*2 kanak-kanak Iraq maut bedilan jet AS*
**
*Amerika dakwa serang penculik Tentera Bersekutu di Kota Sadr*

BAGHDAD: Dua kanak-kanak adalah antara korban serangan udara Amerika
Syarikat di kubu kuat Syiah semalam, menurut paparan rakaman televisyen
Reuters.

Keseluruhannya, operasi tentera udara penjajah Iraq itu menyebabkan 13 orang
awam terbunuh dan 69 lagi cedera, kata polis.

 <http://www.biovco.com/>

Laporan lain menyatakan tiga kanak-kanak maut.

Rakaman menunjukkan, di rumah mayat hospital Imam Ali di daerah Kota Sadr,
mayat dua kanak-kanak itu, seorang daripadanya masih memakai lampin,
terbaring di atas selimut ketika doktor merawat mangsa yang cedera.

Di rumah yang didiami salah seorang kanak-kanak itu, seorang lelaki mengaku
sepupu mangsa, menunjuk ke arah tilam berlumuran dan bantal berlumuran
darah, sambil cuba menahan air mata ketika memegang gambar mangsa.

"Kami baru bangun pagi dan tiba-riba roket mendarat di dalam rumah dan
kanak-kanak menjerit," kata seorang wanita di luar rumah itu.

Asap hitam kelihatan dari Kota Sadr ketika siren berbunyi, bunyi tembakan
senjata berat bergema dan helikopter tempur Amerika berlegar di udara,
menurut rakaman video.

Daerah itu adalah kubu kuat Tentera Mahdi, militia Syiah yang setia kepada
ulama radikal, Muqtada al-Sadr, dan dilihat ramai sebagai pertempuran antara
tentera Amerika dan militan.

"Matlamat operasi adalah individu yang dilaporkan anggota kumpulan khas
pakar dalam operasi menculik.
Sebaik tiba, tentera darat mula memastikan bangunan di kawasan sasaran
kosong apabila diserang dengan mesingan dan pelancar roket dari struktur
bersambung.

"Pesawat bantuan dipanggil untuk membalas tembakan musuh, membunuh enam
daripada penjenayah," menurut tentera Amerika dalam satu kenyataan.

Ia menambah operasi mensasarkan 'penjenayah dipercayai bertanggungjawab
menculik tentera pakatan pada November 2006 dan Mei 2007.'

Tiga anggota tentera Amerika diculik di selatan Baghdad pada 12 Mei lalu.
Mayat salah seorang anggota ditemui lewat bulan itu tetapi dua lagi
dikelaskan sebagai hilang dan ditawan.

Seorang penterjemah tentera Amerika tempatan diculik pada 23 Oktober tahun
lalu ketika melawat saudaranya, termasuk isterinya di Baghdad. Keluarganya
berkata, dia diculik oleh Tentera Mehdi.

Komander tentera Amerika di Baghdad, Mejar Jeneral Joseph Fil, September
lalu berkata walaupun kawalan keselamatan semakin baik di beberapa bahagian
di Baghdad berikutan operasi tentera Amerika, kawasan seperti Bandar Sadr
masih menyaksikan kadar keganasan tinggi dan berisiko kepada orang awam –
Reuters

 <http://www.biovco.com/>

Kirim email ke