Cerita Baik Ini Ditaja Oleh Pulasan.net

assalamualaikum .. ada time free nie mentara bebudak mandi nak gi 
ngaji..hmmmmm. . what to share with you yek.. okla.. cek teringat satu kesah 
menyayat hati.. memang touching.. tanda kesetiaan seorang kekasih pada 
kekasihnya..

CERITA MENYAYAT HATI
... petang itu....

" Abg...tlg dtg umah segera, URGENT!!!!! ". Hakim baca sms sepantas kilat. 
Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar 
sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih 
tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.

Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan 
keluarga Ina.
 Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup 
bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. 
Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan 
Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap 
budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia 
sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun 
Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia 
tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh 
basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang 
mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis 
baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen 
biru, U baca I love U' bersama
 sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah 
dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak 
buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya 
dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, 
kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan  peristiwa itu tapi fikirannya 
kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi 
telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu,fikirannya 
menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina tinggal seorang 
diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina 
kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya 
tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang 
menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina 
dimasuki perompak. Dia
 berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya 
itu diapa-apakan,ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak 
diapa-apakan.Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh 
bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. 
Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral 
melintang hujung tahun ini, (masa PERODUA cuti plant shutdown 2
minggu) keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah 
dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan 
rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. 
Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak 
berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan 
Ina. Ina
 menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil 
nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga 
tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. 
Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. 
"hu...hu..." "Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" esak 
ina Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari 
mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari 
mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina,what hell is going on...tell me!!"

Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis,
Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.
MMmm "Bang,...... ..... Ina.. IInaaaa.. Ina... "katanya terhenti-henti. .

"Ina ........lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi."

"Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina bayar blk ek?
 Tak pun bila Ina dapat Bonus baru bayar."... Terduduk si Hakim!!! 
hehehehehhhahahahah a..


=============================================================================
Biar membesar perlahan-lahan, daripada berdiri, kaku.
http://pulasan.net/dilemma





      
________________________________________________________ 
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik 
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke