*forwardkan utk memberi inspirasi dan motivasi .. Tq
untuk menerima artikel Motivasi Pembangunan Diri
PERCUMA terus ke email Anda, daftar FREE di sini.
Kawal Mood Anda Ketika Bangun Pagi
Ok, dalam tips Law Of Attraction kali ini saya berkata tentang mood Anda ketika
bangun pagi. Anda sudah tahu getaran positif dan negatif dan kini tiba masanya
untuk belajar mengawal mood Anda, step by step melalui langkah-langkah,
beberapa 'tools' dan teknik yang akan saya tulis di blog ini.
Law Of Attraction respon pada mood Anda setiap masa, tak kira Anda sedar atau
tidak, tahu atau tidak, suka atau tidak. Ia sensitif pada getaran yang Anda
keluarkan dari minda tatkala Anda sedang berfikir, berkata-kata sendiri atau
bercakap dengan orang lain.
Sekarang ini, Law Of Attraction menyesuaikan getaran yang Anda hantar, sama ada
positif atau negatif. Walau apapun jenis getaran tersebut, Law Of Attraction
akan memberikan pada Anda dua kali ganda banyaknya gelombang yang sama lalu
mengakibatkan Anda menarik situasi, orang perseorangan dan benda-benda yang
berkaitan dengan getaran Anda tadi tanpa Anda sedari.
Saya sertakan kisah benar dari pengalaman saya sendiri. Pernah sekali saya
bangun pagi dan mood saya rasa aneh, tak bermaya, berat nak melangkah dan tak
bersemangat.
Anda bileh kata getaran yang keluar dari minda saya adalah negatif. Betul
!Sebenarnya tanpa saya sedari saya telah mengeluarkan getaran negatif melalui
'kemalasan' saya di pagi itu.
Kesannya, saya asyik bertemu dengan situasi negatif, hampir terjatuh akibat
tergelincir di dalam bilik air, tak bersemangat ketika latihan renang, bas nak
balik ke rumah lambat datang dan takde keinginan nak bekerja di depan komputer,
sedangkan itu yang sepatutnya saya buat. Anda lihat di sini, semuanya bermula
dari mood saya yang 'kelabu' di awal pagi tadi.
Bahkan, saya tak berusaha pula nak mengubahnya.
Kes yang lain, saya cuba pada malam sebelumnya, saya niatkan untuk menjadi
ceria dan bersemangat keesokan pagi. Bila saya bangun, saya bersemangat dan
rasa bertenaga, tanpa memikirkan beratnya bangun di awal pagi dan rasa malas
yang mencengkam.
Saya juga tak mempedulikan 'godaan' bila melihat rakan sebilik yang masih enak
dibuai mimpi indah. Selepas menganalisis, tanpa saya sedari, saya sebenarnya
mengeluarkan getaran positif.
Dalam satu hari, semua apa yang saya buat lancar jadinya, sales banyak yang
masuk, idea untuk menulis datang mencurah-curah, kawan-kawan hairan melihat
keceriaan saya (dan mereka terseyum dibuatnya!) serta seseorang yang saya
minati muncul didepan mata, tanpa saya sangka-sangka.
Oh, ini semua membuatkan saya makin gembira!
Point di sini, bila di awal pagi, terpulang pada Anda mahu berada di getaran
mood yang mana satu, positif atau negatif, bersemangat atau malas. Jika mahu
ceria dan bersemangat di keesokan paginya, niatkan pada malam sebelumnya,
dikala Anda dah nak masuk tidur.
Law Of Attraction sentiasa respon pada mood Anda, fikiran Anda dan apa yang
Anda cakapkan di dalam hati. Untuk jadi bermotivasi, niatkan Anda mahu jadi
bersemangat di esok pagi, itu saja!
Law Of Attraction akan respon terus pada niat Anda itu dan memberi Anda yang
sama, lebih banyak dari yang biasa. Jadi, nyatalah, Anda adalah apa yang Anda
fikirkan.
Terima kasih
-shueqry -
Blog Motivasi Pembangunan Diri
*forwardkan utk memberi inspirasi dan motivasi .. Tq
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.