Assalamualaikum, 

Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM. 

Mandi wajib yg betul 

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika 
dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya 
kerana tidak melakukannya dengan betul. 

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya 
dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia 
mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan 
air ke seluruh anggota badannya yang zahir. 

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 
Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan 
pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan 
penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. 

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu 
rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. 
Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga 
turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan 
betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala 
Lumpur. 

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang 
ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan 
memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. 

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di 
badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. 

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." 

Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala." 

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 
bahagian anggota badan. 

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat 
hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat 
mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". 

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia 
telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak 
sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula 
menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air 
sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. 

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada 
badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di 
badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh 
najis dengan mandi itu boleh disekalikan. 

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota 
badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada 
bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau 
disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu 
wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana 
dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia 
wajiblah dibasuh. 

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai 
air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. 
Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. 

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. 
Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, 
mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan 
rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah 
membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna 
itu pula bagaimana?.. 

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh 
dibuang begitu mudah. 

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya 
tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai 
ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, 
tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. 

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu 
jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak 
bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya 
menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah 
dipandang dari sudut yg berbeza. 

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib 
seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak 
mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. 

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais 
menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan 
perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air 
mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, 
iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . 

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air 
telaga, air paip, sungai laut dan tasik. 

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi 
selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas 
bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi 
wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak 
berwuduk sebelum tidur adalah makruh. 

Panduan Tambahan 

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali 
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan 
kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a. 

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan 
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu 
berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a. 

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir 
tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta 
Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah 
kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN 

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong 
atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 
kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. 
selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan 
air putih. 

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita 
akan banyak dikenal dan disayangi. 

Rahsia 13 

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau 
panduan bagi yang baru tahu...... 

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam 
kubur. 

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam 
kubur. 

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur. 

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam 
kubur. 

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang 
Mahsyar. 

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & 
Nankir di dalam kubur. 

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. 

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas 
adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan 
juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram 
sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!" 

Wassalam. 

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah 
mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
__._,_.__


 http://mastereload.biz/?ezymoney


http://mastereload.biz/?ezymoney


 http://mastereload.biz/?ezymoney

Peluang menambah pendapatan
 
http://www.rizal.bizonline2u.com
 
Rizal Jalil
6017-6666256


      
____________________________________________________________________________________
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles. Visit the 
Yahoo! Auto Green Center.
http://autos.yahoo.com/green_center/ 

Kirim email ke