*forwardkan utk memberi inspirasi dan motivasi .. Tq
untuk menerima artikel Motivasi Pembangunan Diri
PERCUMA terus ke email Anda, daftar FREE di sini.
Meneutralkan Getaran Negatif
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Shueqry di sini.
Salam Perkenalan
Dalam tips Law Of Attraction kali ini, saya berkata tentang meneutralkan
getaran mood negatif yang terbit di fikiran Anda. Minda dan tubuh badan kita
hanya mengeluarkan 2 jenis getaran gelombang, iaitu positif dan negatif.
Seandainya Anda sedar yang Anda sedang dalam emosi negatif dan memikirkan yang
negatif, Anda boleh meneutralkan mood negatif tu dengan menukar perkataan dan
pemikiran Anda kepada yang lebih positif, yang baik-baik dan yang energetik.
Itu saja caranya.
Kita hanya boleh mengeluarkan satu jenis gelombang pada satu-satu masa. Setiap
perkataan memberi getaran gelombang yang berlainan di fikiran.
Jadi, untuk menerbitkan getaran mood positif bagi meneutralkan gelombang
negatif yang bersarang pada diri Anda, gunakan perkataan-perkataan yang
berkaitan dengan :
Keseronokan
Cinta
Kasih sayang
Bersemangat
Bangga
Selesa
Yakin
Saya yakin bila Anda selalu gunakan mana-mana ayat dan perkataan yang tergolong
dalam 7 kategori di atas, ia membuatkan Anda ceria, gembira dan bebas dari
tekanan.
Kita adalah apa yang kita fikirkan, jadi jangan sesekali membenarkan fikiran
Anda diracuni yang negatif kerana ia akan menarik fikiran-fikiran orang lain
yang negatif lalu menyebabkan Anda berada di dalam situasi negatif, berjumpa
orang-orang yang negatif dan bertemu dengan benda-benda negatif tanpa
disengajakan, kebetulan serta tiba-tiba.
Law Of Attraction tak pernah ingat getaran mood yang Anda hantar 5 minit yang
lalu, 2 jam yang lalu, malam tadi dan kelmarin. Ia hanya respon pada mood Anda
SEKARANG, di waktu Anda sedang membaca tulisan saya ini.
Walauapapun jenis mood Anda, cuba kawal dan awasi setiap apa yang bermain di
fikiran Anda.
Tukar ayat-ayat negatif kepada ayat-ayat yang positif. Bila Anda tak puas hati
pada sesuatu, tertekan sebab sesuatu atau marah pada sesuatu, itu sebenarnya
adalah getaran mood negatif.
Anda boleh menukarnya dengan tanya diri dengan ayat "jadi, apa yang aku mahu?".
Mood Anda akan menjadi lebih positif selepas itu, tekanan terasa kurang dan
Anda boleh menjadi ceria sedikit demi sedikit.
Kesannya, ia menimbulkan perubahan pada Anda.
Moga tips ini bermanfaat.
- Shueqry -
all for one, one for all.
Tips Berkaitan
Jangan, Bukan dan Tidak
Jadi, Apa Yang Aku Mahu?
Cari Siapa 'Suport' Anda
Awasi Perkataan Anda
Blog Motivasi Pembangunan Diri
*forwardkan utk memberi inspirasi dan motivasi .. Tq
---------------------------------
Pinpoint customers who are looking for what you sell.