NAMANYA?
Belum bernama lagi, kak. Ikut suka kakaklah... Saya serahkan pada kakak..,
suara wanita itu tidak langsung teragak-agak. Seperti dia memang sudah mahukan
begitu.
Sudah berapa hari?
Seminggu. Jumaat ini genap seminggu...
Siapa lagi saudara mara yang dia ada? Rengekan dari si kecil membuatkan
wanita itu lambat menjawab. Matanya tertumpu pada si kecil.
Tidak sangka mereka dapat bertemu. Kalau tidak kerana teman rapatnya yang
bercerita tentang nasib malang keluarga itu, mungkin dia dan suami dalam
perjalanan ke rumah kenduri kahwin di Kajang.
Lapar agaknya.... ini susunya.., wanita itu mengunjukkan botol yang masih
ada separuh lagi isinya. Mungkin lebihan dari tadi, fikirnya. Dia memerhati
mulut kecil itu menikmati susu yang disuakan padanya.
Wajah wanita itu cukup hiba.
Saya seorang saja kak. Saya dan bapanya hanya dua beradik. Emaknya pula
orang Siam. Saya tidak tahu banyak tentang keluarga sebelah sana.
Budak itu kemudiannya diambil dan diletak atas ribanya. Cukup kecil.
Disangkanya si kecil sudah mengantuk kekenyangan tetapi sebaliknya matanya
terbuka sedikit, semakin lama semakin besar, mata itu kemudiannya terbuka luas,
hitam pekat memandang tepat ke wajahnya. Wajah kecil comel itu kemudiannya
bergerak-gerak. Bibirnya menguntum senyum, senyum padanya. Mereka saling
berpandangan. Hatinya terus tersentuh. Disentuh senyuman maha manis itu.
Betul nak beri pada kami?
Akhirnya dia bertanya soalan itu. Hajat hendak bersedekah entah ke mana. Lain
pula jadinya. Semuanya kerana sekuntum senyuman...
Betullah. Saya sendiri anak ramai, susah pula. Lebih baik lagi kalau dia
tinggal dengan orang macam kakak. Insya-Allah hidupnya lebih senang. Saya harap
kakak jaga dia seperti anak sendiri.
Saya cuma hendak membantu. Itu niat saya... Jika pada awalnya dia rasa
berbelah bagi tetapi kini tidak lagi. Dia tahu itu yang mahu dilakukannya. Itu
takdir yang sudah tersurat. Dia tidak akan berundur lagi. Kata hatinya mahu dia
mengambil bayi itu. Memeliharanya.
Suami kakak setuju?
bersambung....ikuti bahagian ke-2
---------------------------------
Pinpoint customers who are looking for what you sell.