KURMA adalah buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada kita untukmemulakan sesi berbuka puasa dengannya.
Daripada Salman ibn \'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: \"Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air kerana air itubersih dan suci.\" (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi) Daripada Anas: \"Sesungguhnya Nabi berbuka puasa dengan beberapa ruthab(kurma basah dan segar yang baru dipetik dari pokok) sebelum solat Maghrib,kalau tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering),jika tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih.\" (Hadisriwayat Abu Daud dan at-Tirmizi) Mesti ada hikmah di sebalik sunnah. Beberapa kajian perubatan dan sains menunjukkan bahawa kurma memberikanbanyak manfaat untuk kesihatan fizikal mental dan kerohanian. Ketika seseorang berpuasa hendak berbuka, organ tubuhnya bersiap sedia,organ pencernaan mulai aktif semula, khususnya perut kosong yang perludiberikan sesuatu yang lembut dan halus. Orang berpuasa sehari suntuk, serba keletihan memerlukan makanan pemberitenaga yang mudah dicerna, juga air yang boleh menghilangkan rasa lapar dandahaga. Makanan paling cepat untuk dicerna dan sampai ke darah adalahnutrien glukosa atau sukrosa (gula sihat). Tubuh kita memang mampu menyerapdengan mudah dan cepat gula itu hanya dalam beberapa minit, terutama dalamkeadaan perut sedang kosong. Andainya kita mencari makanan yang mempunyai dua fungsi sekali gus sepertidi atas, menghilangkan lapar dan dahaga serta nutrien pemberi tenaga dalamsatu hidangan, kita tidak akan berjumpa makanan lebih baik daripada apadiperintahkan oleh sunnah nabawiah ini. Sunnah Nabi ini memerintahkan kepadaorang yang berpuasa supaya berbuka puasa dengan nutrien gula yang manis,sekali gus kaya dengan kandungan air (ruthab) atau tamar (kurma kering). Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra\'ouf Hisyam dan Dr.Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh. Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratuskandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat, malahmenjadi lebih ghairah. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosadan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi,kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itumenjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah. Jadi, seorang yang berpuasa itu tidak perlu meminum air dalam jumlah yangbanyak ketika berbuka. Minum air yang berlebihan untuk menghilang dahaga kerana berpuasa seharimenjadikan badan lebih letih, perut lebih berat. Ia semua boleh mengganggu keselesaan untuk melakukan ibadah solat Maghrib dan Tarawih. Sekian, Selamat Menjalani Ibadat PuasaADMIN Anda boleh terus mempromosikan website anda (SMS @ Email) http://www.bizclubb.com/?ref=487 --------------------------------- Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows. Yahoo! Answers - Check it out.
