Bismillahirrahmanirrahim...
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/plugins/forum/forum_viewtopic.php?1807.0#post_2118
sini abuyya perturunkan sedikit maklumat kenapa rokok dikategorikan sebagai
haram untuk maklumat semua.
HIMPUNAN FATWA HARAM MEROKOK
1. Fatwa Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Merokok haram hukumnya berdasarkan makna dari zahir ayat Al-Quran dan
As-Sunnah serta iktibar (logik) yang benar. Allah berfirman (yang bermaksud),
"Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." (Al-Baqarah:
195).
Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu. Wajhud
dilalah (aspek pendalilan) dari ayat di atas bermaksud merokok termasuk
perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.
Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadis sahih dari Rasulullah Sollallahu
alaihi Wasallam bahwa beliau melarang membazirkan harta. Makna membazirkan
harta adalah memperuntukkannya kepada hal-hal yang tidak bermanfaat.
Sebagaimana dimaklumi bahwa memperuntukkan harta dengan membeli rokok adalah
termasuk pengperuntukan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan peruntukan
harta kepada hal-hal yang mengandung kemudaratan.
Dalil yang lain, Rasulullah Sollallahu alaihi Wasallam bersabda, "Tidak boleh
(menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain." (HR. Ibnu
Majah dari kitab Al-Ahkam 2340).
Jadi, menimbulkan bahaya (dharar) adalah ditiadakan (tidak berlaku) dalam
syari'at, baik bahayanya terhadap badan, akal, ataupun harta. Sebagaimana
dimaklumi pula merokok adalah berbahaya terhadap badan dan harta.
Adapun dalil dari iktibar (logik) yang benar yang menunjukkan keharaman rokok
adalah kerana dengan perbuatan itu perokok mencampakkan dirinya ke dalam hal
yang menimbukan bahaya, rasa cemas, dan keletihan jiwa. Orang yang berakal
tentu tidak rela hal itu terjadi pada dirinya sendiri. Alangkah tragisnya
keadaannya, dan demikian sesaknya dada si perokok bila tidak menghisapnya.
Alangkah berat ia melakukan puasa dan ibadah-ibadah lainnya kerana hal itu
menghalagi dirinya dari merokok. Bahkan, alangkah berat dirinya berinteraksi
dengan orang-orang saleh kerana tidak mungkin mereka membiarkan asap rokok
mengepul di hadapan mereka. Oleh itu anda akan melihat perokok demikian tidak
selesa bila duduk dan berinteraksi dengan orang-orang saleh.
Semua iktibar itu menunjukkan merokok hukumnya diharamkan. Oleh itu, nasihat
saya untuk saudara-saudara kaum muslimin yang masih didera oleh kebiasaan
menghisap rokok agar memohon pertolongan Allah dan tekad untuk meninggalkannya.
Ini kerana di dalam tekad yang tulus disertai dengan memohon pertolongan Allah,
mengharap pahala dari-Nya dan menghindari siksaan-Nya, semua itu adalah amat
membantu di dalam usaha meninggalkan hal tersebut.
Jawapan Atas Berbagai Dalihan
Jika ada orang yang berdalih, "Sesungguhnya kami tidak menemukan nas, baik di
dalam kitabullah ataupun sunnah Rasulullah Sollallahu alaihi Wasallam perihal
haramnya rokok."
Maka, jawapan atas kenyataan ini kita nyatakan nas-nas Al-Quran dan sunnah
terdiri dari dua jenis;
1. Jenis yang dalil-dalilnya bersifat umum seperti Adh-Dhawabith
(ketentuan-ketentuan) dan kaedah-kaedah yang mencakup perincian yang banyak
sekali hingga hari kiamat.
2. Jenis yang dalil-dalilnya memang diarahkan kepada suatu itu sendiri secara
langsung.
Bagi jenis pertama, ayat Al-Quran dan dua hadis yang kami sebutkan di atas
yang menunjukkan keharaman merokok secara umum meskipun tidak diarahkan secara
langsung kepadanya. Manakala bagi jenis kedua, ialah fiman Allah (yang
bermaksud), "Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging
haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah." (Al-Maidah: 3).
Dan firman-Nya, "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamr,
berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah
perbuatan keji dari amalan syaitan. Maka, jauhilah perbuatan-perbuatan itu."
(Al-Maidah: 90).
Jadi, baik nas-nas itu termasuk jenis pertama atau kedua, ia bersifat keharusan
bagi semua hamba Allah kerana dari sisi pengambilan dalil menunjukkan hal itu.
Sumber: Program Nur 'alad Darb, dari Fatwa Syekh Muhammad bin Shaleh
Al-Utsaimin, dari kitab Fatwa-Fatwa Terkini 2.
2. Syeikh Muhammad bin Ibrahim
Rokok haram kerana di dalamnya ada racun. Al-Quran menyatakan, Dihalalkan
atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk
(kotoran). (al-Araf: 157). Rasulullah juga melarang setiap yang memabukkan
dan melemahkan, sebagaimana diriwayatkan Imam Ahmad dan Abu Dawud dari Ummu
Salamah ra. Merokok juga termasuk melakukan pembaziran yang tidak bermanfaat.
Selanjutnya, rokok dan bau mulut perokok mengganggu orang lain, termasuk pada
jamaah solat.
3. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab
Rokok haram kerana melemahkan dan memabukkan. Dalil nas tentang benda
memabukkan sudah cukup jelas. Hanya saja, penjelasan tentang mabuk itu sendiri
perlu penyesuaian.
4. Ulamak Mesir, Syria, Saudi
Rokok haram iaitu terlarang, dengan alasan membahayakan. Di antara yang
mendokong dalil ini ialah Syeikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty al-Anjalaby dan
Syeikh Al-Malakiyah Ibrahim al-Qaani dari Mesir, An-Najm al-Gazy al-Amiry
as-Syafii dari Syria, dan ulamak Mekkah Abdul Malik al-Ashami.
5. Dr Yusuf Qardhawi
Rokok haram kerana membahayakan. Demikian disebut dalam bukunya Halal & Haram
dalam Islam. Menurutnya, tidak boleh seseorang membuat bahaya dan membalas
bahaya, sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan Ahmad dan Ibnu Majah. Qardhawi
menambahkan, selain berbahaya, rokok juga mengajak penikmatnya untuk membazir
masa dan harta. Padahal lebih baik harta itu digunakan untuk yang lebih
berguna, atau diinfaqkan bila memang keluarganya tidak memerlukan.
6. SyariahOnline.com
Keharaman rokok tidaklah berdasarkan sebuah larangan yang disebutkan secara
mutlak dalam nas Al-Quran Al-Kariem atau pun As-Sunnah An-Nabawiyah.
Keharaman rokok itu disimpulkan oleh para ulamak semasa ini setelah
dipastikannya fakta setiap batang rokok itu mengandung lebih dari 4000 jenis
racun berbahaya. Oleh kerana racun itu merosak tubuh manusia yang sebenarnya
amanah Allah SWT untuk dijaga dan dipelihara, maka merokok itu termasuk
melanggar amanat itu dan merosak larangan.
Namun banyak orang yang menganggap hal itu terlalu mengada-ada, sebab buktinya
terdapat jutaan orang di muka bumi ini yang setiap hari merokok dan buktinya
mereka masih bernafas iaitu tidak langsung mati secara mendadak.
Kerana itulah kita masih menemui rokok di sekeliling kita dan ternyata rokok
masih bertahan. Bahkan mampu memberikan pulangan kepada pemerintah melalui
cukainya. Sehingga tidak pernah muncul keinginan baik dari pembuat
undang-undang untuk melarang rokok.
Ini merupakan salah satu ciri ketidak-sampaian maklumat kepada masyarakat atau
memang masyarakat tidak prihatin. Di negara yang sudah maju, maklumat berkaitan
tidak dianggap penting. Dan kedua jenis masyarakat ini memang sama-sama tidak
tahu apa yang terbaik buat mereka.
Di dalam hukum Islam, apabila sesuatu itu telah dipastikan yang ia membahayakan
kesihatan, maka menggunakannya adalah diharamkan. Inilah bentuk ketegasan hukum
Islam yang sudah menjadi ciri khas. Maka khamar itu tetap haram meski hanya
seteguk ditelan untuk sebuah malam yang dingin menusuk.
Demikian pula para ulamak ketika menyedari kewujudan lebih 4000 racun dalam
batang rokok dan mengetahui akitab-akibat yang diderita para perokok, mereka
pun sepakat untuk mengharamkannya. Sayangnya, umat Islam masih lagi menganggap
sekiranya tidak ada ayat yang tegas atau hadits yang eksplisit yang
mengharamkan rokok, maka mereka masih menganggap rokok itu halal, atau makruh
paling minima.
7. Ustaz Ahmad Sarwat , Konsultan eramuslim.com
Pada peringkat permulaan, tidak ada ulamak yang mengharamkan rokok. Mereka
hanya memakruhkannya yang dasarnya amat berbeza dengan dasar pengharaman yang
dibuat sekarang ini. Dahulu para ulamak hanya menganggap bau mulut perokok agak
kurang sedap yang mengganggu orang lain semasa bergaul. Akibatnya si perokok
kurang disukai dan dikatakan hukumnya makruh tahrim (makruh terlarang).
Sebahagian ulamak di negara kita yang menghisap rokok, bila ditanyakan tentang
hukum rokok, mereka terus menjawab rokok itu tidak haram, tetapi hanya makruh
sahaja.
Mengapa mereka menganggap demikian?
Mereka menganggapnya demikian kerana kajian secara jelas tentang nikotin dan
zat beracun dalam sebatang rokok kurang jelas dan penelitian dan fakta belum
ditemui ketika itu. Maka hukum rokok hanya sekedar makruh lantaran membuat
mulut berbau busuk serta mengganggu pergaulan.
8. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (yang ke 37, Tahun 1995)
MFKM ke 37 memutuskan rokok adalah haram berdasarkan hujjah yang hamper sama
dengan fatwa di atas, malah Majlis Fatwa Sedunia yang berpengkalan di Arab
Saudi juga menghukum haram merokok atas maklumat terkini mengenai rokok.
Penelitian Terbaru
Seandainya para ulamak tersebut tidak hanya terpaku pada naskah lama dan
mengikuti perkembangan terbaru di Negara umat Islam yang agak maju, sudah tentu
pandangan mereka berubah 360 darjah. Apalagi bila mereka membaca penelitian
terbaru tentang lebih 200 jenis racun berbahaya terdapat dalam sebatang rokok,
sudah pasti mereka beubah pandangan dan bersetuju rokok mendatangkan mudarat
yang amat besar kepada penghisapnya dan orang di sekeliling. Malah mereka akan
bersetuju dan menerima rokok bukan sekadar makruh akibat bau busuk mulut
perokok tetapi haram, lantaran ia telah banyak meragut manusia. Statistik
menunjukkan kadar kematian disebabkan menghisap rokok lebih tinggi daripada
akibat peperangan dan kemalangan jalanraya.
Badan kesihatan dunia WHO melaporkan di Amerika, sekitar 346 ribu orang
meninggal setiap tahun disebabkan rokok, dan tidak kurang dari 90% daripada 660
orang yang terkena penyakit kanser di salah satu rumah sakit Shanghai di Cina
disebabkan rokok.
Penelitian juga menyebutkan 20 batang rokok sehari akan menyebabkan
berkurangnya 15% hemoglobin, yakni zat asasi pembentuk darah merah.
Seandainya para ulamak mengetahui penelitian terakhir tentang rokok mengandungi
lebih kurang 4.000 elemen-elemen dan setidaknya 200 di antaranya dinyatakan
berbahaya bagi kesihatan, pastilah pandangan mereka akan berubah.
Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar adalah
bahan hidrokarbon yang bersifat lekit dan melekat pada paru-paru. Nikotin
adalah zat adiktif yang mempengaruhi saraf dan peredaran darah. Zat ini
bersifat karsinogen dan mampu menyebabkan kanser paru-paru yang mematikan.
Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah
tidak mampu mengikat oksigen.
Kesan racun pada rokok ini membuat penghisap asap rokok mengalami risiko 14
kali lebih besar kemungkinan terkena kanser paru-paru, mulut, dan tenggorokan
berbanding mereka yang tidak merokok.
Perokok juga berkemungkinan 4 kali lebih besar untuk terkena kanser esophagus
dari mereka yang tidak menghisapnya. Di samping mereka juga berisiko 2 kali
lebih besar untuk terkena serangan jantung berbanding dengan yang tidak merokok.
Rokok juga meningkatkan risiko keparahan bagi penderita pneumonia dan jantung
gagal serta tekanan darah tinggi. Menggunakan rokok dengan kadar nikotin rendah
tidak akan membantu, kerana perokok cenderung menyedut asap rokok secara lebih
keras, lebih dalam, dan lebih lama untuk mengikuti keenakan zat adiktif.
Tidak ada seorang pun yang menyangkal semua fakta di atas, kerana ia hasil
penelitian ilmiah. Bahkan pengusaha rokok pun mengiakan hal tersebut, dan
menuliskan pada kotak rokok amaran begini: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.
Kalau pengeluar rokok sendiri sudah menyatakan bahaya produknya berbahaya dan
mendatangkan penyakit, bagaimana mungkin perokok masih mau mengingkarinya?
Walau pun hampir jumhur para ulamak menghukumkan rokok sebagai haram ada ulamak
yang menghukumkan harus dan memperincikan hokum tetapi tidak mewakili pandangan
ulamak ramai. Di samping itu mereka juga kekurangan maklumat tentang kandungan
rokok dan kesan kesihatan yang serius kepada perokok dan orang di sekeliling.
Secara ringkas diperturunkan pendirian beberapa ulamak terkemuka mengenai
kedudukan rokok dalam Islam:-
1. Dr. Yusof al-Qardhawi lebih cenderung kepada hukum haram merokok.
2. Para ulamak Hijaz juga cenderung kepada hukum haram merokok.
3. Syeikh Mahmud Syaltut cenderung kepada hukum haram merokok.
4. Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Waizh al-Hanafi condong kepada hukum
makruh.
5. Syeikh Abdul Ghani al-Nabilisi mengatakan Harus.
6. Syeikh Athiyah Saqr condong kepada pendapat yang memperincikan hukum
merokok.
Wallahu alam
Capaian berguna:
[link]
[link] 67.05) _100/smoking_is_haram.htm
[link]
[link]
[link]
[link]
[link]
[link]
[link]
---------------------------------
abuyya
---------------------------------
Pinpoint customers who are looking for what you sell.