untuk menerima artikel motivasi PERCUMA terus 
ke email Anda, daftar FREE di sini.

Anda Punyai Pilihan

Dalam hidup, memang kita akan bedepan dengan
permasalahan, cabaran dan dugaan. Kita boleh lari
dari masalah, tapi nak lari ke mana dan sampai
bila kita menjadi orang yang asyik lari? 

Masalah perlu dihadapi, ia datang kerana dia tahu, 
ada kejayan dan kebahagiaan yang menanti
di seberang sana khas buat Anda, miik Anda
dan menjadi hak Anda. 
Masalah cemburu dengan Anda, sebab itu dia muncul.

Anda boleh rasa tertekan dek masalah, tapi jangan 
biarkan ia mengawal Anda. Tekanan, stress dan
buntu hanya emosi yang dijana oleh minda separa sedar.

Anda boleh mengubahnya dengan meluahkan dengan orang
lain, berkongsi perasaan Anda dengan orang lain 
mahupun tuliskan ia di atas sekeping kertas dan buang jauh-jauh.
Keluarkan rasa tertekan, jangan pendam terlalu lama.

Anda berhak untuk hidup bahagia, berjaya dan kaya. 
Memang ini Anda sudah tahu, tapi berapa orang yang
sanggup meredah jalan penuh masalah dan cabaran
semata-mata mahukan kebahagiaan, kejayaan dan kekayaan?

Tak ramai. Semua orang mahu hidup selesa.
 
Kata mereka, buat apa mahu bekerja keras? 

Cukupla dengan apa yang ada.

Saya akui, pemikiran sebegini hanya milik orang yang
mahukan hidupnya biasa saja.Pagi bangun pergi kerja, buat
kerja, balik, berehat dan kemudian esok pagi pergi kerja lagi.
Ujung bulan dapat gaji.

Ini bagai bergerak di satu bulatan, situ-situ saja. Anda tiada
apa yang nak dicapai, Anda tiada perkembangan dari 
segi intelektual, kerjaya, kewangan dan jati diri, hanyalah 
perkembangan dari senioriti.

Anda punya pilihan, sama ada mahu hidup menjadi orang biasa, 
atau ..

memilih utuk menjadi orang yang luar biasa, sanggup meredah
cabaran, meredah halangan dan berdepan permasalahan 
semata-mata mahukan hidup yang lebih baik, kaya, bahagia
dan berharta. Anda mahu? 

jadi, sediakan minda dan tubuh Anda untuk bekerja keras, 
serajin yang mungkin, mulai hari ini juga. 

Bangunkan diri Anda ke arah kecemerlangan.

Live Strong !!

artikel dari:

http://shueqry.blogspot.com
Blog Motivasi Pembangunan Diri.










       
---------------------------------
Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! 
FareChase.

Kirim email ke