untuk menerima artikel motivasi PERCUMA terus ke 
email Anda, daftar FREE disini. Privasi Anda dijamin ! 

Mengapa Dalam Hidup Mesti Ada Dugaan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Shueqry di sini, salam perkenalan 

Kali ini saya berkata tentang mengapa dalam hidup kita 
mesti ada dugaan, mesti ada masalah dan mesti ada 
cabaran,walaupun kita tak pernah minta.

Walau apa jua masalah, musibah dan malapetaka yang 
melanda Anda, jangan mudah menyerah kalah dan hanya
tahu menyalahkan nasib. Ini dugaan dari Tuhan, untuk 
menguji sejauh mana keimanan kita dan supaya kita
menjadi lebih kuat menghadapai segala cabaran yang 
mendatang di masa hadapan.

Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Dalam 
kesusahan ada kesenangan dan kesusahan tu mengajar
kita untuk menjadi seorang yang kental, kuat semangat
dan tabah . Orang-orang yang kuat berusaha dijanjikan 
kejayaan dan kesenangan, mereka berhak menerimanya
kerana telah mencuba sehabis daya.

Mengapa mesti ada dugaan dalam hidup? Ia untuk
mematangkan, mendidik dan membuat kita berkembang 
dari segi mental, spiritual dan jati diri. Tanpa dugaan hidup, 
takkan ada adventure, kematangan dan 'next level' dalam 
perjalanan hidup kita.

Dugaan muncul dalam segenap aspek, tak kira kecil atau 
besar, ia memang akan tetap ada. Tak kira dalam 
kewangan, pekerjaan mahupun perhubungan.

Kita takkan terlepas dari buat silap, tapi dari kesilapan 
itu, kita belajar sesuatu yang mungkin takkan kita jumpa
bila hidup kita asyik senang tanpa sedikitpun cabaran.
 Otot tubuh badan kita, jika dilatih akan menjadi semakin kuat.

Ini sama juga dengan 'otot' dalam diri kita, iaitu minda, 
spiritual, jiwa dan roh kita. Semakin dilatih, semakin kuat.

Dugaan dan cabaran dan masalah datang untuk 'melatih'
jiwa kita menjadi semakin kuat, sepertimana otot fizikal 
yang ada pada tangan, kaki kita. Kesannya, Anda jadi 
matang, bijak dan mampu membuat keputusan dengan 
berhemah, bukan yang kelam kabut, panik atau bingung.

Jadi, jangan sesekali menyerah kalah pada masalah. 
Mesti ada cara untuk menyelesaikannya.

Anda hanya perlu berusaha dan yakin dengan petunjuk 
Yang Maha Esa. Lihat orang-orang yang berjaya, mereka
tak pernah menyerah kalah bahkan tak nak menyerah kalah, 
tapi merubah strategi untuk menang bila berdepan masalah.

Sesusah susah Anda, ada lagi orang yang lebih susah
dari Anda. Bersyukur dan berusaha memajukan diri 
adalah 2 perkara terbaik yang patut Anda lakukan sekarang 
ini. Akhir kata, jangan jadikan masalah sebagai 
penghalang kemajuan diri.

artikel dari 

Blog Motivasi Pembangunan Diri
http://shueqry.blogspot.com

p.s. : Forwardkan email ini, jika Anda rasa ia boleh memberi 
inspirasi. Terima kasih.






 
       
---------------------------------
Ready for the edge of your seat? Check out tonight's top picks on Yahoo! TV. 

Kirim email ke