*Semak segera nama anda, daftar pemilih tambahan dipamer hari
ini<http://www.biovco.com>
*
**
*KUALA LUMPUR, 23 Okt -* Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan
Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2007 mulai hari ini
hingga 29 Oktober di 866 lokasi di seluruh negara lapor Bernama.

SPR dalam kenyataannya semalam berkata, warganegara Malaysia yang baru
memohon menjadi pemilih atau memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi
dinasihat menyemak daftar pemilih itu.

Mereka yang nama tidak tersenarai dalam daftar pemilih boleh membuat
tuntutan dengan menggunakan Borang B manakala bantahan terhadap kemasukan
nama mana-mana orang di dalam daftar pemilih itu boleh dibuat dengan mengisi
Borang C.

Kedua-dua borang itu perlu diserahkan kepada Pendaftar iaitu pengarah
pilihanraya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh
Rang itu dipamerkan.

SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar
pemilih kerana meninggal dunia, lucut hak warganegara, bersara dari angkatan
tentera atau polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai
pemilih pos dan sebagainya.

SPR turut memohon kerjasama waris untuk menghantar salinan sijil kematian
atau permit mengubur wariswaris mereka yang telah meninggal dunia bagi
memudahkannya membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih
berdaftar yang telah meninggal dunia.

Waris boleh menghantar salinan itu melalui pos ke alamat Aras 5, Blok C7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya atau fax ke
0388889113 atau 0388889117.

Jika ada kesilapan, pemilih boleh menghantar pembetulan ke alamat emel *
[EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> Alamat email ini telah dilindungi dari 
spam
bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya my atau menulis
surat ke mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau Ibu Pejabat SPR,
Putrajaya.

Pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin juga
digalakkan membuat pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka
mengundi di pusat mengundi yang lebih dekat dengan tempat kediaman
masing-masing. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ibu
Pejabat SPR di talian 0388856500 atau layari laman web SPR di www.spr.gov.
my. - mr

 <http://www.biovco.com>
*Sila Klik disini untuk maklumat lanjut* <http://www.biovco.com>

Kirim email ke