Bismillahir rahmanir rahim...
Laporan Lawatan Ke Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Saidatina Khadijah
Nama Rumah, Alamat Dan No Telefon
Pertubuhan Kebajikan Anak yatim Dan Miskin,
Baitul Saidati Khadijah,
No 32R, Lot 346,
Batu 8 ¾, Jln Pahang Lama,
53100 Gombak,
Selangor Darul Ehsan
Penyelia : Puan Esah Bt Abdullah
H/p : 019-3638441
Ringkasan Latarbelakang
Menempatkan 22 orang anak-anak yatim, miskin dan muallaf yang berumur dalam
lingkungan 5 tahun ke 14 tahun. Rumah yang diduduki adalah rumah satu tingkat
berkembar dua. Satu pintu menempatkan anak-anak lelaki, dan satu pintu lagi
untuk anak-anak perempuan. Penyelia dan suami tinggal di salah satu bilik di
rumah anak-anak lelaki. Mempunyai jadual harian yang rapi dan teratur dari segi
pembelajaran dan bimbingan islamiah. Anak-anak ini mempunyai kelas2 fardhu ain,
iqra, muqaddam, bacaan yaasin, al-quran dan tazkirah, kuliah subuh, nasyid dan
ceramah serta kelas tuisyen bahasa inggeris, sains dan matematik.
Senarai Keperluan/Perbelanjaan Sebulan
1) Sewa rumah 2 pintu sejumlah = RM1400
2) Elektrik dan Air = RM500
3) Wang saku sekolah menengah (RM1.50x30 hari = RM45 x 2 orang) = RM90
4) Wang saku sekolah rendah (RM1 x 30 hari = RM30 x 16 orang) = RM480
5) Tambang bas (RM1 x 30 hari = RM30 x 18 orang) = RM540
6) Bahan makanan mentah = RM1,300
7) Bahan runcit = RM1,000
8) Alat Tulis = RM600
9) Elaun Tukang Masak (RM400 x 2 orang) = RM800
10) Elaun Penyelia = RM700
11) Elaun Guru Tuisyen (RM500 x 3 orang) = RM1,500
12) Yuran Tadika = RM180
13) Lain2 perbelanjaan rawatan kesihatan dan perubatan = RM900
Jumlah Besar RM 9,990
Sumbangan yang Telah Diserahkan
1) Wang berupa duit raya kepada 23 orang anak yatim = RM460
2) Wang kepada penyelia untuk tujuan pengurusan Baitul Saidatina Khadijah =
RM500
Rancangan Masa Hadapan
1) Pengagihan wang sejumlah RM1,000 (baki dari kutipan sepanjang bulan
Ramadhan yang lepas) bagi tujuan persediaan sessi persekolahan tahun 2007
2) Mencari sukarelawan2 mengajar kelas tuisyen bagi subjek bahasa inggeris,
matematik dan sains
3) Menyampaikan sumbangan berbentuk makanan dan pakaian kanak-kanak
4) Mencari penyumbang2 tetap bagi Baitul Saidatina melalui program *Penaja
Berhati Mulia yang memberikan komitmen menyumbang wang setiap bulan secara
tetap selama setahun.
5) Mencari penderma-penderma yang mahu menyumbangkan barang-barang seperti
berikut
a. Komputer
b. Peti ais
c. Mesin basuh
d. Meja dan kerusi (makan dan menulis)
e. Rak Buku
f. Almari pakaian
g. Kipas angin
h. Alat pemadam api
6) Menganjurkan lawatan ke Money Museum seperti yang dicadangkan oleh Encik Abd
Manan Ab Rahman (Pengurus di Jabatan Perkhidmatan Korporat, Bank Negara
Malaysia)
Program Penaja Berhati Mulia adalah program dimana kita akan mencari
sekumpulan penderma yang akan memberikan komitmen dalam sumbangan wang tunai
bulanan secara tetap untuk tempoh setahun. Kontrak program akan diperbaharui
setiap setahun. Dijangkakan akan bermula Januari 2007. Sumbangan setiap bulan
akan dikutip oleh salah seorang ahli komiti yang diamanahkan. Serahan akan
dibuat serta merta kepada penyelia selepas kutipan selesai dibuat.
Laporan disediakan oleh,
Suriyati Hussin
http://projeksyawal.blogspot.com/
---------------------------------
Catch up on fall's hot new shows on Yahoo! TV. Watch previews, get listings,
and more!