<http://www.biovco.com/>
*KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT <http://www.biovco.com/>*
**
*Serangan jantung - Kolestrol tinggi antara punca*

 Sila fowardkan jika anda fikir ia memberi manafaat kepada rakan & kenalan

Kita gemar makan nasi lemak berlauk sotong tumis semasa bersarapan tetapi
tahukah anda kita perlu bersenam atau berjalan selama dua jam setengah untuk
membakar kalorinya.

Sebagai wanita, perkhidmatan tawaran pelangsingan tubuh melalui teknik
urutan sering menjadi tarikan. Semasa proses rawatan, kita akan berpeluh
namun ia sebenarnya hanya mengeluarkan air dan bukannya memecahkan lemak.
Ini disebabkan 70 peratus daripada tubuh manusia adalah air.

Ramai wanita yang tidak mahu gemuk kerana mempengaruhi penampilan, kini apa
yang lebih ditakuti ialah risiko serangan jantung.

Menurut Konsultan Kardiologi dan Elektrofisiologi Institut Jantung Negara
(IJN), Dr. Azhari Rosman, semakin ramai wanita sedar kegemukan mendedahkan
mereka dengan pelbagai jenis penyakit.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Penyakit
Jantung di Kalangan Wanita anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) baru-baru ini.

Menurut Dr. Rosman, kegemukan mengundang pelbagai jenis penyakit termasuk
darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung.

``Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di kalangan wanita dan ia telah
mengatasi penyakit kronik yang lain termasuk kanser.

``Pada amnya, oestrogen yang dikeluarkan oleh wanita sepanjang tempoh
kedatangan haid dikatakan mampu melindungi wanita daripada pelbagai ancaman
kesihatan termasuk penjagaan jantung, namun selepas putus haid, wanita
mengalami tiga kali lebih risiko untuk diserang penyakit yang sama.

``Malah selepas serangan pertama, 33 peratus wanita menemui maut dalam tahun
pertama selepas serangan berbanding 25 peratus di kalangan pesakit lelaki,''
katanya.

Insiden ini sekali gus meminggirkan tanggapan serangan jantung lebih banyak
menyerang kaum lelaki berbanding wanita.

``Anggapan yang menyatakan wanita dilindungi daripada serangan jantung tidak
benar kerana secara amnya, penyakit ini menyerang tanpa mengenal jantina.

``Walaupun kajian menunjukkan wanita diserang lebih 15 tahun lewat daripada
lelaki namun selepas putus haid, mereka menghadapi tiga kali lebih ganda
risiko berbanding sebelum putus haid.

``Sehubungan itu jika di kalangan wanita dalam usia 40-an yang bakal
menempuhi era menopaus tidak menjaga jantung masing-masing secara intensif,
ia akan membebankan sistem jantung selepas putus haid.

``Ketika itu mereka lebih mudah diserang dan pencegahan untuk mengelak juga
telah terlambat,'' katanya.

*Faktor*

Menurut kajian, terdapat empat faktor utama yang menyebabkan berlaku
serangan jantung, antaranya merokok, darah tinggi, kencing manis dan juga
lebihan kolesterol di dalam badan.

``Ada banyak faktor yang boleh merosakkan fungsi jantung dan sebab utama
kerosakan pada otot jantung.

``Ia dikenali sebagai penyakit kardiovaskular di mana berlaku kesempitan
pembuluh darah disebabkan lemak-lemak melalui proses ateriosklerosis atau
pembuluh darah tersumbat.

``Keadaan ini menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen dan akhirnya rosak
atau mati. Apabila rosak, sebahagian daripada jantung akan menjadi parut dan
tidak berfungsi. Lama kelamaan jantung menjadi bengkak dan kegagalan jantung
akan timbul,''katanya.

Katanya, arterosklerosis adalah proses pengumpulan bahan-bahan lemak dan
kolesterol dalam pembuluh darah menyebabkan bekalan darah ke jantung
tersekat dan menyebabkan berlakunya serangan jantung.

Faktor risiko paling ketara akibat sakit jantung ialah tabiat merokok dan
mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 50 peratus masyarakat
Malaysia merokok.

``Sejumlah RM9.1 juta sehari dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk membeli
rokok dan kini jumlah remaja dan wanita merokok semakin bertambah.

Faktor kedua penyumbang kepada serangan sakit jantung apabila tubuh
mengandungi tahap kolesterol yang tinggi. Ia disebabkan cara pengambilan
makanan yang kurang sihat, keturunan dan kekurangan aktiviti sihat.

``Wanita digalakkan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
selama 30 hingga 40 minit. Di samping mengelak makanan berminyak dan
berlemak sebaliknya melebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan penggunaan
minyak jagung.

``Penyebab lain akibat penyakit darah tinggi. Tekanan darah yang melebihi
140/90 mmHG dianggap tinggi dan mengikut data Kementerian Kesihatan
kira-kira 30 peratus masyarakat dewasa yang dikaji mengalami darah tinggi
tetapi baru sahaja dikesan.

``Manakala 41 peratus daripada mereka yang sudah dikenal pasti menghidap
darah tinggi tetapi tidak mengambil sebarang jenis rawatan,''katanya.

Seterusnya penyakit kencing manis juga menyebabkan sakit jantung koronari.
Penghidap mesti mengawal tahap kandungan gula dalam darah dengan rapi dan
bersungguh-sungguh untuk mengelak sebarang komplikasi.

Tambahnya, faktor lain yang menyebabkan jantung rosak ialah alkohol, infeksi
jantung dengan virus dan bahan kimia tetapi faktor penyumbangnya dalam
jumlah yang kecil.

``Kebanyakan masyarakat juga tidak berusaha mengawal makanan atau pun berat
badan sehinggalah terlambat.

``Sering kali faktor risiko ini dikesan hanya apabila seseorang itu
dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung ataupun angin ahmar (strok).

``Sikap ini harus diubah terutama di kalangan masyarakat berusia 40 tahun ke
atas, jika mempunyai faktor risiko jalani pemeriksaan asas
sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun,''.

``Apabila usia meningkat, kemungkinan penyakit kardiovaskular juga turut
meningkat. Jantina juga memainkan peranan di mana kaum lelaki berumur 65
tahun ke bawah lebih kerap menghidap penyakit jantung manakala wanita pula
selalu mengalaminya ketika berusia 65 tahun ke atas atau selepas menopaus,''
katanya.

Beliau menambah serangan selalunya berlaku selepas pesakit makan atau lepas
mandi dan antara tanda awal serangan jantung, pesakit akan berpeluh walaupun
cuaca sejuk, sesak nafas atau panik.

``Lazimnya pesakit memberi tahu sakit di bahagian dada seperti dihempap batu
berat. Cara rawatan yang disyorkan ialah pembukaan kesempitan menggunakan
belon (angioplasty) untuk melebarkan pembuluh darah.

``Sejenis rawatan lagi menggunakan rerelung dawai logam (stent) yang
dimasukkan ke dalam pembuluh darah.

``Semua jenis rawatan adalah bertujuan memulihkan bekalan darah kepada
jantung dengan melitar pintas kesempitan itu (bypass) atau membuka
kesempitan (angioplasty). Bagaimanapun kejayaannya bergantung kepada keadaan
otot yang sihat.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

TESTIMONI PENGGUNA

Salam Mesra,

Saya disahkan menghidapi kolesterol tinggi oleh doktor semasa menjalani
ujian darah disalah sebuah klinik kerajaan di Kuching, Sarawak. Saya
disyorkan oleh abang ipar saya untuk mencuba Biovco dan setelah mengamalkan
meminum Biovco 2 botol saya telah sekali lagi menjalani ujian kolesterol dan
menakjubkan tahap kolesterol saya telah menurun dan hingga kini saya akan
tetap meminum Biovco supaya kesihatan saya berkekalan.

Saya juga telah mengesyorkan kakak ipar saya yang menghidapi tyroid untuk
mencuba Biovco dan dia pun berpuas hati kerana ujian darah menunjukan
perubahan yang baik dan bengkak nampak ada perubahan setelah meminum 2
botol.

Terima kasih Biovco dan semoga pembaca juga akan mendapat manfaat dari
Biovco jika anda sayang diri anda dan keluarga.

*Batrice Veronica*
Sarawak

Tel : 013-847****
 *KLIK DISINI UNTUK LAIN-LAIN TESTIMONI *<http://www.biovco.com/testimoni.html>
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
** Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti
atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli
perubatan yang terlatih & bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis
penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni di atas sembuh dengan
izin Allah S.W.T. Ia belum diuji secara klinikal oleh mana-mana pihak. Kesan
yang dialami mungkin berbeza antara seorang individu dengan individu yang
lain.
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
 <http://www.biovco.com/>
*DAPATKAN SEKARANG : KLIK DISINI** * <http://www.biovco.com/beli.php>
**
*DISKAUN HEBAT Jika membeli secara online & keahlian PERCUMA! *

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
*Maynetwork (M) Sdn Bhd* (752224-K)
130-2 Taipan Senawang
Jln Tmn Komersial Senawang 1
70450 Seremban N. Sembilan

Tel : 06-6780544 / H/P : 013-3014262
Fax : 06-6792043

Email : [EMAIL PROTECTED]
<http://health.groups.yahoo.com/group/biovco/post?postID=uZZFWQ_XRAAaTaKQppvT1bsHlSrUifgtnQXdmcc3E8M0ZTSVoxNxVJ1xV3HvtL-j9vBy83AhsmvyeQ>
Web : *http://www.biovco.com * <http://www.biovco.com/>
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

Kirim email ke