Expose bukan saingan 360 atau Edisi Siasat
25-04-2007 02:20:10 PM
Radin Sri Ghazali
Artikel ini disiarkan pada 11-04-2007 11:46:57 AM

http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2763ee69-c0a85061-166a5380-e7e649c0

Sekali lagi penonton televisyen di Malaysia akan dihidangkan dengan program 
investigative reporting yang cukup popular dan mendapat tempat di hati  
masyarakat sejak kebelakangan ini.

FM Productions dengan kerjasama Astro Entertainment Sdn Bhd berganding bahu 
mempersembahkan tiga program berbentuk investigative reporting berjudul Expose 
(cara sebutannya X-Po-Sze), Expose Mistik dan Expose Satu Masa.

Namun dalam pertambahan program yang mempunyai format yang hampir sama, para 
penonton mungkin akan membuat perbandingan terutamanya dengan kemunculan 
rancangan seperti Edisi Siasat dan 360.

"Kami tidak mempunyai niat untuk bersaing dengan sesiapa. Semuanya adalah 
kebetulan sahaja.

"Malah, kami sudah memulakan penggambaran Expose sejak bukan Oktober lagi." 
kata penerbit Expose, Syahril A Kadir ketika ditemui di majlis pelancaran 
Expose di Hotel Hilton Petaling Jaya baru-baru ini.

Selain daripada itu, tenaga kerja di sebalik produksi Expose adalah mereka yang 
terlibat dalam pembikinan program Edisi Siasat juga.

Mereka adalah Zainal Rashid Ahmad dan Firdaus Mohammad Zainal yang kebetulan 
merupakan nadi utama Edisi Siasat, rancangan berupa siasatan di ntv7 suatu 
ketika dahulu.

"Kami menyedari bahawa terdapat banyak program yang serupa dengan Expose yang 
sudah lama bersiaran di kaca televisyen.

"Walaupun hidangannya sama tetapi cara kami guna untuk meyampaikan maklumat 
berbeza sama sekali," ujar Syahril.


Barisan tunggak utama dan krew produksi Expose
(Foto The Star oleh Ricky Lai)

"Gaya kami berbeza. Wartawan kami turun padang dan mencari sumber. Mereka 
mendekati masyarakat yang menghadapi masalah sosial di sekeliling mereka.

"Masyarakat inilah merupakan sumber yang terbaik kerana mereka terbabit dalam 
masalah sosial yang wujud," ujarnya lagi mengenai format yang dikatakan berbeza 
dengan program 360, Bongkar dan Edisi Siasat.

Menurutnya lagi, semakin dekat perhubungan pihak produksi dengan golongan 
sasaran, informasi yang bakal diterima akan menjadi semakin terperinci dan ini 
akan memudahkan lagi pemahaman dan penyampaian krew Expose.

Malah, krew produksi Expose turut menggunakan bimbingan pakar serta bantuan 
pihak berkuasa dalam membongkar mana-mana gejala sosial.

"Ketika membuat liputan, kami tidak bersikap mengadili serta menuduh mana-mana 
pihak sebagai pesalah.

"Contohnya, menerusi isu remaja hisap gam, kami tidak akan menuding jari 
terhadap mereka malah kami akan merungkai kisah di sebalik ketagihan mereka.

"Sejurus selepas itu, kami akan mendapat nasihat pakar serta meminta bantuan 
pihak berkuasa untuk memberi informasi berkenaan bantuan yang dapat diambil 
oleh penagih-penagih yang terlibat," jelas Syahril lagi yang tidak mahu 
mengambil pendekatan 'touch and go' di mana ada sesetengah program yang hanya 
membongkar masalah sosial tetapi tidak memberi sebarang alternatif untuk 
mengatasi masalah tersebut.

Rancangan ini yang bakal disiarkan setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula 16 
April ini bakal memaparkan 208 episod yang menarik.

Selain daripada Expose, FM Production turut menerbitkan Expose Mistik yang 
memaparkan isu-isu berkaitan dengan dunia mistik serta kepercayaan tahyul yang 
diamalkan oleh masyarakat setempat.

Setiap kepercayaan akan dibidas dan dikaji daripada sudut agama dan sains.

Rancangan yang mengandungi 52 episod ini akan bersiaran pada setiap Jumaat pada 
jam 8.30 malam.

Manakala Expose Suatu Masa pula bakal menyentuh salasilah tokoh-tokoh, insiden 
dan tempat-tempat yang bersejarah di Malaysia. Rancangan ini akan disiarkan 
pada setiap hari Ahad pada jam 8.30 malam.

Ketiga-ketiga program yang bersiaran selama masa 30 minit ini  akan disiarkan 
menerusi rangkaian televisyen berbayar Astro Prima.   

Ketika ditanya mengenai relevan di sebalik pengambilan tiga rancangan terbitan 
FM Productions (http ://groups.yahoo.com/group/gr4b/links) selain daripada 
alasan Astro yang menjadi pemegang saham sebanyak 50% dalam syarikat produksi 
tersebut, Khairul Anwar Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima berkata, 
"Ini adalah merupakan salah satu langkah untuk menarik penonton kepada saluran  
Prima

"Selain daripada itu, ketiga-tiga rancangan ini merupakan salah satu langkah 
untuk kami melakukan rebranding terhadap saluran ini."

Muka baru peneraju Expose, Expose Mistik dan Expose Suatu Masa

Malah, FM Produstions tururt memaparkan wajah-wajah baru dunia penyiaran 
sebagai tunggak utama rancangan tersebut.

Mereka adalah Hairi Shahrizal, Ziffa Zubir, Harliza Ahmad dan Shahkira Ahmad.

Golongan wartawan muda ini pula akan dibantu oleh bekas pembaca berita 
pengacara, Dang Suria Zainuddin menerusi paparan eksklusif Expose nanti.

"Kami mementingkan isi kandungan rancangan kami berbanding dengan personaliti 
yang mengacara program kami.

"Bagi kami, ini merupakan satu pendekatan baru kerana program-program lain 
menggunakan muka-muka yang sudah dikenali sebagi pengacara program mereka," 
jelas Syahril mengenai penggunaan empat pengacara baru untuk mengendalikan 
Expose, Expose Mistik dan Expose Pada Suatu.

"Malah, dengan menggunakan tenga kerja baru, kami mendapat idea-idea baru 
/fresh jika dibandingkan dengan program yang lain.

Mereka berupaya memberi idea yang baru. Tambahan pula, pengacara-pengacara kami 
sudahpun membuktikan kemampuan mereka sebagai wartawan disamping bertindak 
sebagai penolong penerbit untuk ketiga-tiga program tersebut," ujar Syahril 
lagi.

Yang lebih membanggakan, kesemua pengacara yang terlibat dalam ketiga-tiga 
program Expose ini juga turut menjadi penulis, wartawan serta krew produksi 
selain daripada tugas mengacara.



Untuk penjimatan kad prepaid anda sila dapatkan di sini
http://www.smartpartner.org/index.php?ref=paksit 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-niaga/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/iklan-niaga/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke