Pengenalan
Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang
kehidupan,
maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang.
IKHLAS
Wanita Takaful adalah penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan
dinamik.
Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk
merancang masa
depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita
berumur di
antara 16-50 tahun dengan 4 pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan
keperluan
hidup yang berbeza.
Jenis Pelan Had Sepanjang Hayat Kriteria
Plan A RM50,000.00 Dengan Faedah Kehamilan*
Plan B RM100,000.00 Dengan Faedah Kehamilan*
Plan C RM50,000.00 Tanpa Faedah Kehamilan*
Plan D RM100,000.00 Tanpa Faedah Kehamilan*
Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Wanita Takaful?
Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus dan Penyakit Wanita yang lain
Memandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding
kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan
minat
serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta daripada:
i. Kanser Khusus buah dada
ii. serviks uterus
iii. uterus
iv. ovari
v. tiub fallopio,
vi. vagina dan vulva.
Penyakit wanita yang lain merangkumi:
i. SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis,
ii. Artritis Reumatoid (dengan komplikasi),
iii. Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan),
iv. Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit),
v. Karsinoma-in-situ Wanita
vi. Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan).
Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang
terdapat
dalam sijil, Jumlah Perlindungan + amaun terkumpul akan dibayar kepada peserta
atau
keluarga terdekat.
* Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki
had
sepanjang hayat pada waktu itu, + amaun terkumpul akan dibayar kepada peserta.
*Semua faedah lain akan terhenti
Mengapa IKHLAS Wanita Takaful?
Pengeluaran Tunai
Pengeluaran sebahagian daripada tunai adalah dibenarkan selepas sijil
berkuatkuasa
untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah
mempunyai
jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3)
pengeluaran
sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak
RM15.00
akan dicaj untuk setiap urusniaga.
Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuatkuasa.
Amaun
penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun
penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.
Faedah Hayat
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta,
jika
berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami,
tertakluk
kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.
Faedah Kehamilan*
Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat
(tertakluk
kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami
apa-apa
komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental
bayi.
* dengan pelan A dan B sahaja.
Had Umur dan Penyertaan
Umur Penyertaan : 16 tahun -50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.
Had penyertaan : Pelan A & C RM50,000.00 Had Sepanjang Hayat
Pelan B & D RM100,000.00 Had Sepanjang Hayat.
Umur Tamat Tempoh Penyertaan :Apabila peserta mencapai umur 65 tahun, pada hari
jadi
berikut.
Syarat Perlindungan : 15 49 tahun.
"BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT"
Untuk maklumat PERCUMA, sila hubungi:
Md Isa Nayan
016-235 0448