Motivasi Dari Hati

Asmkm dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Shueqry di sini, salam perkenalan 

Kali ini saya ingin berkata tentang motivasi diri. Kebanyakan dari kita tak 
tahu cemana nak memotivasikan diri sendiri.

Ramai yang bertanya pada saya, mengapa mereka menjadi tak bermotivasi walaupun 
dah banyak membaca buku-buku motivasi, hadir ke seminar motivasi, berjumpa 
kaunselor mativasi face-to-face dan akhir sekali datang setiap hari ke blog 
Shueqry Berkata ini untuk mencari suntikan motivasi, tapi akhirnya masih juga 
jadi tak bermotivasi.

Sebagai permulaaan, saya terlebih dahulu membuat analisa pada pemikiran Anda 
dan cara Anda berfikir. Dari apa yang saya lihat, sesetengah orang tidak 
bermotivasi (walaupun sudah banyak membaca artikel motivasi) kerana suntikan 
semangat dan pencetus api motivasi itu tidak lahir dari dalam diri mereka 
sendiri.

Secara spesifik, dalam hati dan minda Anda tidak ada kemahuan yang meluap-luap 
untuk memajukan diri. Selain tu Anda tidak ada teknik untuk membuatkan diri 
Anda sentiasa bermotivasi setiap hari dan jadi orang berfikiran positif, 
sepositif yang mungkin setiap hari.

Ataupun, tiada yang menjadi pembakar semangat Anda yang membuatkan diri Anda 
mengambil keputusan untuk melakukan apa saja untuk jadi cemerlang dan lebih 
maju dari pencapaian sebelumnya. Setiap orang yang cemerlang menjadikan 
sesuatu.. klik di sini untuk bacaan selanjutnya

Terima kasih. 

- shueqry - 
http://shueqry.blogspot.com





 
       
---------------------------------
Building a website is a piece of cake. 
Yahoo! Small Business gives you all the tools to get online.

Kirim email ke