Dari Meja Husni Husain.
15 Julai 2007.

Salam,

Nama saya Husni Bin Husain. Sebelum ini saya ada mempromosi ebook Forex Trading 
Machine dan siapa yang
membaca email saya sebelum ini tentu tahu di mana saya berniaga dan apa jenis 
perniagaan saya.

Di sini saya ingin mengumumkan kepada semua supaya jangan mencari saya di 
premis itu lagi kerana perjanjian
kontrak saya telah ditamatkan pada 4 Julai yang lalu. Pihak Francaisor (GLC - 
Government Link Company)
telah datang pada pagi 4 Julai 2007 membawa perintah mahkamah dan notis 
penamatan dan menyuruh saya
keluar dari premis tersebut dalam masa sejam. Alasan kerana saya berhutang 
sebanyak lebih kurang RM300,000.
Saya terpaksa akur dengan perintah mahkamah tersebut.

Pada peringkat mula perniagaan saya (tahun pertama), saya menghadapi berbagai 
masalah. Maklumlah sebuah industri
baru di sebuah pekan yang kecil dan tidak pernah wujud industri tersebut. 
Lebih-lebih lagi seorang anak muda
yang tidak ada pengalaman lansung dalam industri tersebut dan tidak mempunyai 
kewangan yang kukuh lansung,
terpaksa meminjam dari ibubapa, adik-beradik dan kawan-kawan. Tidak ada 
institusi kewangan yang mahu menyokong.
Suplier-suplier pun belum percaya lagi untuk memberi kredit. Bermacam-macam 
kekurangan. Pada tahun kedua,
perniagaan sudah mula nampak maju dan saya sudah mula mampu membayar kepada 
Francaisor dan pada tahun
ketiga iaitu tahun ini saya sudah mula membayar bayaran semasa dan bayaran 
tunggakan. Tunggakan yang 
dituntut berjumlah lebih kurang Sejuta Ringgit lebih sudah mula berkurang 
kepada lebih kurang 300 ribu Ringgit.
Malangnya kemajuan saya ini tidak cukup bagi mereka. Mereka tetap juga mahu 
mengambil perniagaan saya
semasa perniagaan saya sedang meningkat maju.

Yang menyedihkan setelah saya ditamatkan, francaisi yang lain tampil memberi 
maklumat bahawa mereka juga
berhutang, malah sampai 500 ribu Ringgit lebihpun tidak ditamatkan perjanjian. 
Malah diberi tempoh 5 tahun
untuk membayar secara ansuran. Sedangkan saya cuma 300 ribu Ringgit lebih dan 
saya cuma memohon memberi
ansuran selama 3 tahun. Sampai bila kita akan berjaya jika ini sikap manusia 
yang diamanahkan untuk memajukan
golongan bumiputera?

Lebih menyedihkan lagi, pegawai yang berkuasa di premis perniagaan saya 
sekarang ini cuba memburukkan
keadaan dengan memberitahu kepada supplier - supplier bahawa saya ini berhutang 
dekat sejuta Ringgit dan
menyuruh supplier menekan saya mendapatkan payment dengan segera sedang 
documen-documen saya masih
tidak tersusun akibat tindakan meraka menyuruh saya keluar dalam masa sejam. 
Malah pegawai tersebut juga
memberitahu supplier bahawa mereka akan cuba buat sesuatu supaya saya hilang 
wang deposit saya kepada mereka.
Bermacam-macam tohmahan dan fitnah dibuat, sms mengeji kepada saya, isteri, 
ibubapa dan pekerja-pekerja
yang menyokong saya.

Tetapi yang paling menyedihkan, arahan dari pihak paling tertinggi supaya 
premis itu diserah balik kepada saya pun
tidak diendahkan oleh pegawai-pegawai yang dilantik ini. Tujuan utama penubuhan 
Francaisor (GLC) ini adalah
untuk memperbanyakkan dan melatih usahawan bumiputera dalam bidang ini. Pihak 
tertinggi sedar polisi
penubuhan Francaisor ini, sebab itu mereka mengarah pihak Francaisor menyerah 
kembali perniagaan ini dan
membenarkan bayaran ansuran dibuat seperti yang diberi kepada 
francaisi-francaisi lain. Malangnya pegawai-
pegawai yang dilantik ini ada agenda lain. Apa agenda mereka? Hanya Allah saja 
yang tahu.

Pemimpin-pemimpin tertinggi kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai 30% 
bumiputera dalam bidang
ekonomi. Tetapi kalau macam inilah sikap pegawai-pegawai yang 
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
aspirasi-aspirasi begini, maka percayalah sampai kiatmat pun bumiputera tetap 
tidak akan mencapai 30% dalam
ekonomi negara kita.

STOP! Kita cerita bab lain pula...

Dua minggu sebelum saya dihalau keluar, saya ada membeli sebuah ebook. Malah 
saya telah mencari buku
tersebut selama 17 tahun. Masih terngiang-ngiang di telinga saya, waktu itu 
saya masih belajar di Indiana University,
Bloomington (1990), Prof. Marketing saya berkata kepada saya, "Husni, if you 
want to succeed in business or career, 
find this book - read, learn and apply".

17 tahun saya mencari, cuma baru-baru ni saya dapat. Buku ini tak ada dijual di 
Malaysia, saya dah cari tak
dapat. Profesor dekat salah sebuah university kita pun tak tahu pasal buku ni. 
Dekat USA pun cuma ada beberapa
buah. Dekat Amazon saya rasa ada 2-3 buah, harga lebih kurang USD20 lebih, 
lebih kurang RM60 lebih. Buku
ini dah tak ada production, ditulis di tahun 1930an. Penulis buku tersebut test 
lebih pada 105,000 ayat-ayat
yang diguna oleh top salesmen kepada lebih dari 19 juta orang pelanggan. 
Diambil ayat-ayat mana yang terbaik dan
paling berkesan dan dibukukan.

Jangan hairan, ilmu yang diajar sampai sekarang relevan. Malah selagi manusia 
ada perasaan dan emosi, selagi
itulah ilmu perniagaan ini boleh digunakan. Saya sempat cuba satu teknik yang 
diajar kepada perniagaan saya, 
berjaya tambah keuntungan.

Selalunya, staf saya akan bertanya kepada tetamu " Encik nak Standard atau 
Family?". 8 dari 10 orang akan
memilih Standard. Tetapi setelah digunakan teknik yang diajar dalam buku 
tersebut, staf saya akan bertanya
"Family ke Encik?". 7 dari 10 orang akan kata "Ya". Teknik yang simple ini saja 
dah menambah RM140.00
kepada keuntungan saya. Itu saja teknik yang sempat test. Kalau saya tak 
dihalau, saya rasa banyak lagi
teknik yang saya boleh cuba, dan dapat mempertingkatkan kemajuan perniagaan 
saya.

Sekarang saya nak kongsi ilmu ini supaya anda juga dapat manfaat. Tetapi macam 
"Forex Trading Machine"
ilmu ini saya tak bagi PERCUMA. Ilmu percuma orang take for granted dan buat 
tak peduli. Kalau nak email
saya : [EMAIL PROTECTED] Harga RM50.00. Saya cari dekat 17 tahun, anda kena 
usaha sikit. 

Tidak mahu beli dari saya pun tak apa, beli dekat orang lain. tapi kena beli 
sebab kalau di apply ilmu tersebut,
insyaalah akan menambah keuntungan dan berjaya. Selagi manusia ada perasaan, 
guarantee berjaya.

Tajuk buku atau ebook(sebab dalam pdf) tersebut : "Tested Sentences That Sell" 
by Elmer Wheeler.

Email [EMAIL PROTECTED] untuk dapatkan nombor akaun Maybank saya. Selepas bayar 
saya akan
email ebook tersebut kepada anda.

Terima kasih.
Husni Husain.

P.S - Handphone saya tetap sama - 019-5535883.

P.P.S - Premis perniagaan yang dahulu dah tak boleh pakai untuk contact saya. 
Tak percaya, talipon. Sekarang
           ni pakai rumah dahulu, tak ada pejabat lagi. Alamat rumah : No. 219, 
Taman Melur Indah II, 09000
           Kulim, Kedah.

P.P.S - Ingat yang ini ebook. Bukan buku fizikal. Penghantaran pakai email 
sahaja. Ilmu ni kena belajar dan
           apply dalam kehidupan kita. Kalau tidak buang duit saja beli.




Untuk penjimatan kad prepaid anda sila dapatkan di sini
http://www.smartpartner.org/index.php?ref=paksit 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-niaga/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-niaga/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke