3 ekor kuda dalam kandang sedang berborak mengenai kisah hidup mereka.
Kuda 1: Dalam 15 perlumbaan yang terakhir ini, aku menang 8 darinya.
Kuda 2: Oh! Dalam 27 perlumbaan yang aku sertai, aku menang 19 darinya...
huhuhu...
Kuda 3: Wau... itu memang bagus. Aku pulak, dalam 36 perlumbaan, aku menang 28.
(dengan bangganya sambil menggoyang2 ekornya).
Saat ini, kuda2 itu baru perasan, ada seekor anjing yang sedang asyik mendengar
perbualan mereka.
Anjing: Aku tak berniat untuk menunjuk. Tapi, dalam 90 perlumbaan yang aku
sertai, aku menang 88 darinya.
Kuda2 itu amat terpegun.
"Wow!", kata seekor darinya, setelah masing2 terdiam sejenak. "Anjing boleh
bercakap."
======================================================================================================
Seekor katak menelefon seorang tukang tilik nasib, bertanya perihal masa
depannya.
Tukang Tilik: Awak akan ditemukan dengan seorang gadis jelita yang teramat
ingin mengetahui segala-galanya mengenai awak.
Katak itu amat teruja.
Katak: Bila saya akan jumpa dia? Tak sabar rasanya.
Tukang Tilik: Oh, kamu akan jumpa gadis itu tidak lama lagi dalam makmal
biologi!
======================================================================================================
Siapa lagi yang mahu menjual prepaid dengan hanya menggunakan handphone sendiri?
________________________________________________________
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/