhidmatan dan
langsaikan hutang-hutang kad kredit yang lain dan teruskan hidup anda dengan
hanya satu kad kredit sahaja.
Kad kredit merupakan suatu kemudahan untuk membuat bayaran, sebagai contoh,
gunakan kad kredit sebagai alternatif kepada wang tunai. Ianya lebih selamat
untuk anda membawa sekeping kad kredit untuk membeli handphone RM3,000 dari
pada membawa wang tunai RM3,000 dalam dompet anda! Ia juga amat berguna
seandainya terdapat kecemasan dan anda tidak mempunyai wang tunai. Sering kali
kita boleh menganggap kad kredit kita sebagai insurans seandainya terdapat
kecemasa. Namun begitu, penggunaan kad kredit yang tidak di jaga akan
mengakibatkan pembelian melalui kad kredit sewenang-wenangnya dan cuma bil kad
kredit di hujung bulan akan menjadi beban kepada anda.
Disampaikan oleh
Pengurus Ideal Enterprise
webmaster:
http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
---------------------------------
Need a vacation? Get great deals to amazing places on Yahoo! Travel.