Klik : http://groups.yahoo.com/group/gr4b/join

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Agama/20070706230703/Article/

JABATAN agama Islam negeri perlu mempunyai satu jabatan khusus untuk memerangi 
dadah dianggotai mereka yang pakar dalam bidang berkenaan bagi memantapkan 
usaha menangani serta membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.



 


 


Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata cadangan penubuhan jabatan khusus 
memerangi dadah itu boleh diputuskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) 
Mesyuarat Ketua Jabatan Agama Islam Negeri.

Beliau berkata, jika Jain mempunyai jabatan yang menguatkuasakan undang-undang 
khalwat atau jenayah syariah lain, jabatan itu juga perlu mempunyai pegawai 
khusus untuk menangani masalah berkaitan penagihan dadah.

Katanya, pembabitan pengurusan hal ehwal agama yang mempunyai kepakaran 
mengenai isu penagihan dadah akan memberi keyakinan kepada masyarakat terutama 
penagih terhadap kesungguhan mereka bersama membantu memerangi dadah.

“Jika kita hendak beri nasihat atau kaunseling, kita perlu mendapat keyakinan 
serta kepercayaan penagih itu terlebih dulu. Justeru, mereka yang menganggotai 
jabatan khusus memerangi dadah seperti jabatan agama Islam negeri, perlu 
benar-benar pakar dan bersedia menurunkan ilmu.

“Jika setakat pergi lorong yang menjadi tempat penagih, pakai baju kot atau 
tali leher panjang, tak payahlah. Perlu pakai pakaian yang sesuai supaya dapat 
meyakinkan penagih,” katanya pada forum Seminar Memerangi Dadah Bersama 
Pengurusan Hal Ehwal Islam Peringkat Kebangsaan, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Forum itu membicarakan Peranan Institusi Pentadbiran Hal Ehwal Islam Menangani 
Pencegahan, Penyalahgunaan, Penagihan, Pemulihan dan Pencegahan Penagihan 
Semula di Kalangan Umat Islam.

Seminar Memerangi Dadah Bersama Pengurusan Hal Ehwal Islam Peringkat Kebangsaan 
yang diadakan selama tiga hari bermula 3 Julai lalu adalah anjuran bersama 
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Nooh berkata, sentuhan agama sama ada dalam bentuk nasihat, kaunseling atau 
pembabitan secara langsung oleh pegawai pengurusan hal ehwal Islam dengan 
penagih mampu menjadi faktor penyokong dalam proses pemulihan penagihan dadah.

Justeru, katanya, orang agama tidak boleh menjadi hakim yang menghukum tetapi 
mereka hendaklah berperanan sebagai doktor atau tabib yang berusaha mencari 
penawar bagi mengubat penyakit ketagihan yang dihidapi penagih dadah.

“Kita perlu merangka modul pemulihan yang sesuai menggunakan pendekatan agama 
supaya berkesan dan menghasilkan keputusan diharapkan. Ia memerlukan kerjasama 
pakar agama dan mereka yang mahir dengan isu penagihan dadah,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan majlis tilawah al-Quran bekas 
penagih dadah yang menyediakan hadiah pakej menunaikan umrah atau haji ke 
Makkah sebagai pendorong kepada golongan berkenaan mendekatkan diri dengan 
program berteraskan keagamaan.

Sementara itu, Presiden Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Yunus Pathi 
menyarankan pengurusan hal ehwal agama mencontohi tindakan Majlis Agama Islam 
Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mengambil tindakan proaktif turun padang 
membantu penagih serta kumpulan bermasalah sambil berdakwah kepada mereka.

Katanya, pegawai MAIWP yang diketuai sendiri Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali 
sering meronda sepanjang jalan dari Pusat Islam melewati Jalan Raja Laut hingga 
ke Chow Kit untuk mendekati penagih dadah, kumpulan gay dan penghidap HIV.

“MAIWP akan memberi hadiah, makanan dan pada masa sama menyeru mereka ke jalan 
agama. Mereka tidak menghukum tetapi cuba memahami keadaan yang dihadapi 
golongan ini dan mengajak kembali kepada agama.

“Ia sepatutnya dicontohi Majlis Agama Islam setiap negeri di Malaysia. Jangan 
asyik pandang penagih sebagai orang yang melakukan maksiat dan disebabkan itu 
mereka tidak perlu didekati. Selagi ada persepsi begitu, bagaimana kita hendak 
atasi masalah dadah?” katanya.

Katanya, bekas penagih yang sudah bebas daripada pengaruh dadah juga perlu 
dilatih untuk menjadi pendakwah seterusnya berkhidmat membantu pengurusan hal 
ehwal agama dalam aktiviti pemulihan sama ada di penjara, Pusat Serenti atau 
pusat pemulihan.

Pensyarah Kuliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa 
Malaysia, Prof Madya Dr Mahamad Ariffin pula berkata, pembabitan pihak 
pengurusan hal ehwal agama akan lebih bermakna jika mendapat sokongan agensi 
serta kementerian lain yang mempunyai kumpulan sasar khusus.

Beliau berkata, kementerian yang terbabit dengan pelajar serta golongan belia 
perlu lebih berhati-hati terhadap program dijalankan dan jangan mementingkan 
untuk popular hingga apa yang dilakukan menimbulkan masalah.

Katanya, begitu juga dengan program televisyen, perlu dibendung supaya tidak 
menyogok program yang hanya menjurus remaja kepada kegiatan yang cenderung 
mendatangkan keseronokan selain mengambil tindakan tegas terhadap artis 
terbabit dengan dadah.

“Artis terbabit dadah atau khalwat masih diberi tempat, malah ada setengahnya 
diberi perangsang untuk meneruskan karier. Sepatutnya mereka digantung buat 
sementara waktu hingga mereka menunjukkan perubahan.

“Apabila kita sendiri memberi sokongan kepada artis terbabit dengan dadah, 
remaja yang melihat keadaan ini akan beranggapan, tidak ada salah jika ambil 
dadah. Artis sering dijadikan idola dan sepatutnya mereka memberi contoh yang 
baik,” katanya.


Untuk penjimatan kad prepaid anda sila dapatkan di sini
http://www.smartpartner.org/index.php?ref=paksit 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-niaga/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-niaga/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke