Hi,
Antara sedar atau tidak , Peperiksaan UPSR sudah pun berlangsung.
Sebenarnya, saya juga tidak menyedari bahawa minggu ini adalah minggu
peperiksaan UPSR. Walaupun saya meletakkan tarikh peperiksaan di dalam
website www.scorea.aridztech.com .Kini tiba masanya untuk memastikan anak
bangsa kita terus berjaya dan menyiapkan diri kepada pelajar-pelajar yang
akan mendudukinya pada tahun hadapan.

Saya hanya menyedarinya setelah "boss" saya menyatakan yang beliau akan
bercuti separuh hari sepanjang minggu ini kerana anak perempuannya sedang
menghadapi peperiksaan UPSR. "Boss" saya adalah seorang wanita yang saya
anggap sebagai "iron lady". Sememangnya, orang berbangsa cina amat mementing
pendidikan anak-anak mereka. Begitu juga dengan bangsa-bangsa lain tetapi
kekuatan mereka di dalam bidang pendidikan tidak dapat disangkal lagi.
Begitu juga dengan bidang ekonomi. Sesuatu yang kita perlu contohi dan tidak
salah untuk berasa iri hati dengan cara yang baik. Cabarlah diri kita agar
anak bangsa kita bijak di dalam bidang pendidikan dan juga gagah di dalam
bidang ekonomi.

Sesungguhnya, Score A Programme adalah untuk kecemerlangan di kedua-dua
bidang ini. Mengapa kita terus menoleh ke arah lain lagi? Tidak semestinya
yang telah mempunyai anak sahaja boleh menyertainya tetapi sesiapa sahaja
boleh menyertainya. Lawatilah dan sedarilah dengan kemudahan dan peluang
yang ada di www.scorea.aridztech.com

Semoga berjumpa lagi.

Ihklas,
aridz

-- 
BLOGS
www.aridztech.blogspot.com
www.mawi-malaysia.blogspot.com
www.scuba-malaysia.blogspot.com

WEB
www.aridztech.com
www.scorea.aridztech.com
www.agloco.com/r/BBBM2112

Kirim email ke