Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

 Marilah kita sama-sama mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t diatas 
segala nikmat yang telah dikurniakannya kepada kita, semoga dengan kurniaan 
tersebut akan menambahkan lagi ketakwaan dan ketaatan kita kepadanya, disamping 
mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan segala perkara yang menjadi 
larangannya.

 Makna solat dari segi bahasa adalah doa. Dan dari istilah syarak ialah solat 
yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan 
disudahi pula dengan salam. Solat juga adalah suatu kewajipan yang wajib 
dilakukan oleh semua umat islam, tidak kira ianya miskin,kaya,hamba atau 
merdeka, lelaki mahupun wanita untuk melakukannya. Sabda rasulullah s.a.w:

 "Ditegakkan islam atas lima perkara : pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan 
yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa nabi muhammad 
itu rasulullah, mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu 
haji dan berpuasa dibulan ramadhan".

 Daripada hadis yang dibacakan sebentar tadi jelas menunjukkan kepada kita 
bahawa kewajipan solat amat penting sekali dalam kehidupan seharian bagi setiap 
individu muslim. Bagi mereka yang meninggalkan solat adalah berdosa besar 
kerana ia menjadikan seseorang itu tidak ada keislamannya kecuali mengerjakan 
solat pada setiap waktu disamping menunaikan rukun islam yang lain. Dalam 
ertikata lain, rukun islam mestilah dikerjakan dan wajib menjadikannya sebagai 
amalan harian yang berkekalan, supaya tidak cacat sifat keislamannya sebagai 
seorang muslim.

  Sidang jumaat yang berbahagia,

 Sebahagian daripada masyarakat kita hari ini menganggap bahawa solat itu 
sebagai ibadat untuk perseorangan sahaja, namun sebenarnya ada beberapa hikmah 
dari segi kemasyarakatan yang terjalin dengan cara berhimpun (berjemaah didalam 
masjid-masjid dan surau-surau.Semua ini adalah menjadikan satu jalinan untuk 
mempereratkan silaturrahim dan kesedaran bersama bagi mencapai keredhaan allah 
s.w.t. Begitu juga allah s.w.t mewajibkan keatas mereka supaya melakukan solat 
jemaah sekali dalam seminggu, disamping mereka berkumpul untuk mengabadikan 
diri kepada allah s.w.t, dapat juga mereka berkenal-kenalan diantara satu sama 
lain, disamping mendengar panduan dan nasihat daripada teks khutbah dibacakan 
oleh khatib demi kebajikan bersama dalam usaha mencapai keredhaan allah s.w.t. 
Rasulullah s.a.w:

  "Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat seorang diri dengan beroleh 
ganjaran 27 darjat".

  Riwayat Al-Bahari

  Sidang jumaat yang berbahagia,

 Solat dalam kehidupan seseorang muslim bagaikan alat penggerak atau pemangkin 
kepada kecemerlangan ummah dan ianya juga merupakan tiang kepada agama kita. 
Sabda rasulullah s.a.w:

 "Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan 
agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya".

  Riwayat Al-Bahari Muslim

 Daripada hadis yang dibacakan tadi, dapatlah kita fahami bahawa orang yang 
benar-benar beriman kepada allah dan hari akhirat akan merasa bahawa solat itu 
adalah satu perkara yang mudah dan senang sekali untuk dikerjakan, berbanding 
dengan sikap orang-orang yang berjiwa kotor serta keji, yang mana akan 
merasakan begitu sukar dan amat susah sekali untuk melakukan ibadat solat, 
seolah-olah ibadat solat itu menjadi beban kepada kehidupan mereka, bertepatan 
dengan firman allah s.w.t:

 "Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipudaya (terhadap agama) 
allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) 
dan allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam 
keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri 
dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riya' (memperlihatkan sembahyangnya) 
kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka oleh orang yang beriman), dan 
mereka pula tidak mengingati allah s.w.t (dengan mengerjakan sembahyang) 
melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)".

  Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

 Kalau kita renungi dan amati, bahawa ibadat solat yang kita lakukan lima kali 
sehari semalam dapat melahirkan beberapa sifat kemanusiaan yang unggul, 
antaranya:

 Pertama : sesungguhnya ibadat solat itu boleh melahirkan umat islam yang 
terbaik, kerana ibadat solat dapat mendidik setiap individu memiliki peribadian 
yang cemerlang didunia dan akhirat.

  Kedua - Solat juga boleh mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara 
mungkar sebagaimana firman Allah s.w.t :

  "Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu 
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar".

  Al-Ankabut ayat 45

  Ketiga - Solat itu dapat membantu kita samada dalam keadaan senang atau pun 
susah. Firman allah s.w.t : 

 "Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk 
menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan 
bersabar dan dengan (mengerjakan ) sembahyang, kerana sesungguhnya allah 
menyertai (menolong) orang-orang yang sabar".

  Al-Baqarah ayat 153

 "Wahai sekalian orang-orang yang beriman!, mintalah pertolongan (untuk 
menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan 
bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang,kerana sesungguhnya allah 
menyertai (menolong) orang-orang yang sabar".

 Keempat - Solat mendidik dan melatih kita menjadi orang yang dapat menghadapi 
segala kesusahan dengan hati yang tenang dan sabar serta dapat menghilangkan 
tabiat sombong dan takabur. Ini kerana orang yang benar-benar mendirikan solat 
tidak sekali-kali takut akan kemiskinan dan keperitan hidup didunia ini.

 Kelima - Solat boleh menghasilkan sifat tetap pendirian, mengekalkan kita 
dalam mengerjakan sesuatu kebajikan dengan memberi kekuatan, kemahuan serta 
menyuruh kita memelihara peraturan-peraturannya menguatkan sifat displin diri, 
berhati-hati dan tidak tergesa-gesa dalam mengambil sesuatu tindakan.

 Keenam - Bagi menjadikan hati manusia itu baik dan bersih, ianya perlu dibasuh 
melalui ibadat solat, membaca al-qurannulkarim dan memperbanyakkan 
amalan-amalan sunat. Ini dapat memberikan ketenangan hati serta melahirkan rasa 
cinta kepada allah s.w.t, disamping akan memperolehi cahaya iman dengan penuh 
khusyuk dan tawaduk terhadap perintah allah dan larangannya.

  Sidang jumaat yang berbahagia,

 Dengan ini jelaslah kepada kita, bahawa mereka yang tidak mengerjakan ibadat 
solat, maka sudah pasti selama-lamanya mereka dalam keadaan berdosa besar 
kerana hidup dalam kekufuran. Mereka hanya mengenal kebaikan islam, tetapi 
tidak terbuka hati untuk beramal ibadat dan menerima ajaran islam. Oleh itu, 
bagi mereka yang tidak melakukan solat, sudah pasti mereka tidak dapat mengenal 
allah s.w.t, maka selama itulah pula dia tidak akan pernah mengenal dirinya 
sendiri. Adakah dirinya seorang yang baik?, seorang yang jujur, seorang yang 
amanah atau pun dirinya adalah jahat dan penipu?. Seorang yang 
pendengki,pengkhianat,suka melakukan maksiat dan lain-lain lagi. Itulah sifat 
dan kelakuan orang yang tidak mengenal allah s.w.t hasil daripada tindakannya 
tidak melakukan solat.

  Sidang jumaat yang dirahmati allah s.w.t,

 Sebagaimana yang kita maklumi, bahawa rukun islam yang kedua ialah solat lima 
waktu sehari semalam. Dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w yang diriwayatkan 
oleh imam bahari bahawa seorang lelaki telah bertemu rasulullah s.a.w lalu ia 
berkata:

 "Wahai rasulullah!, tunjukkanlah kepada aku satu amalan yang membolehkan aku 
masuk kesyurga". Maka rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda :

 "Engkau hendaklah mengabadikan diri kepada allah s.w.t, jangan 
menyengutukannya dengan sesuatu pun, dirikanlah sembahyang sebagaimana yang 
difardhukan dan keluarkanlah zakat serta berpuasa dibulan ramadhan". Lalu orang 
itu berkata: " Demi allah yang berkuasa keatas diriku, aku tidak akan menambah 
atau mengurangi sama sekali apa yang telah dijelaskan kepadaku. "Setelah orang 
itu beredar, rasulullah s.a.w bersabda :"Siapa yang ingin melihat ahli 
syurga,maka lihatlah kepada lelaki itu".

  Sidang jumaat yang berbahagia,

 Akhirnya marilah sama-sama kita menilai semula solat fardhu yang telah kita 
kerjakan, kerana solat itu penghulu segala ibadat yang telah disyariatkan oleh 
allah s.w.t ketika rasulullah s.a.w dimakrajkan dan juga sekaligus mengangkat 
darjat solat sebagai ibadat yang terpenting kerana ibadat solat bukan hanya 
mempunyai nilai rohani, tetapi juga nilai pendidikan, kerana ia bukan sahaja 
membersihkan dosa, bahkan solat juga mempu mengubah peribadi manusia jika dia 
mengerjakannya dengan baik dan sempurna. Insya-allah , solat juga merupakan 
penawar kepada umat islam demi mencapai kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat.

 Ya-Allah , engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang 
telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha 
kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai 
negeri yang maju dan sejahtera. Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, 
tetapkanlah iman kami,murahkanlah amal rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu 
yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, 
kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redhai,lindungilah kami 
daripada ujianmu yang beratseperti banjir besar,kemarau panjang,wabak 
penyakit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain lagi supaya dengan demikian,, 
negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

azharjaafar
  Perunding Takaful Am (kenderaan bermotor)
  Layari : http://ikhlas114.blogspot.com/
  (ada diskaun di sini)

       
---------------------------------
Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out. 

Kirim email ke