Sejarah
Sejarah pernah merekodkan ahli falsafah Yunani Aristotle pernah memperkatakan 
mengenai faedah terapeutik yang terdapat pada magnet semulajadi untuk 
mengurangkan kesakitan dan merawat pelbagai kesakitan. 

Ahli fizik Parsi juga pernah menggunakan magnet untuk melegakan “gout” dan 
kekejangan otot. 

Teori di sebalik terapi magnet yang dikatakan adalah ruang magnetik atau bahan 
yang boleh menghasilkan aliran elektromagnet boleh menembusi tubuh manusia dan 
memberi kesan kepada fungsi sel-sel serta memperbaikikan kelancaran sistem 
saraf dan organ tertentu. 

Pun begitu, bagaimana kuasa magnetik bertindak terhadap semua ini tidak dapat 
dijelaskan secara terang dan masih misteri. 

Namun, ada beberapa hipotesis dibuat mengatakan arus elektrikal yang dijana 
magnet “mengganggu” tranmisi isyarat sakit ke sistem saraf tunjang. Tanggapan 
lain pula mengatakan magnet meningkatkan pengaliran darah ke sesuatu bahagian 
tubuh lalu menggalakkan peredaran oksigen dan nutrien seterus mengurangkan 
kesakitan dan bengkak. 

Terapi magnetik biasanya digunakan untuk sakit bahagian sendi dan otot selain 
digunakan untuk mengurangkan sakit selepas pembedahan. Ada yang mengatakan ia 
dapat mengurangkan tekanan, insomnia, dan magrain disamping melawan jangkitan 
dan memperbaiki ketidakseimbangan sistem saraf. 

Fakta 

Biomagnetik boleh juga digambarkan sebagai Kutub Utara Kutub Selatan atau juga 
yin – yang bagi masyarakat Cina. Persamaan dari segi konsep iaitu tarikan ion 
negatif dan positif. Keseimbangan tarikan-tarikan tersebut menunjukkan kadar pH 
adalah neutral manakala perubahan cas-cas tersebut membolehkan tahap keasidan 
dan kealkalian ditentukan. 

Medan magnet menarik kutub-kutub yang berlainan. Apabila kita meletakkan medan 
positif magnet dengan medan negatif magnet maka ia akan menarik di antara satu 
sama lain. 

Secara amnya, medan magnet berkuasa positif iaitu (P) akan menarik medan 
negatif bumi iaitu kutub utara dan medan magnet berkuasa negatif (N) akan 
menarik medan positif bumi iaitu kutub selatan. 

Dalam kenyataan ini, penggunaan negatif adalah untuk kutub utara bumi dan 
positif adalah untuk kutub selatan bumi. Sebagai maklumat, sepatutnya yang 
digunakan dalam tubuh badan kita adalah medan magnet negatif. Apabila magnet 
(N) ini menyentuh kulit manusia ia dipercayai mengembangkan pembuluh darah, 
dengan ini darah dan oksigen akan bertambah di kawasan aplikasi magnet. Medan 
positif magnet pula apabila disentuh ke kulit manusia ianya akan menjadi 
merbahaya dalam jangka masa panjang. Hanya doktor-doktor pakar yang boleh 
menggunakan magnet positif untuk rawatan penyakit tertentu 

Jenis-jenis biomagnets: 

Kebanyakan biomagnets dibuat dari ferrites, iaitu gabungan kobalt, nikel, 
barium dan metal lain. Magnets yang fleksibel adalah gabungan plastik , getah 
atau bahan-bahan yang mudah dilenturkan. Biomagnets yang paling kuat adalah 
magnet yang dibuat dari Neodymium (Magnet nadir bumi). 

Magnet-magnet Neodymium ini adalah amat bertenaga dan berupaya untuk bertindak 
pada kuasa magnetik dalam badan kita, tetapi secara mekanikalnya ia adalah 
rapuh dan akan hilang kuasa magnet jika didedahkan pada suhu di atas 176 darjah 
Fahrenheit atau 80 darjah Celsius. 

Biomagnet diukur dari segi gauss iaitu garis daya per kawasan unit kutub. 

Setiap elektron memang bergerak secara berputar sama seperti bumi berputar pada 
paksinya. Kebiasaannya elektron akan berputar secara rawak, tetapi apabila 
elektron-elektron ini dimagnetkan, kesemua pergerakan elektron akan bergerak 
secara melawan arah jam (ia akan menghasilkan medan negative magnet) atau 
mengikut arah jam (ia akan menghasilkan medan positif magnet). 

Medan magnet bumi adalah penting kepada semua kehidupan di muka bumi. 
Kekurangan kuasa magnet bumi (4000 tahun dahulu medan magnet bumi adalah 4.0 
gauss, pada hari ini ianya adalah 0.4 gauss) telah mengaitkan kepada pelbagai 
masalah di zaman millennia ini. 

Teras kepada bumi iaitu kerak bumi adalah satu magnet yang amat besar dan 
kuasanya apabila sampai ke permukaan bumi adalah 0.4 gauss. Kuasa yang terhasil 
ini akan memasuki ke dalam sistem badan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang, 
dalam erti kata lain segala-galanya yang berada di dalam muka bumi ini. Secara 
logiknya, kuasa medan magnet bumi adalah penting di dalam kewujudan segala 
sumber kehidupan bumi. 

Gelang biomagnetik E-Dymium : 

Gelang biomagnetik E-Dymium bukan sahaja dicipta sebagai bahan aksesori yang 
bergaya tetapi di samping itu mempunyai barisan Magnet Neodymium yang terbukti 
dapat mengembalikan keseimbangan arus elektromagnet di dalam sel-sel darah 
manusia. Kaedah ini dikenali sebagai “Terapi bio magnetik”. 

Kebaikan gelang magnetik E-Dymium 
• Meneutralkan pH dalam badan 
• Melancarkan perjalanan darah 
• Meningkatkan oksigen dalam badan 
• Mengurangkan kebengkakan (cellular) 
• Mempercepatkan proses biologi dalam sistem badan dan mengurangkan kesakitan 
• Mengawal kencing manis 
• Melegakan kesakitan otot dan sendi 
• Meningkatkan tenaga batin 

Simptom-simptom yang biasa dihadapi dari pemakai : 
• Kebas 
• Pening kepala 
• Sakit perut 
• Susah tidur 
• Sakit 

( kesemua simptom ini adalah berlainan bagi setiap individu bergantung pada 
keseriusan jenis penyakit yang dihadapi) 

Kajian 

Berdasarkan kajian yang dibuat di USA pada tahun 1997 oleh Dr. Carlos Valbona 
Baylor dari College Of Medicine, 76% pesakit-pesakit yang dirawat menggunakan 
magnet-magnet tetap telah sembuh atau kurang sakit sendi dan otot berbanding 
dengan 19% lagi menggunakan kaedah biasa / tradisional pesakit-pesakit. 




Untuk Maklumat Lanjut Layari http://www.edymium.com atau hubungi 019-6636449 
(Man)



 
Financial Freedom  
MAKE MONEY FROM INTERNET PROGRAMS
http://pehibot.buddy9.com

Kirim email ke