untuk mendapat artikel-artikel motivasi PERCUMA terus ke 
email Anda, daftar FREE di sini.

Cerita Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?
Shueqry di sini, salam perkenalan. Saya menulis tips-tips
motivasi, pembangunan diri, kecemerlangan peribadi dan 
perihal minda di http://shueqry.blogspot.com

Kali ini saya berkata tentang cerita cinta. Saya telah ditanya apakah cara yang 
boleh digunakan untuk menarik cinta datang kepada kita.

Saya agak terkejut juga menerima email yang sebegitu. Ok, untuk Anda yang masih 
single (termasuk saya .. huhu) saya kongsikan beberapa tips untuk menarik cinta 
datang pada Anda.

1. Jujur, Tulus Dan Ikhlas bercinta
Perlu tahu apa niat sebenar Anda mencari cinta, adakah untuk suka-suka atau 
untuk mahu bahagia? Anda perlu jujur dengan diri sendiri, kerana kuasa niat 
akan menentukan hala tuju Anda. Tapi, lebih baik kiranya Anda ikhlas bercinta 
semata-mata mahu mengejar kebahagiaan dan kegembiraan berpanjangan.

"Life' s Greatest Gift Is Love
And Life's Greatest Joy Is Sharing It" 


2. Berkawan Terlebih Dahulu
Di peringkat peringat awal Anda mengenali si dia, katakan pada diri sendiri 
Anda mahu kenali dia dan berkawan dengannya dulu. Bina perhubungan dan buat dia 
sentiasa gembira bila bersama dengan Anda dan tiap kali teringatkan Anda.

Cinta akan mula berputik bila keserasian dah timbul. Pendek kata, cinta akan 
datang dengan sendirinya juga nanti, jangan tergesa-gesa dan jangan terus 
menyatakan cinta di awal perhubungan. Tunggu 'timing' yang sesuai.

3. Jadikan Dia Seronok Mendampingi Anda.
Buat apa saja cara yang halal untuk menjadikan si dia gembira tiap kali 
berjumpa dengan Anda. Kongsikan cerita-cerita lucu, jenaka dan kisah-kisah lalu 
yang boleh membuat dia ketawa.

Bersedia untuk menjadi pendengar yang baik dan tegur bila dia meminta pendapat 
Anda, jangan jadi pengkritik tetap dan jangan pentingkan diri sendiri. Selain 
itu, bersedia tiap masa jika si dia perlukan Anda untuk meminta nasihat, 
pendapat dan berkongsi kegembiraannya.

Orang suka berdamping dengan seseorang yang memahami mereka dan yang suka 
memberi semangat pada mereka. Dengan itu, Anda akan melahirkan magnet diri yang 
membuat dia tak senang duduk dan sentiasa teringat Anda.

4. Berikan Cinta Untuk Menarik Cinta
Cinta bukan untuk kekasih hati saja, ia juga untuk kesemua orang disekeliling 
Anda, kawan-kawan baik, adik beradik, ibu bapa dan ahli keluarga lain. Berikan 
cinta pada ksesiapa sahaja, semua benda dan makhluk kerana bila Anda berbuat 
begitu, minda separa sedar akan menarik lebih banyak cinta datang pada Anda dan 
takkan pernah habis!

5. Fokus
Kalau Anda masih malu untuk menyatakan hasrat hati Anda, beranikan diri. 
Ikhtiar dari dalam dan dari luar. Berdoa dan berusaha step by step.

Fokus wajah si dia dalam fikiran Anda dan bayangkan yang Anda melihat diri Anda 
tertawa bersama, jalan bersama dan gembira bersama dengannya, walaupun sekarang 
belum lagi. Bayangkan sekerap yang mungkin dan hadirkan rasa sayang seolah-olah 
dia ada di sebelah Anda sekarang ini. Hadirkan rasa bahagia dalam diri Anda.

Bayangkan wajahnya seolah-olah Anda melihatnya dari dekat, keningnya, anak 
matanya, bibirnya dan senyumannya! Dalam masa yang sama, tanpa disedari Anda 
menghantar gelombang minda padanya, lama-lama kelamaan, ini menarik dia dan 
cintanya datang pada Anda.

Ingat, minda separa sedar bertindak mengikut Law Of Attraction, maksudnya, 
minda separa sedar akan respon pada apa saja yang ada di dalam fikiran Anda. Ia 
sensitif pada fikiran dan sukma rasa di dalam hati serta akan menarik apa jua 
yang Anda fikirkan datang pada Anda.

Jadi, untuk menarik cinta, lahirkan rasa cinta, bahagia dan rasa ambil berat 
dan tujukan pada orang yang Anda cintai sebanyak yang mungkin. To attract love, 
you need to think about love and feel the love.

Untuk membaca lebih banyak artikel-artikel motivasi dan 
pembangunan diri, lawati blog motivasi "Shueqry Berkata"

Terima kasih 

- shueqry -








  

http://shueqry.blogspot.com
       
---------------------------------
Choose the right car based on your needs.  Check out Yahoo! Autos new Car 
Finder tool.

Kirim email ke